Tip Jimat Untuk Bershopping

5:09 PTG JunAina 10 Comments

Kat pejabat ini kami ada satu group Whatsapp yang tajuknya 'When women talk...hanbag, shoes, dress, food... Nama group yang tak boleh dipisahkan dengan aktiviti kaum wanita. Group ini asalnya untuk oder tudung Neloofar kemudian berkembang ke lain-lain jenama tudung dari semurah Rm10 sehingga beratus, berkembang lagi ke makanan, kasut, handbeg dan sebagainya tetapi setakat kawan-kawan pejabat sahajalah.


Bila seorang mula upload gambar kemudian akan ada yang start oder kemudian seorang demi sorang ikut serta. Maka untung lah vendor perniagaan tersebut dengan wujudnya group Whatsapp seperti kami ini. Alasan paling teguh kami semua bila bershopping 'jihad ekonomi muslim' sebab semua barangan yang kami beli adalah dari barang-barang kepunyaan orang Islam.


Shopping juga mampu meredakan stress bagi kaum wanita, dari bila balik rumah berleter tak henti baiklah redakan stress kat tempat lain. Ekonomi agak lembab sekarang gaji tetap sebegitu mungkin juga ada yang terpaksa dipotong sehingga 10% tetapi keinginan bershopping tetap kuat jadi mari kita sama-sama amalkan tip ini "6 Tips Jimat Cermat Paling Bijak ".





Tip yang cukup bagus untuk menampung perbelanjaan shopping bulanan, lepas berjimat boleh lah guna duit itu untuk shopping tanpa mengganggu duit bahagian simpanan. Jadilah seorang yang bijak.


10 Rider Beraksi:

Alya Batrisyia Pengidap Nephrotic Syndrome

8:30 PG JunAina 13 Comments

Alya Batrisyia cinta hati, pengarang jantung dalam keluarga besar kami. Kehadiran dia menjadi penyeri penambah bahagia buat kami semua, menjadi ahli keluarga paling kecil ketika ini. Cucu mak tok yang bungsu, sekarang berusia 7 tahun sudah memulakan persekolahan di sekolah rendah berdekatan rumah. Pada usia 5 tahun doktor  telah mengesahkan buah pinggang telah dijangkiti kuman, protin keluar melalui air kencing yang dikenali sebagai Nephrotic Syndrome atau buah pinggang bocor.



Menyibuk cat rumah dengan abah, kakak dan abang.


Dua bulan lebih di hospital 2 minggu di Hospital Kajang kemudian dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur, kami suami isteri menjadi pelawat setia saban hari tengahari dan petang. Tak pernah tidak, sebab itu dia menjadi kemanjaan abah walaupun hanya anak saudara. Sanggup tinggalkan ibu dan ayah kerana hendak berjalan dengan mama dan abah. Saya ada menulis tentang Alya Batrisyia di sini dan sini. Dengan hanya mempunyai satu buah pinggang dan yang satu lagi hanya mempunyai salur sahaj yang ada pula menghadapi masalah tentunya kami sangat memberi perhatian yang lebih tenang kesihatan dia.





Dapat kamera ada sahaja gaya yang hendak dibuatnya.


Alhamdulillah kini dia semakin pulih, selepas keluar dari hospital setiap dua minggu pergi checkup kemudian sebulan sekali sekarang 6 bulan sekali Cuma dua bulan sekali pergi ambil bekalan ubat sahaja. Tekanan darah kali terakhir jumpa doktor 90 tapi setelah memulakan persekolahan naik sehingga 100. Puncanya bersekolah ibu tak dapat kawal lagi pemakanan walaupun diberi bekal masih membeli makanan yang sepatutnya dia tak makan.



Dera abang!


