Projek Biskut Raya 2014

9:33 PG JunAina 21 Comments

2014 menyaksikan saya sedikit rajin dengan menambah dua jenis biskut yang lain bagi 'Projek Biskut Raya 2014' yang kebiasaannya hanya Tart Nenas, Almond London dan Cornflake Coklat turut tersenarai kali ini Biskut Mazola dan Biskut Oat. Memenuhi permintaan insan-insan tersayang di sekeliling kita adalah sangat menggembirakan hati saya. Penat yang berbaloi.


Tahun ini saya sempat menyiapkan 5 balang Tart Gulung, 9 balang biskut Almond London, 7 bekas Coklat Cornflake, 4 balang Biskut Mazola dan 2 balang Biskut Oat. Biskut-biskut ini sebahagian besarnya akan di bawa balik ke rumah mak dan sedikit akan di agihkan kepada keluarga terdekat (dalam gambar 3 balang sudah di bawa balik oleh yang berhak). Semalam pula Kakak Hayani menyiapkan 6 bekas Cornflake Coklat  bersaiz sedang buat kawan-kawannya. Bersedekah di bulan Ramadhan walaupun sedikit.




Berbaloi mengerah tenaga membuat sendiri berbanding membeli lagipun saya punya pembantu tetap dan separuh masa untuk membantu. Abang Iqbal Hadi, Kakak Hayani, Adik Hikram dan Alya dengan senang hati membantu menyiapkan biskut tahun ini. Ringan sedikit beban. Jumlah modal yang saya keluarkan untuk membeli barang termasuk balang-balang untuk isi biskut adalah +-Rm180.00. Selebihnya adalah kegunaan elektrik dan tenaga.


Saya gembira bila semuanya telah siap. Sangat berbahagia bila suami tersenyum tart kegemaran tersusun kemas di dalam balang, tersenyum puas bila anak-anak makan dengan mulut tak henti memuji sedap Almond London yang mama buat. Kita bahagia bila dapat membahagiakan orang lain.


Secara rasminya Ahad lepas saya menutup tugas-tugas khas setiap kali Ramadhan menjelang Syawal yang bermaksud tiada lagi kerja-kerja menyepahkan rumah denga bahan-bahan membuat biskut. Kerja-kerja penyelenggaran dan mengemaskan dapur mengambil tempat. Sehari dua ini kerja-kerja mengemas ruamg tamu pula akan bermula. Walaupun kami tidak beraya di Kajang tetapi saya akan pastika rumah berada di dalam keadaan bersih dan teratur ketika Syawal nanti.


Muzik-muzik lagu raya berkumandang di corong-corong radio, bercampur-baur rasa hati. Gembira, sedih dan pilu. Moga satu hari aku mampu mencium tangannya di pagi raya, sesungguhnya aku redha dengan kehendakmu Allah. Bukankan orang yang redha itu adalah orang-orang yang berbahagia.



You Might Also Like

21 ulasan:

  1. Berkat saling membantu anak-anak yg ringan tangan semuanya dipermudahkan.
    Siap boleh agih lagi..

    BalasPadam
  2. Ya ampun banyaknya biskut raya akak.. berbaloi2 buat sendiri kan.. =D

    BalasPadam
  3. Wah..Tahniah K.Aina dah berjaya siapkan kuih raya..Saya je baru terkedek2 nk buat..huhu

    BalasPadam
  4. semangat akak buat biskut raya.. kagum saya.. tahun depan dh boleh bukak order.. saya org pertama yang akan order :D

    BalasPadam
  5. Rajinnya akak buat kuih raya...
    wanie done follow sini..
    Jom follow me back.. :)

    BalasPadam
  6. Wah rajin betul June ni.. saya baru satu jer sempat buat.. entah mengapa tahun ni lemau betul nak buat biskut..
    Alhamdulillah, bersedekah pada bulan Ramadan ni bertambah berkat kan June..

    BalasPadam
  7. wamboii bnyaknya kuih raya buatan sendiri...macam.rasa nak pergi tumpang makan jer..

    BalasPadam
  8. wamboii bnyaknya kuih raya buatan sendiri...macam.rasa nak pergi tumpang makan jer..

    BalasPadam
  9. Waaa...syok la dah ttp semua ye kak...nmpk gemok2 ler tart tu...mcm best jek!

    BalasPadam
  10. wahh rajinnyer makk.,

    #prayforgaza

    BalasPadam
  11. seronok kan dapat buat sekut ry sendiri..sy pun dah beres dah dr buat biskut rya..skrang tgh betulkan belakang...hahaha

    BalasPadam
  12. Wahhh hebat hebat. Nak rasa boleh?

    BalasPadam
  13. salam. wahhh rajinnya akak!

    BalasPadam
  14. Senang.. dah tak payah nak serabut fikir apa yang tak lengkap lagi.. ;)

    BalasPadam
  15. Rajinnyer kak Aina... Tahun ni saya tak membakar dan juga tak menjahit... :(

    BalasPadam
  16. Wah..sangat sistematik.. mck pun minggu ni nak bali ayam daging siap2...tak suka nak rebut2 beratur last minute

    BalasPadam
  17. Oih! banyak sakan biskot!?

    (betol ke radio ada corong...?)

    BalasPadam
  18. Wah.... Rajin akak thn ni. Rozie down ckit....

    BalasPadam
  19. bersusun dah balang kueh raya..

    BalasPadam
  20. rajinnye kak....bangga tgk kat umah semua kuih raya buat sendiri hihihi...lieya 3 jenis beli kak...2 jenis buat.... ade laa jugak dari takde..tahun lepas mmg beli semata heheheeheh...lagi pun buat ni nak bagi anak2 hepi jek..seronok tgk mia mija menolong kat dapur.....walupun sedulang dieorg cukai awal2 hahaahahahah......

    BalasPadam