Biskut Sepanjang Zaman

12:00 PTG JunAina 14 Comments


Biskut wajib ada di rumah telah siap, sedia untuk dimasukkan ke dalam balang untuk hidangan hari raya (saya tetap buat walaupun tak beraya di Kajang). Almond London, Tart Gulung Nenas dan Cornflake Coklat tersusun cantik di dalam balang dan bakal mengisi balang-balang kecil comel esok. Tahun ini hanya itu yang mampu dibuat kerana masa yang tidak mengizinkan (saya salah kira hari sebenarnya).


Esok pagi saya akan bergerak meninggalkan Kajang bersama anak-anak. Doakan perjalanan kami selamat sampai ke destinasi, rindu sangat dengan Kakak Hayani. Baju raya anak-anak telah siap dipack untuk mengelakkan ada yang tertinggal termasuk baju raya kakak.



Cornflake Coklat. Sebenarnya satu balang sudah habis anak-anak kerjakan, satu balang si kecik Alya sudah kidnap bawak balik ke rumah dia. Itu sahaja yang tinggal, biskut paling laris di rumah bukan setakat anak-anak, abah pun suka. Malam tadi yang di dalam bekas oval tu pulak selamat. Resepi cara saya buat rujuk kat sini.



Biskut Almond London. Nak buat senang sahaja main gentel bujur sahaja lepas tu bakar, malam-malam lepas balik kerja saya celup coklat. Biskut ini saya dapat 9 bekas, satu kena cilok denga Alya juga. Resepi boleh sahaja google kat internet, banyak yang dikongsi.



Tart Gulung Nenas, biskut nostalgia sepanjang zaman. Pak tuan suka, setiap kali berbuka selepas makan nasi dia akan angkat balang kuih dan mengadap balang tu. Rasa berbaloi buat bila dia sudi makan sakan-sakan. Hanya 4 balang tu sahaja saya mampu buat sabtu lepas dan dalam tupware Alya dah bawak balik rumah dia juga. Resepi saya syer kemudian, saya memang tak tukar resepi lain dah inilah tiap-tiap tahun, percubaan pertama gagal kononnya nak guna resepi lain yang mencair kat mulut. Menyesal.



Inilah semuanya hasil penat lelah saya, yang dah habis pun dua balang jugak. Puas hati sangat walaupun saya penat sangat terutama cabaran buat tart gulung tu. Seharian nak dapatkan 4 balang tu. nasib baik tahun ini ada assistant nak tekan doh tart dan nak gentel Almod London.


Syukur alhamdulillah. Akhirnya Projek Biskut Raya 2013 saya berjaya jugak walaupun sepatutnya ada satu lagi biskut pilihan yang perlu saya buat tetapi tahun ini cukuplah tiga jenis. Jumlah modal yang saya keluarkan termasuk untuk membeli bahan-bahan serta balang biskut Rm146.00. Berbaloi sangat-sangat pelaburan saya ini. Bayangkan saya dapat lebih kurang 20 balang biskut termasuk yang telah depa kendurikan. Modal saya cuma Rm7.30 untuk sebalang dan saya buat gunakan buttercup bukan marjerin.


Saya tersenyum puas dalam keletihan mengejar 10 terakhir Ramadhan. Penat. Letih tetapi itulah pengorbanan paling manis buat suami, anak-anak serta keluarga. Mana tahu andai ini Ramadhan Terakahir saya.




You Might Also Like

14 ulasan:

  1. Meltingnya tengok sekkut-sekkut raya tu!
    Lupa pulak order sekkut corflakes tahun ni hmmm.

    Tart nenas tu fav. jgk, tp tahan hati je la.. tahu ni je tokleh mkn sob sob.

    BalasPadam
  2. sedap2 belaka..

    hati2 ya kak.

    slmt hari raya.

    BalasPadam
  3. banyaknya kuih raya Aina..rajin la, kami takdak la nak buat..tak rajin..hemmm, boleh beraya kot ?

    BalasPadam
  4. selamat Hari Raya buat kak Aina sekeluarga...
    minta maaf andai ada tersilap terkasar semasa saya menulis..

    rata2 baca blog, mmg ramai ug buat kuih almond london..cornflake ni..;)

    BalasPadam
  5. eka suka kuih tart nenas. hehehe

    eka taun ni sibuk tolong mak buat biskut raya. Meniaga kuih raya.

    Mata ni ngantuk saja. Hehehe Tapi sonok,
    selamat hari raya kak

    BalasPadam
  6. Puas hati bila dapat buat sendiri biskut raya yang kita inginkan.. ;)

    BalasPadam
  7. Insyaallah, kita akan bertemu Ramadhan tahun hadapan.. selamat hari raya maaf zahir batin.

    BalasPadam
  8. semua biskut tu fev nur...sedapnya

    BalasPadam
  9. Byknya biskut raya...
    Selamat hari raya dr saya.. Maaf zahir & batin. :)

    BalasPadam
  10. Salam Ramadhan Aina

    dipermudahkan dlm perjalanan

    Selamat Hari Raya Aidil Fitri
    moga Aina sekeluarga lebih ceria diSyawal ini disamping dalam pemeliharaan Allah

    BalasPadam
  11. lebih berbaloi buat sendiri kan...lagi syok bila anak2 dan suami yg makan....tahun depan kene buat lagi la yer..

    BalasPadam
  12. Buat brp bancuhan tu yang dapat byk balang tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya buat 2 1/2 bancuhan tu ibu. Tapi dah ada yang di kendurikan ikutnya memang 5 balang cam tu.

      Padam