Aku Juga Tidak Sempurna

11:10 PG JunAina 22 Comments

Sentap? Kadang-kadang ada jugak.
Orang sentap dengan kita? Entahlah tak pasti. Ada ke org sentap mai habaq kat kita 'Woiii...aku sentap dengan hang la...'
Cuma mungkin body langguage dia boleh kita baca yang dia sentap.
Kalau dalam dunia blogging ini mungkin melalui ayat-ayat chentanya.

Aina nak minta maaf pada semua kawan-kawan yang selalu berkunjung ke blog Aina atau mungkin juga kunjungan Aina ke blog kawan-kawan ada yang terasa hati dengan tulisan atau komen-komen Aina. Sesungguhnya memang tidak terniat untuk menyakiti hati sesiapa pun. Kalau ada ayat yang sesetengah orang berpandangan ia bersifat sarcastic mungkin itu berlaku tanpa disedari.


Kekadang apa maksud tulisan kita tidak sampai kerana salah faham. Aku bukanlah sasterawan atau ilmuwan yang bijak menyusun ayat dan bicara. Wujud di alam maya ini bukan juga untuk menyakiti sesiapa. Sekadar ingin berkongsi rasa dan meluah bicara yang terpendam di hati.

Harapan Aina ukhwah yang terjalin akan terus berpanjangan. Silaturrahim yang ada akan tersimpul erat sampai bila-bila.





You Might Also Like

22 ulasan:

  1. ya, sama lah kita kak.. kadg2 penulisan ada yang kita tak sedari tak menyinggung sesetngah sahabt..

    apa pun semoga kita akan lebih berhati2 agar entri kita akan memberi manfaat buat semua.. insy Allah amin..

    BalasPadam
  2. amalan sentap menyentap memang tidak elok di amalkan...walaupun efa nie kuat sentap jugak kadang2..hehee

    salam perkenalan kak..efa dtg folow blog akk... :)

    BalasPadam
  3. Salam,
    Kita eratkan lagi ukhwah yg sudah terbina ini .... banyak kaedah utk memanfaatkannya

    BalasPadam
  4. keep on writing ye kak. kita ni manusia mana pernah puas hati kan..so nk sentap2, ddk umah diam2..hhihii.

    klu sentap tu maknanya betul la kan? so apa lagi, berubah la demi kebaikan.. ^__^

    BalasPadam
  5. nobody perfect kannn .. tp mak dara tak sentap dgn komen you.. sukaaaa lagi adelaaa.. dont worry be happy k =)

    BalasPadam
  6. biasa la 1 ayat blh jd 1000 maksud.. 1 ayat di baca 1000 org blh jd 1000 fahaman yg berbeza./ kita cuma manusia... kan

    BalasPadam
  7. Kakcik ok je sebab kakcik tahu kakcik pun bukan sempurna. :)

    BalasPadam
  8. aik..kenapa kak?ada tersentap dgn saya ka?mintakk maap ya...

    BalasPadam
  9. " Aku...maafkan kamu...takperlu kita bertemu..cukup kau tahu...." - Aku Maafkan Kamu by Jamal Abdilah (^_^)

    biasa dgr lagu ni tak..? ;)

    BalasPadam
  10. sebab tu saya suka baca artikel atau entri bab berbeza pendapat, khilaf atau dalam erti kata lain, tidak sama pendapat. sentap kekadang wujud secara tak langsung pun ada. bagi saya, dunia blog nie banyak dapat memberi kebaikan kepada saya. jika ia sudah bertukar memberi keburukan lebih tinggi, nescaya saya tidak teragak2 untuk terus menutup akaun blog saya.

    BalasPadam
  11. salam,

    ada yang terasa ke..

    biasalah nama pun manusia biasa
    perasaan sensitif ttp ada :)

    BalasPadam
  12. Kakak pun begitu juga Aina. Kalau dah nama pun silap memng tidak sedar dan tidak sengaja...

    BalasPadam
  13. selagi bernama manusia..selagi itu ada sentap menyetap..tapi lepas jadi manusia jadi ape ye...? hihihi...

    BalasPadam
  14. Yun x pernah sentap ngn Kak Aina setakat ni...Buat Kak Aina sentap xtau la..ade ke? hehe ;)

    BalasPadam
  15. Ati...tak le terasa cuma takut kadang2 kita terlepas pandang yg kita ni dah sakitkan hati org. Hari ini kita sakitkan hati org tak mustahil esok lusa hati kita pula di sakiti. Allah itu adil....:)

    BalasPadam
  16. Biasa arr tuu... kadang-kadang apa yang kita cakap dan tulis...

    Membawa maksud lainn

    Tapi lain pula yang pendengar atau pembaca menerimanya...

    BalasPadam
  17. Cikgu Ma...ishhkkk...tak dak aih dok tersentap dengan cikgu. Kalau sentap tak pi dah blog cikgu...hehehehe...

    BalasPadam
  18. Yun...tak adalah. Akak takut org sentap ngan Kak Aina je. Nih dah pakai baju kalis peluru siap2 ni, tembak tak lut taw...:)

    BalasPadam
  19. salam kak..kenapa ni...?
    sedihnya baca..
    apepun yg berlaku..sabar la..
    kita x boleh nak penuhi kehendak org lain..lumrah..
    ermm..klu cma ade terkasar bahda cma mintak maa jugak ye..

    teruskan berblogging... =)

    BalasPadam
  20. eh ok je pun... che mid pun begitu juga, kadang2 takut ada yang sentap bila baca entri che mid.. tu yang edit banyak kali..

    BalasPadam
  21. salam perkenalan kak Jun...betul tu, hasil tulisan ni mmg boleh buat org salah faham, tu yg payah sikit, sebab kalau kita bercakap, ada ekspressi muka..

    BalasPadam