Ibu Tiri Zaman Bawang Merah Bawang Putih

10:26 PG JunAina 17 Comments


Menyelusuri kehidupan yang terlalu banyak sangat cabaran yang kadang-kadang bahu terasa seperti tidak mampu lagi menanggung namun ditika lelah terasa sampai ke penghujung masih diberi kekuatan untuk terus menyusun langkah demi sebuah kehidupan. Cabaran tidak pernah putus namun itulah yang mengajar erti sebuah kehidupan, mendidik diri menjadi insan yang sentiasa bersyukur atas nikmat dari Allah s.w.t. Ujian itu memberi kekuatan untuk lebih gigih mencorak masa hadapan.


Kisah yang meruntun hati ibu saya hanya sebahagian kisah kehidupan biasa yang sentiasa mewarnai bumi. Dunia serba moden, ilmu di hujung jari tetapi masih ada insan-insan yang menyimpan duri di hati, membiarkan daging menjadi busuk kerana mengikut bisikan bertanduk di dalam diri. Merenung nasib dia terasa nikmatnya anak-anak yang kehilangan ayah tetapi masih ada saya sebagai ibu.


Saban hari Kakak Hayani akan bercerita mengenai seorang kawan sekelas yang akhirnya menjadi kawan baik. Dayana gadis manis kecil molek menangisi kehidupan dengan menjadi anak yang kuat, dalam derita kelam hatinya dia berusaha untuk membuktikan yang terbaik. Mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR dan berjaya menempatkan diri di Kelas Rancanga Khas (kelas bagi pelajar yang tidak berjaya ke asrama penuh).


Ibu-bapa berpisah kemudian bapa berkahwin dan Dayana berada di bawah jagaan bapanya, ibunya pula tinggal di Kuala Lumpur dan sangat sedikit cerita yang saya dengar mengenai ibunya. Ibu tiri mempunyai seorang anak lelaki yang sama umur dengan Dayana dan sekelas. Bila perangai ibu sebegitu anak juga akan mengikut perangai ibu jadi dengki dan iri hati menjadi sebati di dalam diri anak. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan mata mereka. Kadang-kadang Dayana menangis di sekolah kerana tidak tahan dengan perangai mereka. Suatu hari saya menghantar Hayani bersama kawan-kawannya ke rumah Dayana untuk meyiapkan kerja sekolah di rumah seorang lagi rakan dan paling tidak saya sangka bukan sekadar Dayana sahaja menjadi mangsa, kawan-kawan juga turut di marahi. Tidakkah kita ingin menjaga air muka anak di depan kawan-kawan mereka?


Si ibu tiri membezakan kasih anak tiri dan kasih anak sendiri. Belanja sekolah anak sendiri Rm5 si anak tiri Rm2 dan bagi saya apa yang dapat dibeli dengan duit sebanyak itu lalu nasihat saya buat Kakak Hayani bantu yang mana perlu. Tika menjemput anak di sekolah acapkali Dayana akan ditinggalkan dan terpaksa balik berjalan kaki sedangkan anak sendiri balik berkereta dalam hawa dingin. Di sebabkan ibu mendidik anak sebegitu si anak sendiri akan berlarian ke kereta dengan harapan si ibu akan meninggalkan si anak tiri dan itulah yang terjadi. Banyak lagi kisah sedih yang membebani hati gadis comel ini.


Saya menjadi terlalu sedih apabila suatu hari dia menyatakan bertapa beruntungnya Hayani kerana mempunyai ibu seperti saya. Sebagai seorang ibu saya sangat beremosi. Saya faham perasaan Dayana mungkin dia terusik melihat cara saya melayan anak-anak mahupun kawan-kawan mereka. Paling saya tidak faham tidakkah si bapa terusik melihat anak dilayan dan diperlakukan sebegitu atau tidakkah si ibu sendiri rela anak dilayan sebegitu oleh si ibu tiri. Apa yang saya tahu si bapa sangat sayangkan anaknya dan menurut apa sahaja pemintaan Dayana mungkin atas sebab itu si ibu tiri membina satu tembok untuk Dayana. Dendam. Iri hati. Hasad dengki


Kabur empangan mata menahan titisan jernih, kelam hati menanggung lara yang panjang, sakit di jiwa umpama tercucuk duri yang tajam. Doa saya agar gadis ini tetap tabah dan saya tahu hatinya sangat kuat walaupun jiwanya terdera. Kadangkala saya titipkan kata-kata nasihat buat Dayana melalui Hayani, memberi bantuan moral agar dia tidak hanyut mengikut rasa. Allah s.w.t memberi ujian hanya buat insan terpilih.