Sebelum ini adik saya sangat menjaga pemakanan Alya Batrisyia, mula-mula keluar hospital sup ayam hanya direbus dan dimasukkan lobak merah untuk memberi rasa, sesekali ayam bakar yang dimasak tanpa garam atau perasa lain. Tiada garam, kicap, sos, rempah dan semua jenis makanan segera seperti burger, sosej atau nugget. Jadi kami sekeluarga pun turut berpantang makan bila Alya Batrisyia ada bersama. Sekiranya memasak di rumah pun kami hanya akan makan secara sembunyi-sembunyi. Sekarang sudah boleh makan makanan berempah tetapi dicampur air masak supaya sedikit cair, kari pula merupakan makanan kegemaran dia jadi bertambah-tambah makannya. Sos dan kicap masih belum dibenarkan.





Konvokesyen Tadika Perpaduan Taman Kajang Utama, Pusat Atom Negara.


Jadi ibu bapa yang perihatin dengan kesihatan anak-anak, sesibuk mana pun perhatikanlah anak-anak sebaik mungkin. Sekiranya ada kelainan jangan tunggu sehingga berlarutan cepat-cepat bawa ke hospital supaya sakit tidak semakin teruk. Walaupun hanya demam jangan dipandang ringan takut kita menyesal di kemudian hari. Baru-baru ini seorang kawan sekolah anak di Tahun enam meninggal dunia kerana demam panas. 

 

Intan payung, jantung hati, madu, racun semua ada kat dia!




13 Rider Beraksi:

Best Beriani In Town

3:41 PTG JunAina 10 Comments

Pastinya ramai penggemar beriani samaada beriani gam Johor mahupun beriani di kedai mamak yang bagi saya memang ada sedikit perbezaan cara memasak mahupun dari segi rasanya. Beriani Batu Pahat tentulah menjadi pilihan penggemar beriani gam. Sekiranya di Kuala Lumpur saya paling suka beriani kambing Zam-Zam Restoran dan beriani gam Restoran Ruz Alladin di Ampang. Bagi selera saya itu pun dah cukup sedap, kena dengan standard tekak. Mungkin ada lagi ditempat lain yang lebih sedap yang belum pernah saya cuba.


Saya ingin berkongsi satu artikel yang mungkin boleh dijadikan panduan buat penggemar-penggemar nasi beriani untuk mencuba sesuatu yang baru. 10 Best Restaurants For Briyani In Klang ValleySebelum ini mungkin kita tidak tahu yang restoran-restoran ini menghidangkan nasi beriani yang tip-top kesedapannya jadi dengan perkongsian ini kita boleh mencuba mengubah selera di restoran baru.


Saya bukan seorang pemakan yang sanggup bekejar ke sana-sini semata-mata untuk mencuba makanan sesebuah restoran namun sekiranya ada ruang dan kebetulan berada disekitar kawasan tersebut saya tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba. Sekiranya terbukti kesedapannya adalah sangat berbaloi saya mengambil risiko untuk singgah dan makan di situ. Keluarga kami sangat typical dalam soal makan, biasanya kami akan memilih restoran yang sama sahaja untuk makan bila sudah serasi namun sesekali perlu juga mengubah selera.








10 Rider Beraksi:

Hati-hati Menggunakan Debit Kad

2:24 PTG JunAina 11 Comments

Semalam saya berjalan-jalan di Jalan Tuanku Abdul Rahman bersama Pak Tuan dalam misi mencari baju kemeja sutera warna sedondon untuk majlis perkahwinan adik pada Febuari akan datang. Rata-rata kedai menunjukkan peningkatan harga kerana kebiasaannya kemeja sutera yang biasa dibeli ini berharga Rm195 selepas tawar menawar dapatlah Rm180. Kali ini dengan kualiti kain yang sama harganya mencecah Rm295 dan harga tetap. Boleh tahan mahal jugak harganya jadi dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ini saya dan suami memilih untuk mencari pilihan lain.


