Sukarnya Untuk Memaafkan

10:39 PG JunAina 12 Comments

Sebagai manusia biasa kita mudah meminta maaf dan mudah juga melafazkan maaf. Demi menjaga hati, keadaan dan persekitaran kita sanggup mengenepikan keikhlasan dalam ucapan maaf kita. Manakan tidak mulut kita mengucapkan maaf sedangkan di hati kita masih tersimpan dan berbekas terhadap apa yang kita maafkan. Paling mudah bila tiba-tiba kita kembali menyebut-nyebut perkara tersebut walaupun kita telah pun memaafkan.

Kehidupan kita tak dapat lari dari membuat kesilapan. Sekiranya kita memaafkan dengan penuh keikhlasan mungkin tidak akan wujud ungkitan dibelakang hari. Contoh paling dekat, maaf seorang ibu kepada anaknya. Setiap kesalahan anak dimaafkan tanpa ada ungkitan dibelakang hari. Kebiasaannya kita akan lupa kesalahan yang telah mereka lakukan dek kerana kita telah ikhlas memaafkannya.

Ada juga sesetengah perkara sememangnya terlalu sukar untuk kita maafkan. Walaupun hati telah dipujuk tetapi kesan yang amat mendalam membuatkan kita tidak mampu untuk berkata maaf. Apatah lagi sekiranya tiada kata-kata maaf dari pihak yang lagi satu.

Cerita ini berkisar tentang diri sendiri. Puas sudah memujuk hati untuk memaafkan dua insan ini tetapi gagal. Mendengar suaranya bagai satu beban berat yang terhempas di kepala, melihat wajahnya seolah-olah melihat ada api yang membahang panas. Tak mampu. Tika terdengar suaranya hati akan berdebar, perasaan marah dan meluat membuak-buak. Rasa ingin menjerit.

Jalan terbaik elakkan dari bersemuka atau berada di tempat yang sama tetapi sampai bila. Seorang teman pada suatu ketika dulu makan sepinggan, kerja bersama dan atas bantuan kita jugaklah dia berada di sini dengan kedudukan yang selesa (dah tertulis rezeki dia) tetapi sanggup menikam belakang temannya sendiri? Mungkin dia memandang pada pangkatnya yang lebih besar dan gajinya yang lebih hebat jadi aku bukan layaknya lagi mendapat layanan seorang sahabat. Wajarkah aku memaafkan. Memikul kesalahan dia yang kemudiannya di tundingkan kepada aku. Sehingga telah timbul pandangan serong dari kawan-kawan dan pihak atasan. Mencalar image dan reputasi.

Keluarga antara insan-insan yang paling rapat dengan kita. Rahsia keluarga akan dijaga rapi. Andai ada aib pasti kita simpan kemas. Masih ada insan yang meganggap keluarga tak lebih daripada menyusahkan. Membuka aib, membuat cerita yang bukan-bukan tentang keluarga adalah hobinya. Kami sekeluarga menjadi mangsa yang paling teruk kerana sama-sama menumpang di tanah pusaka. Agakanya dia akan puas setelah kami keluar dari tanah tersebut. Insan ini telah aku buang dari carta kehidupan. Perempuan yang mengahwini bapa saudaraku. Menjadi api dalam sekam bertahun-tahun dalam keluarga kami. Mengadu domba sehingga berlaku pergaduhan dalam keluarga. Bertahun-tahun semakin bernanah dan berkudis. Akhirnya kebenaran terbongkar jua. Benar tetap benar. Semua keluarga telah tahu puncanya. Hingga kini dia masih tidak berhenti mengadu domba. Paling ditakuti juga dia tanpa rasa takut akan Allah (s.w.t) menggunakan ilmu hitam. Subhanallah. Bukan menuduh tetapi itulah hakikat yang terpaksa kami telan. Sehingga kini belum terlintas untuk memaafkannya lagi.

Luka ditinggalkan suami ditika kandungan kedua mencecah dua bulan tidaklah sehebat aku terluka kerana dua perempuan ini. Jauh disudut hati telah lama aku memaafkannya walaupun sepanjang perjalanan membesarkan anak-anak dia tak pernah mengambil tahu. Aku memaafkannya kerana dialah bapa anak-anakku. Al-Fatihah buatnya yang telah mengadap ILAHI beberapa tahun yang lepas. Sengsaranya yang ALLAH beri setelah dia meninggalkan kami seolah-olah balasan buatnya. Semoga rohnya di cucuri rahmat. Rupa-rupanya anak-anak juga telah menjadi yatim sejak kecil seperti ibunya.

