Vandalisme atau Gangsterisme.

10:31 PG JunAina 5 Comments

Sedang lena diulit mimpi, mimpi yang indah-indah. Terjaga dari tidur. Terasa dahaga terasa tidak selesa. Bangun minum dan ke bilik air. Terasa ingin menyambung mimpi semula. Di baringkan badan ke tilam yang empuk dan beralaskan bantal kekabu yang gebu. Pejamkan mata bayangkan mimpi tadi. Senyum.

Tiba-tiba mata terbuka. Kedengaran satu letupan kecil. Suara-suara kecoh mula kedengaran. Suami-isteri manakah pulak yang bergaduh dihening pagi ini. Apa puncanya? Berjalan ke pintu, bukan kerana hendak menjaga tepi kain orang tetapi kerana risau terjadi sesuatu yang diluar jangkauan pemikiran.

Ketukan bertalu-talu di pintu rumah depan.
'Alih kereta! Alih kereta!'
Ketakutan menguasai diri kerana hanya bersama anak-anak di rumah namun kutabahan hati. Tombol pintu dipulas rakus. Di dalam fikiran cuma ada satu mungkin kereta milik jiran sedang dicuri.

'Cepat alih kereta! Cepat!'
'Jentolak terbakar nanti melarat kena kereta!'
'Tadi ada India baling sesuatu dan terbakar'
'Cepat!Cepat'

Hanya berbaju tidur tuala dicapai menutup badan dan berlari ke koridor. Kereta yang diparking di sisi bangunan sedang dialihkan tuan punya, mujur kereta Jun diparking jauh kerana kami telah membuat bumbung untuk parking. Jentolak besar yang diletak ditepi jalan kerana kerja-kerja melebarkan pembentungan terbakar. Marak. Dalam fikiran cuma ada satu, jangan pula ada letupan berlaku kerana ia hanya beberapa meter dari rumah Jun.

Semua orang gusar. Bomba yang dipanggil tak kunjung tiba. Api semakin marak. Lama-lama mula reda. Besi apa yang nak dibakarnya. Setengah jam kemudian bomba tiba. Memadam saki-baki api yang ada. Ikut catatan waktu. Waktu bangun pukul 4.30am, waktu bomba sampai pukul 5am. Bagi Jun itu bukanlah logik waktu sepatutnya bomba sampai. Sekiranya nak dikira jalan yangg tiada kereta kerana awal pagi hanya 5 minit dari Kajang ke Kajang Utama. Mungkin yang standby tidur di rumah atau mungkin mereka ada kes lain tetapi bila berkali-kali menelefon bertanya arah rasanya sudah ada yang tidak kena. Bomba perlu ada GPS di zaman serba canggih ini!

Balik polis pencen kat rumah Jun bercerita. You percaya ke itu 'vandalisme' bagi I itu adalah gangsterisme. Kontraktor buat kerja tetapi tak bayar duit perlindungan. Ingat tak dulu semasa tengah rancak construction Kajang 2. Banyak signboard diconteng dengan angka XXX (tak berani nak tulis). Lepas tu tak ada lagi. Maknanya pemaju sudah bayar duit perlindungan dan projek mereka tak dikacau lagi.

Takut. Cuak. Itulah realiti kehidupan hari ini.


You Might Also Like

5 ulasan:

  1. Macam dah jadi kebiasaan di negara kita nie sekarang Jun. Kat pasar malam pun ada tau... kesian kan tapi rata-rata bukan bangsa kita.

    BalasPadam
  2. memang gila..dah macam di Itali ala ala mafia..kena bayar wang perlindungan semua...

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    Wahhhhh! Ngerinya!

    Harap2 kita yang tak ada apa2 ni tidak diapa2kan...

    BalasPadam
  4. ganas-ganas orang zaman skrg ni..

    BalasPadam