Tempat kedua mejadi tujuan adalah Wisma Yakin dengan deretan kedai menjual baju Melayu serta kelengkapan seperti songkok dan sampin. Kedai pertama yang kami masuk harga sepasang baju Rm245 dan sekiranya tempahan Rm300 sepasang. Meninjau-ninjau baju di dalam kedai tiada warna yang sesuai untuk dipadankan dengan baju yang saya akan pakai. Keluar ke kedai seterusnya kami mendapat sepasang baju dengan harga Rm145, oleh kerana saya hendak membeli 3 pasang untuk Pak Tuan, Iqbal dan Hikram saya mendapat potongan harga sehingga Rm110 sepasang. Bila dicongak kembali ianya lebih menjimatkan berbanding membeli kemeja sutera, lagi pun baju Melayu ini boleh digunakan untuk hari raya nanti.


Memilih warna yang sesuai pun memakan masa sebab warna yang saya kehendaki cuma ada saiz untuk Pak Tuan. Tuan kedai keluarkan warna terqoise kehijaun sedangkan saya berkeras hendakkan warna terqoise kebiruan sedangkan saiz untuk Hikram tak ada dan terpaksa juga beli bila Pak Tuan tak habis-habis berkata boleh…boleh… Hikmahnya bila balik rumah rupa-rupanya baju tersebut memang sama dengan baju saya yang telah siap dijahit. Alhamdulillah.


Peringatan buat semua yang biasa menggunakan debit kad atau kredit kad juga. Semasa membuat bayaran saya menggunakan kemudahan debit kad sebab tak bawa cash, pelan asal cuma nak tengok-tengok sebaliknya terbeli terus pula. Jadi swep Maybank ATM kad. Dua pasang baju untuk Pak Tuan dan Hikram bersama 2 set butang baju Melayu berharga Rm225 dan kali ini saya sangat cuai. Terus sign resit dan masukkan resit satu lagi ke dalam beg duit yang mana kebiasaannya saya akan teliti dahulu setiap bil tetapi kali ini tidak. Hanya 2-3 orang pelanggan yang ada jadi saya menganggap tidak akan berlaku kesilapan sebaliknya kad saya telah di charge Rm250. Saya bernasib baik kerana juruwang seorang yang jujur semasa sedang berjalan mereka memanggil dan memulangkan duit tunai sebanyak Rm25 sebagai ganti.


Manusia memang begitu suka mengambil kesempatan bila terasa selamat maksudnya kebiasaannya bila ramai pelanggan saya kan periksa dengan teliti bil-bil sebelum bergerak dengan menganggap tak ramai pelanggan jarang berlaku kesilapan saya hanya terus simpan reset begitu sahaja. Bernasib baik sekiranya kita boleh minta balik duit tetapi sekiranya jauh pula tempat kita membeli barang memang akan terasa ralat. Jadi hati-hatilah dalam apa juga keadaan terutama bila melibatkan keewangan yang menggunakan duit plastic. Mudah dan cepat tetapi sekiranya cuai buruk padahnya.


Bab baju pengantin, baju untuk keluarga sudah selesai satu perkara yang masih di dalam penelitian adalah jurugambar. Keewangan agak terhad jadi mustahil untuk mengupah jurugambar profesional masih berkira-kira untuk mencari jurugambar khas untuk majlis yang mengenakan bayaran yang berpatutan. Mungkin boleh menggunkan tip dari "Here’s How To Take Amazing #Travel Photos For Your Instagram".



11 Rider Beraksi:

Harga Minyak Semurah Air Mineral?

9:00 PG JunAina 7 Comments

Setakat 18 Jan 2016 harga minyak mentah terus menyusut dengan paras terendah sejak 2004, harga minyak mentah semurah air mineral lapor sebuah akhbar tabloid dari luar negara. Kami pekerja di dalam bidang minyak dan gas masing-masing terus berdebar-debar melihat perkembangan yang sangat membimbangkan ini. Ini adalah kehidupan kami, masa depan kami bergantung pada harga minyak mentah dunia.



