Tart Gulung Nenas Cinta Hati
Rutin menjelang Syawal tentulah mengeluarkan oven yang telah lama bertapa di dalam almari untuk aktiviti biskut-membiskut. Bagi memuaskan hati insan-insan yang tersayang disekeliling dengan gigihnya senarai pendek biskut-biskut pilihan telah dibuat awal-awal lagi. Biar tiada rehat biar keletihan namun semua itu umpama angina yang berlalu bila melihat mereka tersenyum dan makan dengan senyum di bibir.
Biskut nostalgia sepanjang zaman yang tidak pernah tidak perlu ada untuk anak-anak dan suami. Tart Gulung Nenas Cinta Hati buat suami tersayang, Almond London Permata Hati pilihan anak-anak serta Pak Usu Syafik di kampung, Coklat Cornflake Comel pilihan anak-anak. Tambahan untuk tahun ini saya buat Biskut Coklat Oat dan Biskut Mazola yang tahun-tahun kebelakangan ini saya buang dari senarai pendek kerana cinta hati saya terpaksa berpantang kacang dan tahun ini saya masukkan kembali kerana memenuhi permintaan Sheila sepupu di Puncak Alam.
Selasa cuti umum Nuzul Al-Quran saya mengambil kesempatan cuti extra ini untuk memenuhi permintaan cinta hati saya yang setiap hari asyik berzikir tentang biskut kegemaran dia, almaklumlah tahun ini saya memilih untuk membuat Biskut Mazola dahulu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini tahun lepas berulang kembali.
Tahun lepas si abang jadi pembantu tahun ini kakak kembali bersekolah di Kajang jadi dialah ambil alih jadi pembantu, anak-anak pun sama-sama membantu semampu mereka. Walaupun comot kadang-kadang tetapi kesungguhan mereka sangat saya hargai. Practice make you perfect! Alhamdulillah tahun ini lengkaplah kami berbuka dan bersahur sekeluarga.
Menunggu giliran untuk masuk ke dalam ketuhar pembakar, terpaksa banyak bersabar kerana kapasiti ketuhar adalah kecil. Mengambil masa yang lama untuk membakar sahaja
Haaaaa...cantik tak Tart Gulung Nenas Cinta Hati ini? Alhamdulillah tahun ini tart saya menjadi dengan elok tanpa ada yang terhangus atau rosak. Tart debab-debab. Cair di mulut. Puas hati makan bila buat sendiri boleh letak jem sebanyak mana yang disukai.
Inilah hasilnya tetapi jumlah keseluruhannya adalah lima balang. Saya bila membuat biskut memang dalam kapasiti yang agak banyak untuk diagihkan kepada keluarga. Paling penting bahagian suami dan mak juga tukang jahit saya. Tahun ini mak mertua dah tak ada tahun pertama beraya tanpa dia.
Semalam saya upload gambar-gambar tart saya di FB tiba-tiba ada pula yang terbekenan dan minta saya buatkan. Haihhh...saya ingatkan hujung minggu ini nak mengemas rumah sahaja sebab minggu berikutnya sudah mula bercuti tetapi tak sampai hati pulak nak tolak permintaan kawan-kawan. Hujung minggu ini kena gigih
Resepi rujuk di sini. Saya sangat selesa dengan resepi ini sangat sedap yang cair dimulut, setiap tahun inilah rujukan saya.
wah tart nenas favourite ni...
BalasPadamrajin kak jun. kalau dekat da mintak sikit. ihihihi
BalasPadamsedap... my fav cookies..
BalasPadamDulu mak SA pandai buat...semua kuih diabuat sendiri...skrg adik plak yg buat untuk semua rumah...hihihi
BalasPadamakak sedapnya tart tue.. dah la biskut tart nie memang favourite farah.. tahun nie farah order 2 balang cheese tart.. tapi bukan untuk tetamu tapi untuk diri sendiri nak makan.. boleh mcm tue???hehehe
BalasPadamBestnya orang pandai buat kuih. Kak Azie ni sampai tua la tak reti apa.
BalasPadammmg popular sepanjang masa
BalasPadamKuih wajib buat tiap tahun akak juga ni June.. satu keluarga suka kuih tart :)
BalasPadamRajinnya akak lya baru satu jns biskut je buat
BalasPadamtart nenas... fav saya nih...
BalasPadamgebu gebas jer tart nenas tu... kawan2 pun ada minta saya buatkan tart nenas.. tapi belum boleh buat lagi, takut tak sempat raya dah licin... baru buat satu adunan biskut semperit.. itu pun dah separuh hilang dari radar... kena repeat buat semperit lagi sebelum raya...
BalasPadamOh tart nenas mmg febret...yg kat umah nie dah semakin surut balangnya...heheh
BalasPadamAdehh tenguk pun dah terliur ni...
BalasPadamerr raya nak datang rumah boleh hehe
kakak pu dh duduk dgn Aina ke? msti tok frust kat kg kan?
BalasPadamGebu tat gulung akak..PC suka..
BalasPadamTempah 2 balang Aina..serius nii!!
BalasPadamcantik n gebus2 tart akak nih.... bt sndiri mmg puas hati kan kak...boleh letak inti banyak2... kalu beli kadang inti ciput je
BalasPadamBiskut tarat nenas kalau tak ada masa raya macam tak best kan Aina.
BalasPadamBagusnya kalau tarat gulung masuk dlm balang tak melekat..
suka kueh tat gulung yg kecik ni..sekali ngap jer..
BalasPadamtart nenas kesukaan saya..
BalasPadampsstt: simpan sikit boleh, nanti saya datang beraya.. hehehe..
Mcm teringin pulak nak buat tart....itulah pasal entah bila nak membuatnya. Tadi dah keluarkan butter sudahnya masuk esbok balik.huhu
BalasPadamRajin kakak...comel tat nye...suka makan tat nenas..
BalasPadam