Jawab Pertanyaan Anamaryam
Hari in nak jawab pertanyaan seorang blogger tapi sayang jejaknya tak bertapak. Aina harap tuan punya badan akan sudi-sudikan diri singgah ke sini lagi dan dapat membaca jawapan yang diberi.
Aina tak ada kena mengena atau tiada talian persaudaraan Rosjuliana Hidayu dan keluarganya selain sebagai saudara semuslim. Selepas ijab dan qabul Rosjuliana Hidayu dan Zaher Affendi berlangsung maka dia telah masuk ke dalam keluarga kami.
Tok ayah Aina dan tok ayah Zaher Affendi adalah adik beradik. Makanya emak Aina dan emak Zaher Affendi adalah sepupu dan Aina dengan Zaher Affendy adalah dua pupu. Walaupun begitu hubungan dengan keluarga Zaher Affendy sangat rapat tetapi bila masing-masing habis bersekolah dan membawa haluan sendiri kami jarang bertemu. Inilah pertemuan ke sekian kalinya kami setelah bertahun-tahun tak berjumpa. Dari budak yang comot dan berhingus dah jadi cowok ganteng.
Inilah Zaher Affendi dan Rosjuliana Hidayu di Majlis Pertunagan mereka pada 25.12.10. Kini mereka telah sah bergelar suami isteri pada satu majlis gilang gemilang tahun lepas. Aina hanya sempat menghadiri majlis pernikahan dan keesokan harinya pula majlis perkahwinan tidak dapat hadir kerana kebetulan ada majlis lain sebelah suami.
Sekitar gambar pertunangan mereka. Sayang gambar-gambar pernikahan mereka yang gilang-gemilang tidak ada dalam simpanan. Mungkin suatu hari Aina boleh carik dan kongsi di sini, rasanya munkin disimpan dalam laptop.
Keluarga sebelah pihak lelaki, yang bersimpuh ayu dan comey tu tentulah emak menakan (emak saudara) kesayanganku Rosnani Senapi yang merupakan adik emak. Pemilik Rose Katering di Puncak Alam. Nenek dibelakangnya pula adalah nenek kepada Zaher Affendi merangkap tok saudara Aina.
Sebahagian dari hantaran yang dibawa serta balasan dari pihak perempuan. Lelaki gagah perkasa kat tengah itu adalah ketua rombongan merangkap juru cakap pihak lelaki juga pak menakan Aina yang merupakan suami kepada Rosnani.
Majlis menyarung cincin dilakukan oleh ibu Zaher Affendi.
Selepas acara di dalam rumah selesai kami memulakan acara di luar rumah, part paling best acara makan-makan. Menu pun dah lupa tapi yang pasti semua makanan best. Juga dapat coklat dan biskut sebagai buah tangan.
Kak Azie tolong jangan jeles dengan mug pepel saya okeh.
Ini pula akan jadi penyebab mengapa Aina tak dapat nak BW sehari dua ini. Menjelang detail design kenalah kemas kini segala file untuk FEED stage. Kerja keras untuk kerja-kerja filing yang berterabur. Letih. Tanggungjawab kenalah buat juga lagipun ambe orang yang paling kecil pangkatnya kat sini so sendirik mau ingatlah.
semoga pasangan pengantin bahagia hingga akhir hayat
BalasPadam:)
memang menarik penjelasan ini (",)
BalasPadamSALAM,
BalasPadamBANYAK FAIL TU ! ALHAMDULILLAH, LF TAK LAGI BERMAIN DGN FAIL.
sapa tu kak?tak kenal...=)
BalasPadamOooo gitu....
BalasPadamalaaa..xpe la kalu pangkat kocik punnn asalkn dpt lanje den mkn pn dh baguss..ehh tetibe lak..hikhik
BalasPadamsalam,
BalasPadammaaf ye...siapa mereka tu?
selebriti ke?
arini ad amsa sikti, tercungap2 pi bw sebanyak mana mampu..
BalasPadamtakdan temankan anak2 makan malam huhu...
nakkan satu lepaskan satu, dh bitau kat anak2...depa pun faham...
ooo ye ke?
BalasPadamcantik org nyer
salam kenal,
BalasPadameh komen saya takde kena mengena ngan tajuk entry..hehehee
keje murphy oil ke? kita deduluuuu penah gi ofis murphy oil, zaman keje auditor dulu..
huhuhu.... mug "purple" tuh jadi trend kak azie.....
BalasPadamCik Sibuk terima kasih kerana sudi singgah ke blog yg tak seberapa ini. Kak Aina tak kerja dengan Murphy Oil cumanya Murphy tu client kepada satu projek yg di uruskan oleh syarikat tempat kak Aina bekerja.
BalasPadamAti...
BalasPadamBukan selebriti pun cuma saudara Kak Aina. Seorg blogger tanya Kak Aina berkenaan dia orang ni so Kak Aina menjawab seadanya...:)
sama cantik, sama padan pasangan itu.. dah hampir 2 tahun saya tinggalkan fail2 sejak berhijrah ke tempat baru.. selamat menjalankan tugas kak..
BalasPadam