Hari ini jumaat yang indah. Kupanjatkan doa dan harapan agar arwah abah Abdullah bin Othman di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan dikasihinya. Entah kenapa sejak dua tiga hari ini hati cukup cepat tersentuh. Air mata terlalu cepat mengalir.

Senang melafazkan maaf tetapi jauh disudut hati adakah lagi keikhlasan.

You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Hebat ujian ini, dan nampaknya takkan selesai dalam masa pendek. Jalan terbaik mengadu saja pada yang esa. jangan pula dibalas cara serupa.

    Satu lagi, nasib kita juga hampir sama, che mid juga pernah ditinggal bekas suami ketika mengandung 3 bulan, dan kini dah arwah pun..

    BalasPadam
  2. Memang mudah mengatakan maaf di bibir tapi tidak semudah itu hati ikhlas memeberikannya...

    BalasPadam
  3. Kita tidak sempurna Aina. Itulah kadang mulut kata sudah lupa tapi dlm minda masih berlegar dan masih boleh ingat segala rentetan cerita lama bagai VCD..

    Moga diberi ketabahan dan kesabaran ye Aina....

    BalasPadam
  4. salam june,

    tak boleh nak komen lebih2
    tapi amat memahami..

    berat mata memandang
    berat lagi bahu yg memikul!

    al-fatihah buat arwah

    semoga ada rahmat di sebalik
    semua yg terjadi

    BalasPadam
  5. bila luka itu terlalu dalam...pastinya bukan mudah untuk memaafkan seikhlas hati...

    moga satu hari nanti..hati akak terbuka untuk memaafkan insan2 itu... :)

    BalasPadam
  6. tp jgn la kite terlalu ikut kt hati.. mmg berat n payah. tp bla teringat kata2 dr.fadzilah kamsah: kalu sesuatu yg buruk / bkn keinginan kita, itu bermakna ada dendam / kemaafan yg tidak tertunai / selesai lg...

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum Jun

    Alhamdulillah
    telah memaafkan bapa kpd dua nak Jun
    moga Jun menjadi mulia...
    Allahyarham.. diterangi kuburnya dgn cahaya Syurga

    BalasPadam
  8. akak pernah alami kejadian serupa dan faham beban tanggungannya.....

    kdg terfikir, maaf mudah dilafazkan namun apalah ertinya jika tanpa keikhlasan, jika sekadar penyedap pendengaran..

    akhirnya lebih baik jujur pada diri sendiri - selagi terluka maka tiada maaf bagimu...demikian adanya..

    BalasPadam
  9. "memang mudah nak melafazkan maaf...memaafkan pun mudah..tp ada kah keikhlasan dlm memberi maaf itu...org yg tk merasa beban masalah ini takkan tau..samalah kita,tapi dlm masalah yg sgt berbeza..cuma yg sama itulah dia...mmemaafkan..."

    BalasPadam
  10. Memang agak sukar untuk memberi kemaafan..

    Tetapi orang yang sukar memaafkan orang sebenarnya menyusahkan diri sendiri...

    WuMing juga sama... Sedang belajar untuk melupakannya...

    BalasPadam
  11. assalam aina..walaupun boleh memaafkan..tapi begitu sukar untuk melupakan..

    BalasPadam
  12. kak, saya pernah rasa mcm yg akak rasa...dikhianati dgn kawan baik sendiri...sgt sakit kak...

    dan saya pun pernah meluahkan dlm blog sbb saya berada dlm keadaan tersepit nak maafkan dia atau tak...sungguh kak, bertahun lamanya saya simpan dendam, sukar memaafkan, tapi bila ramai kawan2 blogger bagi support dan suruh saya bermuhasabah, akhirnya saya dpt maafkan dia... Alhamdulillah...kemaafan adalah dendam yg sgt terindah....

    dan sekarang ni saya rasa sgt lega dan tak tertekan lagi...

    dan saya harap akak pun boleh buat benda yg sama kak...percayalah...semua yg terjadi ada hikmahnya...

    belajar memaafkan ye kak...akka mesti boleh punya...InsyaAllah...

    BalasPadam