Edisi Balik Kampung : Perkahwinan Al-Fuad & Fiza

6:25 PTG JunAina 4 Comments

Sabtu lepas dalam keadaan kesihatan yang kurang baik kerana selsema dan asthma terpaksa juga memandu untuk pulang ke kampung. Perancangan awalnya akan bergerak pada hari Ahad terpaksa dibatalkan kerana pada hari tersebut adalah majlis perkahwinan seorang sepupu di Perlis.

Pukul 11.30 pagi bertolak dari Kajang tiba sahaja di Plaza Tol Jalan Duta jalan mulai sesak. Selepas lima jam setengah memandu dalam keadaan yang jem teruk kami hanya boleh sampai ke Behrang sahaja. Pemanduan mulai lancar selepas itu dan tiba di Perlis pada pukul 10.30 malam. 11 jam tanpa rehat memang sangat meletihkan. Bila sampai di rumah mak terus melentang tengah rumah...mak aiii...terasa tersangatlah letihnya.

Aktiviti hari Ahad, majlis perkahwinan Al-Fuad dan Fiza di Kampung Mua. Dekat tetapi jadi kalut dek kerana masalah pengapit pengantin. Perancangan awal pukul 1 tengahari ditunda atas permintaan bapa pengantin lelaki kerana terlalu suntuk untuk solat zohor. Dari pukul 2 petang terlajak sehingga ke pukul 3 petang, sementelah pulak jalan bendang yang kecil hanya sesuai dilalui oleh sebuah kereta sahaja untuk menuju ke rumah pengantin perempuan memang menimbulkan masalah bila terpaksa berselisih dengan kereta lain. Aina biasa memandu di highway, jalan lebar dan selesa bila melalui jalan macam tu terasa gayat. Dibuatnya terbalik kereta dalam bendang tu nak buat cam ner weyyyy...

Budak ini dah selamat bersekolah kat kampung. Bergaya sakan dengan jubahnya dalam kegirangan nak bersekolah kat kampung. Sebagai ibu hanya mampu berdoa yang terbaik buat satu-satunya anak perempuan yang ada. Andai kau tahu gelora di hati mama...

 Mak pengantin atau mak lang bersama mak menyiapkan sentuhan terakhir hantaran. Sebenarnya semuanya telah disiapkan dari Pahang lagi (my mak menakan ni sebenarnya tinggal kat Felda Cemomoi, Triang) hanya perlu menyiapkan sirih junjung pelengkap adat.

Semua dah ready. Hantaran siap di bawa keluar hanya menunggu pengapit yang tak kunjung tiba. Pengantin dah berpeluh-peluh, kami yang menunggu resah. Akhirnya pukul 2.30 pm pengapitnya sampai. Bersiap mengalahkan pengantin!

Me and my cousin Al-Fuad. Sedondon.

 Bila dah berbini nilah baru nak bermanja...hahahaa... Betulkan rantai yang di pakai pengantin candid camera oleh Yong (kakak sulung. Ini kalau Fiza nampak mau muncung2...hahahaaa...

 Para pengiring pengantin dan pembawa hantaran. Rombongan semuanya terdiri dari keluarga terdekat, ini belum habis berkumpul.

 Akhirnya...pasangan raja sehari bertemu jua. Al-Fuad dan Fiza semoga berbahagia sehingga hujung nyawa.

Hari pertama berakhir dengan seribu doa buat pengantin. Walaupun agak terlewat tetapi majlis tetap berjalan dengan lancar. 4hb Feb 2012 akan berkampung di Felda Cemomoi, Triang, Pahang pula untuk majlis menerima menantu. Hanya gambar-gambar ini mampu di snap dengan kualiti yang agak terbatas kerana menggunakan kamera cap ayam. Alahaiii...bila le boleh beli kamera baru...

You Might Also Like

4 ulasan:

  1. Selamat pengantin baru buat pasangan pengantin semoga berbahagia selamanya..

    BalasPadam
  2. anak dara sekolah di kampung ke?alahai
    sya dapat rasakan sebab anak dara yang ke-2 ikut ayah pindah dulu sementara sya dapat tukar

    BalasPadam
  3. comelnye anak dara tu..

    meriah majlisnye kak.. :)

    selamat pengantin baru ye buat sepupunye..

    BalasPadam