Duit Raya Tanpa Mood Raya
Julai merupakan bulan kedua bertugas di tempat baru, merasa gaji kedua semalam. Nikmat yang Allah s.w.t selepas di uji. Banyak perkara baru yang dapat saya belajar di sini. Hijrah yang membawa lebih kebaikan. Indahnya percaturan Ilahi.
Dua hari lepas dapat email dari HR katanya ada token untuk pekerja sempena hari raya. Syarikat nak bagi duit raya walapun jumlahnya tidaklah banyak tetapi itulah rezeki. Berdebar-debar jugak sebab baru 2 bulan bertugas perasaan tu lebih kepada tak dapatlah. Semalam gaji masuk terus login ke akaun tengok ada 2 kali debit ke akaun satu gaji satu lagi duit raya. Yeeeyyyy...alhamdulillah. Lepas lah duit minyak dan tol balik kampung.
Entahlah tahun ini raya mood langsung tak mari. Baju adalah sehelai beli online yang ditempah entahkan siap entahkan tidak. Tahun-tahun sebelumnya adik gunting dan saya jahit sendiri tahun ini entah keinginan itu tak ada pulak. Buat biskut pun atas desakan anak-anak yang tak berhenti dok tanya, errmmm bapaknya pun ye jugak sibuk tanya tart gulung.
Esok hari terakhir bekerja, jadinya esoklah up entri raya. Hari ini kita pusing-pusing cari mood dulu, dah jumpa boleh melompat bintang!
wahh bestnyer dpt duit raya tu mak kanns.,ehHHeee
BalasPadamTak apa kakak nak wish dululah Aina.
BalasPadamSelamat Hari Raya & maaf zahir dan batin..
tu lah kan kak...takde rezeki di sane, rezeki di sini menanti...alhamdulillah...bace cerita akak pun lieya dpt rasakan akak hepi ditempat baru.... yg penting kite keje dgn ikhlaskan kak, baru laa gaji tu berkat in sha Allah....
BalasPadamkak,
Salam Aidilfitri dari lieyalatif & co.
Pohon maaf zahir dan batin….
Moga syawal dirai meriah dan diberkati….
Makan ketupat rendang tu ingat2 le kite heheheeheh
Alhamdulillah rezeki..
BalasPadamAda dari tiada... :)
Kami je tak ada :D
Alaa t akder mood raya yer..tuh belum lg dengar takbir dipagi raya tuh..takper berayalah secara sederhana...sy pun takder baju raya..heheh
BalasPadamBeraya thn ni..seadanya saje kak...hehe...
BalasPadamSalam aidilfitri..
Akak cepat2 seruuu mood raya tue mai.. nnti tak best la raya kalau mood tak dak...=D
BalasPadamkenapa mood raya tu takda kak?
BalasPadamsyok nya balik kampung kan? kami syok tnggu anak2 balik he he
BalasPadamAlhamdulillah. Wpun baru saja berkhidmat tapi ada rezeki sempena Raya. Syukur la kan?
BalasPadamKami pun baru hari ni nak godek akaun. Bonus Raya memang la sakan, terutama yang kerja puluh tahun. Apapun rezeki Raya.
Jom kita balik kampung...!
wah untungnye kak dpt duit raya
BalasPadammood Raya sudah mari ke? hehe
BalasPadamDalam x de mood pun raya dah lepas kak. Cepat betul ms berlalu. Entah sempat ke tak nak buat pose 6 ni.
BalasPadamDalam x de mood pun raya dah lepas kak. Cepat betul ms berlalu. Entah sempat ke tak nak buat pose 6 ni.
BalasPadam