Caca Marba di Padang Besar

10:15 PG JunAina 9 Comments

Masih cerita di Padang Besar. Hari yang tersangat lenggang. Boleh membeli dengan aman tanpa himpitan dan geselan. Boleh tawar menawar hingga harga paling rendah. Boleh exsyen dengan peniaga-peniaga kerana pelanggan yang tidak ramai. Kalau hujung minggu tengok kita orang tempatan sebelah mata sahaja. Kalau cakap luar sikit memang senyum hingga ke telinga peniaga kat sini.

Tujuan utama mak kat sini nak membeli ikan bilis. Sebelum tu dah terbeli orkid tiga pokok. Bawak banker 2 orang jadi mak cuma pilih-pilih sesedap rasa. Menteri Kewangan ikut belakang tolong bayar-bayarkan. Kalau banker satu sengkek dia pusing banker nombor dua.

Gila murah ikan bilis kat sini. Siap kopek dan cantik-cantik. Mau juling mata memilih. Produk seperti biasa dari Siam. Nama pun dok kat sempadan jadi kebanyakan barang memang dibawa dari Thailand.

 Mak gigih memilih ikan bilis. Disebabkan gigi sudah banyak yang hilang mak memilih ikan bilis berkepala yang kecil-kecil jadi dia masih boleh makan. Harga ikan bilis yang mak sedang pegang tu Rm18 sekilogram. Kualiti bagus, bersih dan cantik. Nampak ikan pun macam stok baru. Puas hati beli.


ikan bilis
 Antara ikan bilis siap kopek yang ada. Aina pilih yang nombor tiga dari depan. Comel-comel je ikan bilis yang dibeli. Putih bersih macam orang Siam. Harga ikan bilis siap kopek yang Aina beli Rm13 sekilogram. Paling best semua yang ada dalam gambar tu tidak melebihi Rm20 pun sekilogram rasanya paling mahal Rm18 untuk sekilo. Hambik jenuh makan ikan bilis.


buah thai
Tengok buah ini hati menjadi terlalu rindu padanya. Buah kegemaran arwah Tok Ayah (Senapi Man). Setiap kali pi nat (pekan sehari) kalau ada buah ini memang dia akan beli. Al-Fatihah buatnya setelah 18 tahun meninggalkan kami dalam kenangannya. Korang tau dak ni buah apa? Cer teka.


gaun cotton kanak-kana
Sapa ada anak perempuan masuk sini gila memilih. Tak ada brand. Brand cikai lah made in Thailand tapi memang cantik-cantik gaun cotton tu. Nasib baik anak perempuan dah besar. Harga memang sangat-sangat murah. Pas tu si hero sulung nak beli t-shirt pi kedai dalam gambar tu tak ada yg berkenan last-last pi gerai bahagian luar. Teruja jap tengok pelbagai beg bergantungan. Terjebak sebijik. Cantik dan murah. Brand? Ada aku kesah.

ABC

 Lepas penat habiskan duit layan tekak yang dah kering. ABC tu Aina punya, Iqbal dan ayahnya minum air kelapa. Niat dihati nak makan pulut ayam tapi tak jadi pasai dok teringat ikan talapia bakar tepi Empangan Timah Tasoh (nanti cerita lain kali). Akhirnya tak menjadi jugak balik rumah goreng ikan bilis.

Padang Besar sangat sinonim dengan barang-barang dari Thailand/Siam. Buah-buahan, makanan ringan, pokok bunga, pinggan mangkuk, periuk, sudu, garfu, kelambu, toto, narita, kain baju sehingga barang perhiasan rumah semuanya ada. Barang perhiasan wanita seperti kerongsang, rantai dan cincin juga ada kat sini. Pandai-pandailah tawar menawar dan biasanya kalau hujung minggu memang harganya agak tinggi berbanding hari biasa.

Jom shopping!


You Might Also Like

9 ulasan:

  1. Buah apa tu ....nampak mcm kuih. Nanti review pasai talapia timah tasoh...bila2 sampai bleh try

    BalasPadam
  2. Bestnya Jun boleh pilih ikan bilis yg fresh.
    Buah tu kakak ingatkan bun/roti boleh masukkan sosej makan tapi bila Jun kata buah so kakak tak tahulah..

    BalasPadam
  3. geram tgk ikan bilis tuh...
    kalau beli mesti yg besar2..baru sedap...
    macam2 ada kat sini..seronok

    BalasPadam
  4. apsal la masa dok kat sintok dulu aku tak tersinggah kat padang besar ni ekkk.. setakat gi bukit kayu itam tu jek.. huuu...memang harus kering poket pegi tempat2 shopping cenggini.. puas membeli..

    ler tu buah ke, ingat kuih ..

    BalasPadam
  5. sambil bw ni dah mcm2 tpt tgk bloger p..seronok nyew :)

    BalasPadam
  6. KC suka gak pegi padang besar

    BalasPadam
  7. Kalau tau aina nak pi boleh kirim ikan bilis...
    Makchaq pernah pi sekali saja.. Masa tu hangat tak sangka...berpeluh2 anak2 dah rimas, dok ajak balik saja.. Ajak makan pun tak mau....

    BalasPadam
  8. Kakcik kalau ke PB ni suka beli t-shirt untuk anak je...

    BalasPadam
  9. seronoknya baca..

    aritu masa pi padang besar, takleh nak beli ikan bilis sbb perjalanan masih jauh, masih byk tempat nak jalan2... takut berbau dlm kereta..so pandang jer la dgn hati yg geram..

    apa pun kat situ pertama kali akak jumpa kerepek labu hehehe...sedap pulak tuh!

    geram tengok ikan bilis yg putih2 tu...

    buah apa tu Aina? tak pernah nampak pun...

    BalasPadam