Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Hormati Perubahan

11:00 PG JunAina 10 Comments


Syukur alhamdulillah. Tidak ada erti terlewat untuk perubahan yang membawa kearah kebaikan. Malah kita sebagai rakyat jelata juga bergembira kerana akhirnya Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah Binti Haji Hamidun memenuhi tuntutan agama untuk menutup aurat selari dengan kedudukan baginda Tuanku dan Tuanku Permaisuri yang menjadi Ketua Ugama Islam.


Setelah melalui perubahan sekian lama adalah sangat mengecewakan bila masuk ke bank-bank atau pejabat-pejabat swasta kecuali Jabatan-Jabatan Kerajaan masih lagi menggantungkan gambar Tuanku Permaisuri tanpa mengenakan tudung. Tidak perihatin dengan perubahan. Sekurang-kurangnya hormatilah kedudukan baginda sebagai Permaisuri Agong ketika ini. Gantunglah gambar baginda yang megenakan tudung yang nampak lebih manis.



Saya ambil gambar ini di sebuah bank di Ampang Park pada 20hb Jun 2014. Selepas bertahun-tahun potret ini tidak berganti. Mahal sangatkah harga sebuah potret berbanding keuntungan yang dibuat syarikat setiap tahun?


Pada pandangan saya pihak bertanggungjawab terutama KSN/KSU perlu memberi perhatian kepada isu ini. Nampak kecil tetapi memberi impak yang sangat besar kepada pandangan masyarakat terhadap kedudukan Tuanku berdua.






You Might Also Like

10 ulasan:

  1. kt opis nih pun dh tukar ngn gamabr yg bertudung

    BalasPadam
  2. AAH KN BRU PERASAN KT OPIS NI PN STILL GMBR YG TAK PAKAI TUDUNG

    BalasPadam
  3. selagi tak ada arahan.. selagi tu lah tak dibuat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betui2..ayat biasa "boss xkata apa pun,kami memandai stg kena plak"..heheheh

      Padam
  4. Ramai yg tak alert hal-hal begini Aina..
    Kena keluar arahanlah nampak gaya baru buat..

    BalasPadam
  5. Saya setuju.
    Dan saya harap entry akak ni di baca ramai pihak.
    Perubahan ke arah kebaikan, waima pada usia lanjut sekalipun, harus kita sokong, selagi nyawa belum sampai ke halkum

    BalasPadam
  6. Betul tu. Kena ada org yg alert pasal ni.

    Kak jun, jemput join segmen blog baru PG ya ;)
    http://mrsyatie.blogspot.com/2014/06/first-mini-giveaway-topup-by-mrsyatie.html

    BalasPadam
  7. Kat opis saya lagi la teruk. Langsung takdak nampak pun gambar Agong atau menteri. hehehehe dalam bilik bos, tak tau la pulak.

    BalasPadam
  8. kat kedah rata2 dah gambar bertudung

    BalasPadam