Bandung - Part 2

9:03 PG JunAina 1 Comments

Ahad, 5 Dec 2010
Day 2.

Plan B terpaksa digunakan dengan alasan `mobilnya' accident, Takuban Perahu dah jadi shopping-shopping kat Factory Outlet lagi. Bangun seawal jam 5 pagi coz mataharinya dah tinggi dan aku sudah tidak bisa melelapkan mata. Mandi dalam kedinginan cuaca Bandung yang nyaman dan bersiap-siap untuk perjalanan seterusnya. Bersarapan di Rumah Tawa sahaja...

Seawal 8 pagi telah ada penjual-penjual cenderamata di hadapan Rumah Tawa, kami pun menjamu mata dan ada jugak yang membeli untuk ole-ole pulang ke Malaysia, termasuk aku jugak beberapa helai t-shirt di beli sebagai tanda kenang-kenangan.

Destinasi pertama, Sahara. Barang-barang branded tapi aku jamu mata aje, agak mahal. Kemudian ke Calamus, terjebak 100ribu kat situ. Lepas tu singgah di butik batik exclusive, harganya boleh tahan. Singgah makan tengahari di restoran makanan sunda tapi group kami lambat sampai so terpaksa le ikut suggestion `pak supir' ambil hidangan set untuk 4 orang sedangkan group yang lagi satu oder alakat tapi berbaloi-baloi...best...sampaikan dia orang pun jealous...

Petangnya ke Jalan Cihampelas, kawasan ni ala-ala Chow Kit sikit kat Malaysia tetapi harga barangan memang murah. Sedikit merimaskan dengan kehadiran ramai penjual jalanan dan peminta sedekah.Malamnya shopping lagi ke Donatello, sempat memanjakan diri di SPA Mariati dan makan malam ala `mat saleh' coz semuanya mengadap steak.

 Kat Factory Outlet...Sahara. Sempat lagi berposing...

 Di Calamus...juga Factory Outlet

 Butik batik, memang berkualiti...imported from Malaysia modelnya...

Makan tengahari dengan makanan sunda, entah mengapa aku selalu sahaja tidak perihatin pada nama-nama restoran di sana. Di pondok sebelah jugak ada tamu dari Malaysia.

Cihampales Walk...


Berposing selepas berwindow shopping kat Donatello, kasut dan hand beg. My friend (Ina) terjumpa kasut sebijik yang di pakainya brand Carlo Rino. Tak pelah balik beli kat Malaysia je...

Memanjakan diri di Spa Mariati...layanan cukup bagus...
Akhirnya makan malam di sebuah restoran steak terkenal kat Kota Bandung...local steak dengan harga lebih kurang Rm7.50 aja...

You Might Also Like

1 ulasan:

  1. sedap tak local steak bandung? harga murah gilerr...

    BalasPadam