Satu persatu syarikat  gergasi minyak dan gas Malaysia mengecilkan saiz dengan membuang pekerja sedia ada. Akibat dari harga minyak yang terus jatuh banyak syarikat menghentikan pembinaan pelantar minyak baru mahupun membaik pulih pelantar sedia ada. Saya tidak menulis berdasarkan bahasa ekonomi melakar tulisan dari sudut pandangan seorang pekerja bawahan.


Kalau bukan rezeki makanan dalam mulut pun kena luah balik tak boleh telan, macam tulah jugak tempat saya kerja walaupun dijanjikan projek dan client pun dah ada tempat di sini tetapi tertulis bukan rezeki. Client Tarik projek untuk bagi secara terus kepada `vendor’ sebagai jalan mengurangkan kos.  Menjadi igaun ngeri kepada semua kakitangan, bukan apa kebanyakan syarikat menagguhkan atau membatalkan terus projek akibat kejatuhan harga minyak yang mana syarikat tak boleh buat keuntungan langsung bila minyak disedut.


Saya pernah diberhentikan kerja apabila syarikat lama mengecilkan operasi namaun rezeki yang Allah aturkan buat saya sangat cantik. Sebelum saya tamat notis telah pun dipanggil bekerja di tempat sekarang, nampak di situ rezeki berganda buat saya sebab syarikat lama membayar pampasan berdasarkan perkhidmatan. Alhamdulillah.


Harga minyak jatuh, kakitangan dibuang namun hidup masih perlu diteruskan. Mari kita sama-sama menjadi pengguna bijak. Jom kita sertai ‘BIG FUEL GIVEAWAY’ Manalah tahu boleh menang minyak free Rm10,000 atau tiba-tiba dapat duit terpijak Rm5000 siapa nak bagi kan dah jimat kos.



7 Rider Beraksi:

Kuasa Duit 'Qu Puteh Qu Puteh Barulah Puteh'

4:10 PTG JunAina 8 Comments

Kuasa duit boleh menukarkan kebiasaan menjadi luar biasa. Luar biasanya Dato' Sri Vida meluaskan kuasanya bukan hanya sebagai taikun kecantikan melangkaui di arena hiburan kini mula meluaskan sehingga ke padang bola sepak yang kebanyakannya di kuasai oleh kaum lelaki. Ke anehan, kegedikan atau apa sahaja gelaran yang diberi kepadanya tidak langsung menjadi kudis. Malah semua itu semakin membantu melakar empayar kegemilangan beliau.






Stadium Kelantan bertukar pink itulah realitynya, pemain Kelantan bakal menggunakan jersey berwarna pink juga inilah kenyataannya. Kekayannn, kejayaan meletakkan Dato' Seri Vida layak meminta apa sahaja atas harga sebuah pengorbanan untuk bola sepak Kelantan. "Ehh,..saya keluar duit saya boleh minta apa sahaja". Saya suka ayat dalam loghat Kelantan tersebut. Orang berbudi kita berbahasa begitulah adatnya.



Suka atau tidak penyokong Red Warrior perlu menerima segala syarat yang dikenakan demi memberi nafas kepada masa depan bola sepak Kelantan. Bukan warna menjadi taruhan namun kebajikan pemain perlu menjadi keutamaan.


Walaupun ramai yang mengkritik cara Dato' Sri Vida berpakaian mahu pun ketika menggayakan "tag line' produk bagi saya itulah kelainan beliau. Kelainan yang membuatkan kita ingat kepada dia sehingga bila-bila. Rezeki Allah s.w.t beri kepada beliau pasti ada sebabnya. Kalau dapat jumpa Dato' Seri Vida saya cuma nak tanya tak nak ke 'pre love' baju-baju yang sudah penuh sebilik tu. Teringin pulak nak pakai baju lip-lap lip-lap macam Dato' Sri terutama baju blink-blink untuk iklan Millenia. Nak menjadi protege Dato' rasanya saya tak ada pula ciri-ciri yang dikehendaki.





