Hati Agar-Agar

2:51 PTG JunAina 14 Comments


'Mama kawan kakak Izza (bukan nama sebenar) nak oder biskut yang kakak bagi dia semalam tu (Cornflake Coklat)'
'Dia bayar le...'
'Dia nak buat apa biskut?'
'Dia nak bawak balik kampung'
'Mak dia tak buat biskut ke?
'Tak'
'Dia nak bayar ke, berapa?'
'Rm25'
'Dia nak satu bekas je'
'Duit tu mana dapat?'
'Dia kumpul'


Sambil menaip Whatsapp air mata saya berderai tak tertahan, sambil menaip entri ini puas air mata diseka tak ingin juga ia berhenti mengalir. Hati ibu saya dipagut pilu, sesak jiwa saya mengenang nasib dia. Dada bagi dipasak.


Anak sebaik dia terpaksa menerima ujian hidup yang pahit, menaggung derita mungkin dari sejak bergelar anak tiri diusia 3 tahun. Bagai jarum menyucuk-nyucuk hati bila terfikirkan soal dia. Trauma yang dia hadapi akan kekal sepanjang hidup dia.


Suatu hari kebenaran akan tersingkap jua. Doa yang terbaik buat dia. Doakan juga saya dapat membantu dia, moga Allah s.w.t mengizinkan saya untuk membantu agar dia dapat melalui hidup dengan tenang. Dapat merasa kasih ibu walaupun bukan dari ibu yang melahirkan dia.


'Duit simpan dia ke?
Allah...
Mama nanges kak.
Kesian.'
'Mama jangan le menangis'
'Kakak ada mama buatkan biskut raya...Izza tak ada mak nak buatkan biskut untuk dia...'
'Ambik le satu kotak Cornflake Coklat tu...'
'Okeyyy...'
'Cakap mama bagi, duit simpan buat belanja sekolah'


Hati saya umpama agar-agar bila berhadapan situasi sebegini. Anak tiri yang dilayan umpama ibu tiri zaman bawang merah bawang putih. Berbirat-birat serta berparut-parut diperut. Sampai hatinya seorang wanita yang Allah lahirkan lembut dan penuh dengan ehsan melayan seorang anak perempuan sebegitu. Walaupun tiada pertalian darah bukankah bila sanggup menerima bapanya sepatutnya juga dia melapangkan dada untuk menerima keseluruhan ahli keluarga lelaki tersebut.


Insyaallah bila segalanya selesai saya akan kongsikan di sini lagi. Kisah sedih seorang anak yang menjadi mangsa sebuah perceraian. Derita dan lara dihati yang disimpan sendiri. Ibu, ayah fahamilah hati anak-anak, jagalah kebajikan mereka walaupun sudah tidak bersama.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Ucap Salam Aidilfitri , mohon salah silap dimaafi,
    Terkadang kita bicara dan menitip kata, Yang terkadang mengguris rasa, Walau menyepi seketika, Ingatan itu tetap ada. Terima kasih terus menyokong KA , Selamat hari raya, maaf zahir & batin dari KA sekeluarga

    BalasPadam
  2. adoi meleleh ayaq mata pagi2 ni baca entry ni Aina..sedihnya...

    BalasPadam
  3. kak.... dana yg takde kene mengena n takde kenal langsung pun rasa di pagut pilu, sampai hati nyer seorang ibu bt anak tirinyer gitu.... dosa besar apa kah anak itu.... moga dia dpt petunjuk di akhir2 ramadhan ini... jgn nnti bile dh terlambat baru dia menyesal, moga dia belum terlambat

    BalasPadam
  4. Tumpang sedih. Sedangkan tengok drama kat tv pun boleh nangis, apalagi kalu tahu memang ada anak yang kena dera dek mak tiri. Simpati.

    BalasPadam
  5. Allah... sebak... semoga anak itu bahagia d dunia & akhirat, pandai menjaga diri...

    BalasPadam
  6. repot polis kate ade kes dera ..suruh diorg siasat ..dr dibiar kanak2 tu derita .. baik JKM amik dan jaga ..dah tentu nasib die lebih terjamin .....

    BalasPadam
  7. saya menangis membaca entri ini...sebak..sayu..dikala anak2 kita bergembira utk menyambut lebaran..ada insan tak bernasib baik terpaksa menyambutnya dlm suasana berbeza..

    BalasPadam
  8. sedih..terkenang anak buah sy juga pernah rasa hidup dgn mak tiri bila kakak sy kembali ke rahmatullah. tp mak tiru tu pun dah kembali ke rahmatullah. anak2 buah sy dah besar & ada kehidupan sendiri. masing2 dah berumahtangga.

    BalasPadam
  9. Kak...sedihnyaaa saya...huhuhuhu

    BalasPadam
  10. Sedihnya akak..kenapa perlu beza2 kan.. dh kawin bapak kena la terima jugak si anak jugak..dunia...dunia..

    BalasPadam
  11. Sebak pula membaca entri June ni.. semoga anak menjadi anak yg tabah dan cemerlang didalam pelajarannya..

    BalasPadam
  12. Ya Allah sedihnya sy kak bile bace entry akak nih tergamak ibu tiri die buat mcm tuh

    BalasPadam
  13. Ya Allah sedihnya sy bace entry akak nih..tergamak mak tiri die buat mcm tuh

    BalasPadam