Menu Gemilang Sepanjang Ramadhan

12:49 PTG JunAina 18 Comments


Saya jarang kongsi gambar-gambar makanan di blog sejak Ramadhan yang lalu, bukan tak masak tetapi apa yang dimasak hanyalah makanan biasa-biasa yang tetap istimewa di hati anak-anak. Menu yang sama diulang saban minggu dan mereka tanpa jemu makan penuh berselera. Hujung mingu selalunya akan ada sedikit kelainan menu sebab saya ada sedikit ruang masa untuk mengubah sedikit selera berbuka.



Menu utama anak-anak tetap menjurus kepada nasi, sesekali saya tambah dengan menggoreng mee atau kueateow yang kemudian akan menjadi makan lewat malam mereka. Pada hari bekerja mungkin saya akan menambah juadah dari bazar seperti roti john atau murtabak. Kuih pula hanya sekali-dua awal Ramadhan dulu saya beli selepas itu tak ada lagi sebab kadang-kadang kuih anak-anak tak makan pun.



Buah Melaka versi tak rajin hanya berwarna putih, kuih paling senang untuk disediakan Ramadhan ini tak ambil masa lama pun.



Buah Melaka versi rajin ada ada warna merah dan hijau asli daun pandan, wangi je baunya. Ini adalah hasil air tangan anak dara untuk abahnya bawak ke surau, majlis berbuka puasa.

  

Daging goreng cili yang dilebihkan sedikit manisnya, terlebih minyak. Gambar ini adalah gambar sebelum puasa tapi menu repeat Ramadhan pula gambar tak ada.



Tauhu sumbat cicah kuah kacang sebabnya bagi orang Perlis tauhu mahupun cucur udang di cicah kuah kacang bukannya sos pencicah seperti di Kuala Lumpur. Saya tahu sayur-sayuran saya dipotong kasar, mengejar masa berbuka. 



Sup daging yang boleh di makan dengan nasi mahupun dimakan dengan bihun yang dicelur. Berbuka makan bersama nasi untuk makan lewat malam anak-anak celur saha bihun. Senang kerja mak tetapi bila buat sup saya terpaksa buatkan juga sambal untuk mereka.
Menu Sabtu yang sedikit kelainan dari hari biasa. Kambing goreng black paper. Perap daging kambing dengan bawang putih, bawang merah, halia yang ditumbuk, sos tiram dan tentunya lada hitam. Anak-anak suka kejap je habis sepinggan.

Orang Perlis memang tak dapat lari dari menu gulai (kari) orang tempat saya memang begitu kari adalah gulai. Gulai ikan pelaling yang menjadi kesukaan anak-anak, tak perlu ikan besar-besar. Makan bertambah-tambah.


Ada jua menu-menu lain yang saya  buat terutamnya yang berunsur sambal yang sangat sinonim dengan anak-anak. Saya masak sambal kosong satu kuali di hujung minggu dan simpan peti ais. Bila nak masak sendukkan sambal panaskan tambah udang, sotong, ayam goreng, ikan bilis atau apa-apa sahaja mengikut selera. Jika suka boleh tambah bawag besar atau bawang holland jugak.


Saya memasak tetapi tidaklah masak sakan-sakan masakan biasa-biasa cuma bezanya di hari biasa saya cuma kadang-kadang memasak berbanding Ramadhan kali ini Allah s.w.t beri kelapangan masa lalu masa yang ada saya manafaatkan untuk memenuhi selera anak-anak. Mengambil kesempatan waktu lapang yang ada sebelum Allah berikan masa sibuk.




You Might Also Like

18 ulasan:

  1. Menu simple x pe janji sedap

    BalasPadam
  2. Assalam...gulai ikan temenung tu teringat Arwah mak...memang sedap..

    BalasPadam
  3. Sedap2 tengok menu yang akak buat tambah2 kambing goreng black paper tue...=D

    BalasPadam
  4. Ah semunya sedap2 ni geng...terutamanya kambing goreng itu..dan sup daging kamu yg mengecurkan ayaq liur...

    BalasPadam
  5. Bulan puasa kali ini akak kerap betul berbuka sorg2 jadi memasak pun ala kadar saja..sepanjang puasa cuma dua kali buat buah melaka dan puding kastart koktels..tu pun akak mkn sorg2..kalau berbuka ramai2 best masak macam2

    BalasPadam
  6. baru je makan semalam kuih hijau tu...hihihihih :DD

    BalasPadam
  7. ... dan seronok bler family makan air tgn kita...

    BalasPadam
  8. Ksk yang da ms wat la popia sira sambal.
    Confirm ank2 kak yang suka.

    BalasPadam
  9. TQ kak! Dapat idea dah...nak minta wife saya buatkan tahu sumbat :)

    BalasPadam
  10. mask juga rumah.. wat ala kadar je.. g param pun x tahu nak beli apa juga.

    BalasPadam
  11. alahai kak meleleh ayaq liuq saya tengok.... semua sodap

    BalasPadam
  12. hihihi dasat name menu akak...menu gemilang hah....

    kak semua nampak sedap...paling lieya tertarik kambing tu laa ngan sup daging...phewwwwwwwwww...terbayang bihun yg diletak serbuk kunyit sikti bagi kaler2 kuning mkn ngan sup tu....dah jadi bihun sup utara heheehehehe

    BalasPadam
  13. Rajinnyer Kak Aina memasak... Saya tahun ni malas betul nak masak... Kadang2 goreng mi jer... huhuhu

    BalasPadam
  14. Sup daging tu cukup mengghairahkan okje Aina hehe....tp okje jarang beli daging ...entah kenapa agaknya.....

    BalasPadam
  15. Dalam banyak2 menu ...kari ikan menggoda tekak...
    Ada pulak sambal belacan dengan ulam timun dan kacang botol...dan ikan masin..
    Pergh..mau abis 3 pinggan nasi..

    BalasPadam