Hijrah-Perlukah aku menangis.

8:26 PG JunAina 9 Comments

Selepas 8 bulan bertungkus lumus, tak tentu rehat, balik lewat atas tuntutan kerja dan anak-anak juga jadi terabai akhirnya mendapat perkhabaran. Entahlah perlukah aku menangis atau perlukah aku ketawa dan menjerit kepada dunia (terover pulak)...

Kalau dulu terasa dan menjeruk rasa kerana lead yang lama ingin memanggilku kembali ke sana setelah khidmatku tidak diperlukan satu ketika dulu seperti yang pernah aku ceritakan kat SINI. Maka tercampaklah aku di sini, menghitung hari dengan rutin yang sama cuma tajuk besarnya (macam tak kena je ayat ni) sahaja lain. Mencari keserasian, alhamdulillah aku mampu mencari titik itu.

Hijrah datang lagi, antara berita gembira dan terselit sedikit kegusaran. Apa yang ada di sini belum sampai noktah terakhirnya masih ada yang perlu dibereskan dan aku pula menerima perkhabaran baru, tenaga serta kudratku yang tak seberapa di perlukan di tempat baru! Segalanya akan bermula dari A, bermula dari 0 bermakna sekali lagi aku akan menjadi antara perintis. Harapan besar ku letakkan di sini agar projek ini akan menjadi platform terbaik untuk aku (selain platform kat tengah laut yang aku buatlah) lebih berjaya dan mengaut ilmu di sini sebanyak mungkin. Sedikit myuskil KENAPA MESTI AKU PERGI DAHULU? Adakah kerana sememangnya aku diperlukan di sana ataupun aku sudah tidak diperlukan di sini. Tertanya-tanya...terasa ingin menangis tetapi aku tetap positif apa yang terjadi itu adalah yang terbaik untukku. (cewahhh pujuk diri sendiri...sob...sob...)

Insyallah mulai bulan depan aku akan mengemaskan barang-barang masuk kotak, lablekan workstation no dan esoknya lenggang kangkung mengemas barang kat The Intermark. Bermulalah ekspedisi baru untuk the very high profile project (macam bagus jerk) sampaikan HOD sendiri yang jadi project lead...
Tinggallah kengkawan yang masih perlu membereskan apa yang patut kat sini dan akan menyusul selepas tamat projek sekarang. 

Aku ingin menjadi yang terbaik. Belajar untuk menjadi lebih baik.

Nak kerja kuat, simpan duit banyak-banyak nak pergi santai-santai kat sini dan gambar ini sekadar hiasan tidak ada kena mengena langsung dengan entri ini.


Nukilan Aina: Walau di mana dicampakkan selagi kudrat diperlukan bukan siapa di atas atau sebesar mana projek yang dipandang tetapi lebih kepada menggalas tanggungjawab yang diberikan. Kepercayaan yang diberi bukan boleh dibeli, bukan hadir dalam masa sehari atau mungkin mereka sudah tiada pilihan lagi...



You Might Also Like

9 ulasan:

  1. aina..fikir positif..memang aina layak..

    BalasPadam
  2. ada hikmah atas apa yg berlaku
    jika berhijrah utk keprofesionalisme kita dan akak ingat kata2 bos akak dulu..jika kita kene bertukar bermaksud khidmat kita diperlukan di tempat baru..xdak motif lain..

    BalasPadam
  3. insya'allah akan mendapat lagi terbaik dari sekarang ..
    siapa yang tahu kan?

    BalasPadam
  4. bersangka baiklah .. mungkin pangalaman dan kepakaran awak di perlukan ditempat baru. jadilah seperti perbidalan di bawah:

    "ibarat benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau"

    BalasPadam
  5. "aduhh..ada rasa macam bola tak?Takde...kalau takde ok lah..(jgn tipu....)pikir positif jer lah jun.."

    BalasPadam
  6. Salam kenal kembali..... bagus la bertukar ketempat baru... boleh meramaikan kenalan..... banayk kawan kan bagus.... Tapi kawan lama jangan dilupakan....

    BalasPadam
  7. Kemampuan Aina telah diketahui pihak pentadbiran. Usah bimbang kakak percaya Aina adalah pilihan tepat buat syarikat. Oleh itu galas dengan hati terbuka....

    BalasPadam
  8. SAya dah linkkan awak dalam blog lis saya....

    http://alimazlink.blogspot.com/

    BalasPadam