Hidup Tak Seindah Impian

12:02 PTG JunAina 10 Comments

Pejam celik pejam celik dari pakai lampin pakai buang sampailah kita membesar menjadi emak orang dan bapak orang. Kita sentiasa bermimpi. Mimpi yang indah-indah. Semua nampak cerah. Kehebatan jugak terserlah. Kehidupan terjamin sudah. Masa depan tanpa gundah.

Masa kecil impiannya selari dengan kehidupan yang dilalui. Anak pesawah mungkin akan mengimpiakan akan punyai tanah sawah yang seluas mata memandang. Anak petani mengimpikan untuk menjadi petani moden yang berjaya, tidak lagi menjadi petani tradisi yang hanya kais pagi makan pagi. Anak penternak bercita-cita menabah bilangan ternakan dan meningkatkan hasil.

Berlainan sangat impian orang kampung dan orang dibandar yang mungkin hidup mewah dalam erti kata lain anak orang kaya yang hidup di dalam gudang beras. Impian mereka mungkin ingin melebarkan empayar perniagaan yang di warisi dari ibu bapa. Menambah eset-eset bukan setakat dalam negeri tetapi juga hingga luar negara. Impian yang tak mungkin termimpi oleh anak-anak yang dilahirkan sebagai anak petani, pesawah, penternak dan sebagainya.

Berpijak di bumi yang nyata pada penghujungnya. Setiap kejayaan pasti ada dengan usaha gigih. Biar siapa pun kita, biar siapa pun ibu bapa kita selagi ada kemahuan di situ pasti ada jalan. Mungkin di lahirkan sebagai anak orang yang ada-ada mempunyai kelebihan yang tersendiri. Tiada kekangan keewangan yang mereka hadapi. Satu yang pasti kesusahan akan membuatkan kita kuat. Hati kita kuat, jiwa kita kental dan semangat kita menebal. Tidak mudah menyerah kalah.

Kepapaan bukan untuk di warisi. Berusaha untuk berubah. Kesedaran menghadapi ranjau kehidupan. Meletakkan matlamat dan berusahalah kearah itu. Menjadi insan-insan yang berjaya adalah bonus untuk kita. Jika sebaliknya bersyukurlah kerana kita masih menjadi insan-insan yang berguna. Insan yang sentiasa mensyukuri setiap RAHMAT yang ESA.


Salam sayang.

You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum Jun Aina

    Insyaallah
    usaha tanda kejayaan

    BalasPadam
  2. Kakak dulu anak petani miskin, tak pernah bercita-cita nak jadi petani moden. Dlm hati susah kerja kebun... nak kerja pejabat. Nah... betul kena kerja pejabat. Tapi kini niat hati bila pencen nak usahakan tanah bapak kakak kelak...

    Kelapa sawit mahal Aina... berganda income.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Jun,

    Berubah menjadi baik dan cemerlang setiap hari.

    BalasPadam
  4. tp yg susah tu mengajar kita erti dunia sbnr...

    BalasPadam
  5. usaha tangga kejayaan insyaallah kejayaan pasti menjadi milik pada yang sabar =)

    BalasPadam
  6. Salam...terima kasih sudi singgah di blog pm

    BalasPadam
  7. paling suka ayat akak.... "berusaha untuk berubah"

    Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
    (Ar-Ra'd 13:11)

    BalasPadam
  8. Salam,
    Ikhlas kerana Allah, berusaha mengikuti landasanNya, mempunyai matlamat yg baik, insyaAllah akan berjaya

    BalasPadam
  9. wahhh, saya bersemangat kembali sesudah menghabiskan isi entri ini.. terima kasih kak.. ianya menjadi pendorong kepada saya utk lebih merenungki kehidupan penuh ranjau ini..

    BalasPadam