Ekzema - Resah Seorang Ibu

2:50 PTG JunAina 10 Comments

Kepala semakin memberat. Selera makan hilang. Beban yang ditanggung terasa begitu berat umpama memikul sebutir batu yang besar. Hati juga kerap berdebar. Ujian ini moga aku tabah menghadapinya tapi mampukah dia bertahan. Ya-Allah tabahkanlah hati dan semangat kami berdua.

Kisah ini rentetan kisah adik. Anak bongsu si kecik Hikram. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Hanya dia yang tahu apa rasanya sedangkan kita hanya mampu memandang dengan rasa kasihan. Andai rasa itu boleh dialihkan sebagai ibu tentunya kita sanggup.

Mencuba perubatan alternatif. Beberapa hari lepas abah sudah mencuba tetapi semakin gatalnya bila minum dan mandi air yang abah buat. Mencuba tempat lain mungkin abuk di dalam mata tak mampu dibuang sendiri. Terdekat kami memilih Darul Syifa. Sampai sahaja ke sana adik terus garu-garu dan menggelupur tak tahan gatal. Abah pandang. Mama dah tak keruan gosok sana gosok sini. Ustazah buat rawatan hampir setengah jam. Berselawat Syifa, Selawat Kamilah dan bacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa. Lepas tu ustazah bagi  air dan juga sejenis bedak. Kata ustazah dia sudah tawarkan bisa. 10 hari kalau macam tu juga bawak kembali jumpa dia. Sebelum melangkah keluar mulut ringan sahaja bertanya. Kata ustazah bukan sakit kulit biasa.

Hati seorang ayah walaupun garang dan sangat tegas dalam keadaan seperti itu turut cair. Abah minta mama balik kampung untuk berubat secara tradisional. Insyaallah akan balik Sabtu nanti dan kebetulan juga nenek sebelah emak sedang uzur. Rezeki kami untuk menziarah dia.

Malam tadi sepanjang malam tidur di dalam alunan bacaan Surah Al-Baqarah dan Surah Yassin sehingga ke pagi. Tidur yang tidak lena. Adik masih menggaru-garu sehingga luka kulitnya. Menjelang hampir subuh adik semakin lena tidurnya dan sehingga subuh dia terus lena diulit mimpi bagai tiada apa yang berlaku. Mungkin letih.







Inilah gambar-gambar keadaan Hikram awal pagi tadi (sila baikan tilam masam yang sudah kehilangan sarung itu). Kegatalan yang tidak tertanggung. Sudah seminggu tanpa aktiviti luar hanya di rumah tengok tv dan main game.

Esok merancang untuk minta 2nd opinion dari doktor di Hospital Kuala Lumpur di sana ada Pakar Kulit terbaik. Tengahari telah ke Main Office berbincang masalah cuti dengan Manager Abdul Rahman Mohammad. Alhamdulillah dia sangat memahami. Juga membantu meminta pandangan seorang kawan tentang sakit yang dihadapi Hikram. Dapat krim berasakan 'vege' untuk dicuba. Keluar dari bilik bos terjumpa Electrical Advisor Mr. Willem Frederic De Vos. Borak-borak terus dia call saudara sebelah isterinya yang bekerja di Hospital Putrajaya minta nasihat.

Terasa air mata bergenag. Alhamdulillah aku masih punya bos dan kawan-kawan yang sentaisa bertimbang rasa dan sangat baik padaku. Buat kawan-kawan doakan yang terbaik buat Hikram.


You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Assalamualaikum Jun

    Allhahuakbar
    Subhanallah

    saya doakan agar dipermudahkan segala urusan mengenai adik Hikram

    BalasPadam


  2. kalau skit kulit kayap sya boleh lah bawak ke teluk panglima ni minta tolong seorang pak cik di sini ubatkan
    tapi sakit kulit yang macma tu sya harap semoga cepat sembuh

    BalasPadam
  3. mudah2an akan bertemu penawarnya kesian hikram..

    BalasPadam
  4. semakin teruk kesannya.muga cepat-cepat sembuh.

    BalasPadam
  5. Salam Aina,

    Ya Allah kesiannya makchaq tengok Hikram..

    Memang makchaq tau macam mana gatainya..

    Makchaq dulu pi berubat kat beberapa tempat, salah satu kat Telok Mas Melaka, nama dia Rahim, ni no dia 016 6451080,tapi makchaq tak tau la ada lagi ke dah, dulu dia berubat kat sekolah anak yatim/masjid kat area situ.

    Satu lagi kat banting, mak jiran makchaq, makchaq hanya ada contact no jiran tu saja - Abang Hashim 0126144250. Kot2 la Aina nak cuba..

    BalasPadam
  6. sayu hati ini. berat mata memandang berat lg bahu kak Jun skluarga.
    pasti adik ssgt merasa kesakitan/kgatalan..

    Ya Allah kau sembuhkanlah sakit kulit y adik hadapi... hanya padamu kami bermohon

    BalasPadam
  7. Kesiannya jun. Gatal sedikit je dah tak tertanggung apatah lagi yang macam tu. Insyaallah jun, usaha akan ada hasilnya. Bertawakallah..

    BalasPadam
  8. akk cuba bawa dia ke CERAGEM..kt sn berubat tanpa mengenakan ubat dan FOC.@ Bangi SS 8

    BalasPadam
  9. Salam kenal sis,

    Saya follower ke 214 :)

    Pilunya saya tgk kulit dia...maybe boleh try perubatan alternatif mcm homopati ke...selamat berusaha!

    BalasPadam
  10. Ya ALLAH, kesiannyer.. Cubalah mana yg terdaya, kak.. Didoakan cepat sembuh..amin3

    BalasPadam