Saya menyokong produk keluaran bumiputra muslim, jihad ekonomi muslim. Moga semakin ramai akan lahir usahawan-usahan yang berjaya bukan sahaja berjaya dunia tetapi masih tetap tidak melupakan akhirat.



8 Rider Beraksi:

Bermain Dengan Bunga, Kain dan Agar-agar Kering

2:54 PTG JunAina 5 Comments

Masih berbaki 23 hari sebelum majlis berlangsung, persiapan sudah semakin rancak dilakukan. Perancangan majlis berjalan dengan lancar kecuali satu dua perkara yang melibatkan menu. Keluarga besar jadi bila ada kenduri-kendara pastinya ada yang ingin tumpang kenduri. Sepupu di kampung dengan senang hati ingin menyediakan acar rebung untuk kenduri, seorang emak saudara pula berniat untuk sama memeriahkan majlis dengan gulai ikan kering bersama nangka. Jadi menu sedikit bertukar dari gulai daging kepada masak putih daging kata orang tempat saya tetapi orang luar sebut kurma daging. Selagi majlis tidak berlangsung selagi iulah pasti ada perubahan-perubahan kecil menu kerana di kampung masih mengamalkan masak secara gotong royong. Seperti biasa mak akan serahkan bab dapur kepada adik-adik dan ipar duai sahaja.


Baju pengantin masih di dalam pembikinan, kata tukang jahit nak buat baju pengantin perlu berada dalam mood yang baik. Tak boleh serabut dengan masalah nanti idea lambat datang. Nampak gaya baju sudah mula digunting setakat semalam. Tukang jahit adalah adik saya sendiri yang lebih di kenali sebagai Cik Ja dalam keluarga, kami tinggal di tingkat yang sama jadi tiap-tiap hari kakak akan buat spot check lepas tu membebel. Baju pengantin package sekali dengan simple viel.


Baju untuk kakak-kakak pengantin pula juga berlaku sedikit perubahan, hajatnya nak menggunakan warna mint green tetapi bila ke Laila Fabrika yang menjual kain secara borong warna tersebut sudah habis. Terpaksa memilih warna lain. Kami menggunakan warna yang kontra dari pengantin untuk majlis di rumah emak. 9 pasang untuk anak serta cucu perempuan menggunakan sekayu kain, untuk lelaki beli sahaja ready made kecuali untuk adik bungsiu Syafiq yang akan menjadi pengapit, memilih warna yang sama bila buah hati telah menyiapkan baju berwarna ungu mengikut tema.



Ini dah lebih tukang jahit siapkan baju dia dulu kali ini, warna pilihan kedua atas persetujuan bersama. Umi nak warna kuning tapi kakak Hayani tak berkenan, last-last pilih warna mam jelah.


Masih berkira-kira hiasan untuk goodies walaupun sudah ada idea asal namun saat-saat begini terasa ingin mengubah idea asal pulak. Mak pun sudah memulakan projek agar-agar kering yang saya cadangkan untuk goodies, semampu mak jelah buat kalau tak cukup akan ditambah dengan benda lain seperti kerepek atau kacang-kacang. Yassin yang ditempah telah siap hanya menunggu masa untuk ambil sahaja. Harap semua dapat disiapkan sebelum tarikh tersebut. Kerja-kerja akhir goodies akan dibuat di kampung tapi saya tidak risau sangat sebab bila balik sudah ramai pembantu-pembantu yang menunggu.


Hendak menaja pembantu-pembantu cilik dengan baju seorang sepasang memang tak mampu walaupun niat tu ada. Jadi mungkin saya hanya akan menyediakan bunga kepala buat mereka, hanya untuk menggembirakan mereka dan memeriahkan majlis. Sepupu-sepupu sebelah rumah mak 4 orang anak dara itulah yang akan jadi pembantu tetap nanti. Dari menyiapkan goodies, memasang meja beradab, membuat mini pelamin dan memberi goodies kepada tetamu. 


