Semangat Yang Hilang
Semangat dalam diri sentiasa turun naik tapi biasanya banyak turun dari naik. Motivasi diri tu penting tak kiralah dari siapa pun. Membaca juga boleh memotivasikan diri, kalau dak layu je. Turun naik turun naik akhirnya semangat tu tak naik-naik mati kat situ sahaja. Ini cakap pasal diri sendirilah. Orang lain tak tau, bergantung pada tuan punya badan.Hari tu semangat berputar 360 darjah, semangat nak masak coz selalu fikir kesiankan anak-anak. Sarapan tiap-tiap hari beli, mak sibuk kerja dan paling besar penyakit 'm' untuk bangun awal pagi. Seminggu memasak tiap-tiap hari itupun masak sambal banyak-banyak masuk peti ais, hari ni cedok panaskan masuk sotong, esok goreng ayam jadilah sambal ayam lusanya masuk telur. Banyak senang lagipun sambal menjadi kegemaran anak-anak. Bila balik tengok nasi tak bersentuh, rasa down. Tabiat mereka sarapan pukul 10 pagi nak pergi sekolah tak makan dah coz dua-duanya sekolah petang. Makin layu bila adik (penjaga anak-anak bila mama kerja) balik dari bercuti selama seminggu kat kampung, dah ada tempat mengharap langsung tak masak-masak sampai hari ni.
Pagi ini sarapan sandwich tuna dan keju, tiba-tiba semangat nak bawak bekal untuk sarapan timbul. Boleh jugak sediakan sarapan mudah untuk anak-anak. Masalahnya anak-anak suka makanan berat pagi-pagi selalunya nasi lemak dan roti canai, tak apa pelan-pelanlah. Jangan semangat ni pun hilang bila anak-anak biarkan sandwich tak bersentuh atas meja. Alasan lagi!
Sejak keguguran dulu mak kirimkan banyak makanan tambahan berasakan gamat dan juga spirulina. Walaupun usia anak dah bau-bau 40 tahun mak masih mengambil berat soal kesihatan anak, itulah istimewa seorang mak. Dua jenis sebelum makan dan dua jenis lagi selepas makan. Kadang-kadang terbabas jugak tapi sebab tak nak kena soal bila mak datang dan buka peti ais benda tu masih banyak gagahkan diri jugaklah makan. Harap semangat ini tak akan lunturlah demi kesihatan diri.
Salah satu cara untuk memotivasikan diri yang boleh diamalkan. Tulis kata-kata semangat dengan kemas dan cantik paling senang guna komputer sahaja letak gambar cantik-cantik dan print. Lekatkan di workstation untuk memberi semangat ditempat kerja, gantungkan kata-kata hikmah dirumah, boleh letakkan yang sudah diframe cantik. Boleh juga susun frame kecik-kecik atas peti ais atau kat mana juga kita senang lihat. Moga dengan cara itu semangat kita tak mudah hilang.
Tayang-tayang lauk yang entah bila, ini saya masak sendiri namanya lauk orang malas.
nak pulihkan semangat yang hilang makan masa juga...
BalasPadamtapi katakan bole untuk diri sendiri...
lauk yang simple itu yang best...
betul tu kak...tulis kata2 semangat pastu bc berulang kali..
BalasPadamp/s komen cara mcm tu mmg agk payah
tu la.. mia pun kadang takde semangat juga... nak2 kalau sibuk. memang dapur tak berasaplah jawabnya. main bungkus je... hehehe
BalasPadamSalam Kak...macam tu la kehidupan...terkadang rasa semangat terkadang rasa down....
BalasPadamkalau macam ni lauk gaya orang malas....kira okey lah...mau licin jugak dibuatnya ni. hehe.
BalasPadamsaya pulak selalu subscribe motivation page kat facebook tu..tiap2 hari baca kata2 motivasi lagi bagus dari baca benda2 yg tkde manfaatnya tu. :-)
mana hilangnya semangat akak ni? bangun kak bangun...demi anak2...
BalasPadamsupplement lepas gugur tu pun mkn kak, kang bersoal jwb pulak dgn mak akak tu...huhu...
sedap lauk daging kicap ka tu?, takpa jadi silent reader pon ok...boleh gak kalau sudi fb comment disediakan. Segala kesulitan amat dikesali..*ayat surat gomen hehe
BalasPadamp/s ..tang mana silapnya blog Aina xboleh komen ye..nak tau gak?
Kalau macam itu masih ada kekuatanlagi tu Aina. Tapi kita ni kan manusia ada kalanya memang macam malas nak masak tapi bila kenang ada suami/anak masaklah juga..
BalasPadamUntung Aina masih ada mak yg nak pantau. So makanlah tuk kebaikan juga kan.
Kakak pun tak boleh komen blog yg totally guna g+ utk komen.
ok la tu kak.. kreatif.. saya lagi la malas dari akak..tapi malas ke rajin ke kan kak.. kalau orang tak makan mmg rasa down sungguh kan kak..
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamHu huh uh u daku dah mula terasa nak masak macam-macam, tapi perasaan itu sangatlah bahaya sebabnya, bila dah rajin nak masak tu...siapa la pulak nak makan? Akhirnya...sendiri makan, sendiri jadi BESAU hu huhuhu
xper mak, komen je blog wak.,hari2 7 8 kali pon xper..ehHHee
BalasPadammotivasi memang penting dalam semua apa yang kita buat...tambah2 motivasi kerja..kalau down, memang rasa malas sangat nak bangun gi keja huhu :)
BalasPadamsalam kenal kak..thank sudi jenguk sy ye...bc entri akak ni pon da buat sy termotivasi sedikit...harap penyakit m tu hilang ye..
BalasPadamsalam aina,
BalasPadamsemangat mmg cepat luntur
lebih2 lagi kalau org mcm tak hargai
kita punya style..
kena selalu jln2 blog masak2
terus semangat masak best2 tu mari..hehe
saya kalo nak motivasikan diri suka baca fb drmuhaya..
BalasPadamCara termudah saya nak memotivasi diri, mmg setiap hari pagi & petang saya dengar radio IKIM FM...Alhamdullilah, mmg byk kata2 semangat/motivasi...disamping ilmu2 yg bermanfaat..
BalasPadam