Kepantasan Bermula

1:40 PTG JunAina 17 Comments

Mood : Serabai

Jumaat datang lagi, syukur alhamdulillah kita masih diberi kesempatan untuk terus mengirup udara di bumi ini. Hari ini seperti biasa hanya berkerja separuh hari...yeehhhaaa....


Pagi hujan yang sangat lebat kala ingin melangkah penuh semangat ke tempat kerja. Merempit bila hujan mesti basah, bawak kereta mesti sangkut dalam jem sampai office semua orang dah nak balik! Menung. Renung langit. Melihat air bertali arus jatuh ke bumi. Hati nak marah. Sabar. Itu rahmat dari ALLAH pagi ini. Semua pokok-pokok sedang bertasbih, mensyukuri rahmatnya.

Tengahari ini hati dah mula berbunga-bunga, bibir pun dah mula senyum-senyum, matahari pun sudah mula menyinar di luar. Kejap lagi panas terik. Alhamdulillah rahmat ALLAH juga. Senanglah kejap lagi nak kejar train pergi Jalan TAR. Haisshhh...bukan shopping, tunggu Pak Tuan jemput kat situ tapi sambil jalan-jalan jamu mata le jugak. Masih ada senarai keperluan yang perlu di beli. Lagipun hari ni dah gaji ma...



 Ini entri terakhir minggu ini dan kemungkinan tiada entri terbaru sepanjang minggu ini kerana Aina akan berada di luar kawasan. Alaaa...balik kampung je pun...hehehee... Sudah bersiap siaga mental dan fizikal untuk mengadap jem esok. Selamat Menyabut Tahun Baru Cina buat yang meraikannya dan kepada semua selamat bercuti. Hoyeeeyyyy...manyak makan limau...manyak dapat angpau. Sayang cuti sekolah cuma setakat hari rabu tetapi oleh sebab terpaksa menguruskan pindah sekolah budak pompuan sorang tu ke kampung so abang dan adik mama beri cuti...heheheee...



Photo credit
Inilah rupenye kuih serabai. Ada ke rupa ceq yang tengah serabai nih!


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. Jadi juga anak dara tu pindah sekolah ke sana ya? Semoga segalanya baik2 sahaja dan berjalan dengan lancar. :)

    BalasPadam
  2. teringin nak makan serabai ni..kat mana ye dijual kt area melawati ni..hmmm

    BalasPadam
  3. selamat balik perlis kak aina...hehe

    kak, siyes, saya tak penah tgk pun kue serabai tu..cicah ngn apa?macam kuah durian ja pun..

    BalasPadam
  4. Aina..terliur pulak bila tengok kuih serabai ni..acik biasa beli dipasar ramadhan je..kalau tidak..tak jumpa orang jual..

    BalasPadam
  5. hehehe.... saya gak cuti CNY tak kemana2 pun, cuma nak ke Nilai 3 jer. wife ajak tengok2 apa yang patut kat sana.....

    BalasPadam
  6. kalau makan banyak kuih tu pon tak jd 'serabai'...pandai jg penampilan...haha.

    BalasPadam
  7. Salam,
    Selamat bercuti .. berhati2 di jalan raya ! Salam LF kepada abang

    BalasPadam
  8. balik perlis ke ?

    terima kasih keran tunjuk kuih serabai .. saya tak pernah tengok lagi sebelum ini. makan mungkin pernah .. hehe

    BalasPadam
  9. blk kg time cuti perayaan.. memang menguji kesabaran, kan??

    BalasPadam
  10. asalam .. kuih serabai turr dicicah ngan strawberry sodapp turrr... tq.

    BalasPadam
  11. Salam,
    Berhati2 memandu ... Salam LF kepada abangnya

    BalasPadam
  12. Kakak pun balik kampung juga tapi dah mula kerja hari ini...

    BalasPadam
  13. lamanya kak aina tak update blog..

    jom jawan soalan yana ^__^

    http://yana-feehily.blogspot.com/2012/01/tagged-2012-version-mari-jawab-dan.html

    BalasPadam
  14. saya pun pernah buat n3 kuih serabai ni..hehe...

    BalasPadam
  15. tak pernah makan kuih serabai tu..

    BalasPadam