Agar-agar kering dalam pembikinan, cuaca panas dan kering di Pelis mempercepatkan proses mengeringkan agar-agar.



Berangan nak buat ‘flower crown’ tapi menggunakan warna mengikut tema, bab ni kena gigih sikit sebab saya keras tangan.


Tak sabar menunggu cuti Raya Cina walaupun terpaksa menempuh jem yang panjang tetapi semangat tetap kuat untuk percutian seminggu di kampung. Doa yang terbaik agar mak sihat pada tarikh tersebut begitu juga anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu mak agar semua orang dapat meraikan majlis dengan pnuh gembira dan meriah.




Sirih junjung ‘trail version’ sudah siap Cuma nanti pasangkan daun sirih tulin, pinang dan kapur. Bunga pun sudah siap digubah untuk kegunaan majlis. Emak memang pandai bab  gubah mengubah, menjahit sehinggalah memasak. Sampai sekarang pun masih suka masuk pertandingan berkaitan. Warna tema awal purple putih dan mak tetap kata dia pilih purple dan pink sedangkan kain dah beli purple dan putih. Hentam sajalah labu.


5 Rider Beraksi:

Motivasi Diri

11:44 PG JunAina 9 Comments

Kadang-kadang emosi kita tak stabil, ada sahaja kegusaran melanda yang membuatkan hati kita jadi tak tenteram. Runsing. Sehinggakan perkara remeh boleh bertukar menjadi besar dan berat untuk dipikul. Adakala kita rasa sangat gembira sehinggakan setiap masalah walaupun sangat berat mampu ditangani dengan baik sekali dan selesai tanpa disangka.


Membuat kebaikan memerluka kekuatan mental dan fizikal. Walaupun ia hanyalah solat dua rakaat. Ada ketikanya terasa sangat berat untuk melakukannya tambahan pula bila kita sibuk dengan urusan duniawi yang membuatkan kita lalai dan meletakkan urusan kerja sebagai yang pertama.


Dhuha. Tahajud. Antara yang agak berat untuk dilakukan akibat pengaruh emosi. Ketika Dhuha kita akan sibuk dengan kerja-kerja pejabat, buat ibu-ibu dirumah pula itulah kemuncak kesibukan di dapur dan ruang tamu rumah yang bagi kita perlu didahulukan, untuk tahajud pula kita rasa sangat sayang untuk meninggalkan bantal bimbang tidak cukup tidur serta mengganggu tugasan ke esokan harinya.


Saya mempunyai cara sendiri untuk memotivasikan diri dalam menagani masalah hati ketika menghadapi situasi tersebut. Kesibukan kerja di pejabat mahupun melawan rasa mengantuk saya akan mendidik hati berkata-kata dengan kata-kata yang memotivasikan diri. Contohnya ketika saya sedang bekerja melihat jam di tangan pukul 9.30am terus saya detikkan dihati “Allah sedang memanggil saya untuk Solat Dhuha, mungkin hari ini Allah s.w.t sedang mahu mengabulkan doa-doa saya, alangkah ruginya sekiranya saya menolak pemberian ini”. Begitu juga bila terjaga di tengah malam bila hati berat untuk terus beradu cepat-cepat saya kejutkan minda. “Allah kejutkan kamu ketika orang lain sedang nyenyak dibuai mimpi mungkin Allah s.w.t ingin memberikan sesuatu, siapa tahu esok impian akan menjadi kenyataan”. Saya selalu pasakkan hati dengan kata-kata motivasi untuk melakukan kebaikan.


Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menjadi lebih baik. Selagi ia memberi perkembangan positif teruskanlah dan berusahalah untuk menjadi lebih baik. Mungkin bukan hari ini yang Allah beri mungkin esok, mungkin lusa atau mungkin disimpan untuk memberi sesuatu yang lebih istimewa. Itu rahsia Allah.