Bunga-bunga di taman hati saya moga saya akan terus menjadi ibu yang baik.


You Might Also Like

17 ulasan:

  1. Entahlah Aina. Kakak pun tak faham dgn manusia yg dah bergelar ibu tapi tak dpt nak bandingkan perasaan seorg anak. Memanglah bukan darah daging tapi kalau dah bapanya awak nak kenapa tak pada anaknya juga? Sedih kakak mengenang anakanda Dayana itu. Moga dia kuat dan tabah..

    BalasPadam
  2. sedihnya...dulu kenapa nak pulak kahwin dgn duda beranak...ayahnya dia nak, anak tiri tu jaga la elok2 mcm anak sendiri. benda mcm ni ayah dia tak tau ke? @ beri muka sgt kat isteri baru...drama reality betul...bkn tgk kat tv...sy pulak yg emosi..sbb sy pun ada family terdekat mkn hati dgn mak tiri...mak tiri pun umur tak panjang...mesti mereka bahagia dgn kehidupan skrg..

    BalasPadam
  3. mungkin Dayana hanya pendamkan sahaja segala kejadian.. tanpa pengetahuan ayah kandung dan ibu kandung...

    BalasPadam
  4. Sedihnya kisah dayana ni....lama lagi dia nak "bebas"...moga Allah bagi dia ketabahan n kesabaran yg cukup

    BalasPadam
  5. ada lg yek kak mak tiri yg jahat gitu, teringat arwah nenek dana... dana dh besar panjang baru tau yg dia mak tiri abah... sbb cara dia lyn abah n anak2 lain sama je.... abah n adik beradik lain sgt hormat pd nenek n mak ckp nenek jaga abah n yg lain2 sama je mcm anak nyer sendiri... tp pelik di zman skrg nih msh ramai mak tiri yg mcm dolu2...

    buruk betul perangai mak tiri dayana tuh, kalu tak mampu nk jd mak tiri jgn lah kawin ngn bapa tunggal yg ada anak, pastu nk membeza2kan pulak anak tiri ngn anak sendiri... tak baik betul

    BalasPadam
  6. Membaca sahaja pun darah rasa mendidih... :(

    BalasPadam
  7. Kesiannya kat anak macam tu... tak ada cara ker utk dibantu ? Sedih... :(

    BalasPadam
  8. sebahagian dr cerita tuh sy pernah alami ms kecik dulu..paham sangat bagaimana rsnya diperlakukan demikian..yg penting nasihatkan dyana agar belajar bersungguh2..biar dapat masuk U ..berdikari dan hidup sendiri....yg anak tiri yg lelaki tuh pun kena jugak dia jaga diri..berhati2..pepun sy doakan agar dia mendot kebahagian dims depan..:)

    BalasPadam
  9. Semoga kak Dayana berada dalam jagaan-Nya

    BalasPadam
  10. ada juga ibu bapa kandung yg melayan anak spt anak tiri dgn mbezakan kasih antara anak2.natijahnya bila anak itu dewasa,sukar utk terus mberi hormat wpun rasa bsalah kerana luka d hati telah d pahat mjadi parut buruk

    BalasPadam
  11. Zaman la ni msih ada lg gitu ye kak...kesian pula sy baca...

    BalasPadam
  12. Ya Allah betapa zalimnya ibu tiri Dayana tuh...sedih sy baca kisah dia kak

    BalasPadam
  13. itulah hakikat..

    dlu dongeng skrg boleh jd realiti..byk dh jd..

    BalasPadam
  14. Masalah hati.. Hati yg terlalu sombong dgn Allah sbnrnya. Allah nak bg pahala tp diri terlalu takbur xsedar diri.. Semoga mak tiri dayana tu sedar n berubah. Semoga dayana jd insan yg kuat dan tabah..
    Teruskn sokong dia kak...

    BalasPadam