2016 walaupun ekonomi agak suram jangan lepaskan peluang untuk bercuti menghadiahkan diri serta memanjakan diri setelah berpenat lelah bekerja. Walau ekonomi tidak menentu hidup tetap perlu diteruskan paling penting adalah perancangan dalam setiap apa yang hendak dibuat. Rancang percutian sebaik mungkin entri ini “8 Things You Can StartDoing NOW For A Healthy Fund For Your 2016 Travels” boleh membantu sedikit sebanyak perancangan tersebut, memberi idea agar semuanya berjalan dengan lancar.







Inilah percutian yang saya tunggu-tunggu saban tahun. Percutian di rumah mak. Habiskan masa bersama adik-beradik walaupun hanya pi makan bihun sup, laksa dan ais kacang tepi laut di Kuala Perlis. Itulah saat-saat yang paling berharga buat kami sekeluarga.






9 Rider Beraksi:

Duit Tak Mampu Beli Rasa Bahagia

9:50 PG JunAina 10 Comments

2016 telah masuk hari ke 8 bermakna seminggu sudah kita mengharungi tahun baru yang bagi saya agak mendatar buat masa sekarang. Tiada perkembangan menarik juga tiada berita buruk ingin diterima. Cuma kehidupan seharian agak tergangguu dengan berita-berita semasa mengenai tekanan hidup yang terpaksa dihadapi rakyat Malaysia. Tepuk dada tanyalah selera, kehidupan kita, kita yang rencanakan serta uruskan. Buatlah sehabis baik, jangan mengikut kehendak ikutlah keperluan utamakan kemampuan. Saya lebih suka mendengar dan melihat dari terus bercakap, merungut dan berdebat tanpa hasil. Saya takut bila terlalu banyak bercakap semakin banyak pula perkara yang tak perlu akan keluar.


Akhir tahun yang agak mengejutkan bila suami kakak ipar yang telah setahun menjalani pembedahan membuang tumor telah pergi mengadap Ilahi pada 23hb Disember pukul 8.15 malam. Arwah telah sihat, boleh berjalan, sudah boleh pergi shopping komleks dan bercuti ke Cameron Highland bersama anak-anak. Takdir Allah siapa yang tahu, dia kembali mengadap pencipta dalam kemalangan motosikal. Mengalami pendarahan otak dibahagian yang satu lagi bukan bekas kesan pembedahan. Allah lebih tahu.


Kesibukan menguruskan persekolahan anak-anak, menguruskan persiapan majlis perkahwinan adik membuatkan kami sama-sama lupa pada tarikh 26hb Disember. Pada 28hb Disember barulah masing-masing teringat tarikh ijab-qabul kami setelah masuk kerja kembali selepas bercuti 6 hari. Kesilapan bersama dua-dua pun lupa langsung, tak ada kek, tak ada bunga dan tak ada coklat tahun ini. 14 tahun berlalu ketawa dan air mata sebagai pemanis kehidupan pelengkap kebahagiaan. Moga Allah terus pinjamkan rasa bahagia ini lama lagi, terus pinjamkan dia sebagai pelengkap keluarga kami yang menjadi tiang seri kekuatan kami sekeluarga. Terima kasih Allah. Duit tak mampu beli rasa bahagia.




Suasana pejabat tetap sebegitu agak lembap perkembangan projek yang ada walaupun General Manager telah mengumumkan berita gembira beberapa minggu yang lalu tetapi itu bukan menjamin kami akan terus nikmati apa yang ada sekarang untuk hari-hari seterusnya. Doa yang terbaik agar ekonomi akan semakin pulih, hari ini mungkin kita bekerja tetapi esok siapa yang tahu apa yang berlaku. Rezeki itu tetap milik Allah, berusahalan kita untuk yang terbaik moga Allah memberi yang terbaik buat kita. Satu pintu ditutup insyaallah akan ada 2-3 pintu lain akan dibuka buat kita.





10 Rider Beraksi: