Persimpangan Dilema.
Berada di sini atau pergi membawa hati. Argghhhh...setelah hampir 7 bulan berada di sini, bertungkus lumus bekerja dengan harapan biarlah segalanya berakhir dengan sempurna. Hati yang terluka dulu kini semakin sembuh tiba-tiba kelukaannya kembali berdarah. Selama 7 bulan itu jugalah aku berhenti berharap dan belajar menerima kenyataan dan setelah selesa di sini dan hati semakin terpaut, patutkah aku kembali....
7 bulan yang lalu aku dilepaskan untuk bersama projek lain dengan alasan baik untuk aku belajar, bukan setakat projek lain tetapi juga bersama lead baru dan juga dipindahkan ke bangunan baru. Seperti dalam entri aku sebelum ini dan di sini. Bukan sedikit kecewa kerana setelah 3 tahun bekerja bersama, keserasian sudah ada aku terpaksa berdepan dengan susana baru. Belajar memahami lead yang baru dan mengikut rentak team member yang baru. Alhamdulillah berkat kesabaran, berkat redhanya aku pada kehendakNya semua dapat dilalui dengan baik.
Sehingga masalah tenaga kerja timbul dan wujudlah desas-desus ingin menarik aku semula bersama team lama kembali. Wajarkah? Patutkah aku pergi sekiranya ada arahan dari HOD? Aku keliru, perlukah aku memberi alasan untuk tidak pergi, bukan kerana dendam, bukan juga kerana sakit hati tetapi sangat banyak yang dapat aku belajar dari projek ini. Benda-benda baru yang sepatutnya aku tahu tetapi aku tidak tahu semasa berada bersama team lama, terasa betapa kekurangan diri ini.
Ya, inilah hikmahnya. Projek yang orang lain tidak ingin pergi kerana lead yang lebih mementingkan pendapat sendiri telah mengubah aku menjadi seorang yang lebih proaktif, lebih ingin belajar bukan hanya menerima sahaja arahan dan apa sahaja yang disuap kemulut tanpa ada pertanyaan!
Assalam jun..kena juga pastikan desas desus tu..kenyataan atau hanya khabar angin..
BalasPadamsetiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya yang tersembunyi.
tak tau nak bagi pendapat mcm mn..
BalasPadamerm...myb bila kembali semua ke team lama..akk boleh berikan nafas baru pada team tu.. ;)
jom ke APA KATA HATI pulak,
BLOG REVIEW : SILENT READER
macam bola pulak kita ni..suka hati nak tendang mana, tapi you dah belajar banyak perkara...tentang tugas dan tentang manusia..
BalasPadamDan sebenar nya..kita lah pemenang nya...
Bak kak erna cakap...setiap sesuatu yang berlaku, pasti ada hikmah yang tersembunyi...
Terus kan langkah ke hadapan!
salam jun,
BalasPadamyang pasti, mungkin ada sesuatu di sebaliknya yang kita tidak nampak..
yg pasti..setiap yg berlaku ada hikmahnya..lambat atau cepat je..
BalasPadambykkan bersabar dulu..
itulah dinamakan hikmah di sebalik kejadian kak..
BalasPadamkak erna...jun masih menunggu email dari HOD kalau tak ada hitam putih jun buat2 tak dengar je berita tu...
BalasPadamalhamdulillah...kekadang apa yang kita tak nak, itulah yang terbaik untuk kita.
nabila,
team lama memang tak leh nak ubah apa2 bila kakak yang ala2 makcik2 yang control semuanya...
kak ezza...
BalasPadamkita ni org bawahan hanya mengikut arahan, senyum dalam paksa demi kelangsungan hidup.
ya banyak yang jun dah belajar...sekurang2nya belajar menyesuaikan diri dalam apa keadaan sekalipun.
k.pah...
alhamdulillah...syukur jun tidak menolak dahulu kerana di sini jun lebih banyak belajar, bukan hanya mengikut arahan.
sabar...betul kata sarah sabar ubat segala2nya...
BalasPadamhai lekat lekit gurl...ya hikmah yang kadang2 terselindung...
terima kasih semua yaaa...
mula2 baca tajuk ingat cam lagu nora jer. hihihi
BalasPadamsemoga akak akan lebih sukses dalam apa jua yang di tempuhi...
apa yang boleh saya katakan hanyalah " sedia berkhidmat" walau dimana sahaja...huhuhhhh
BalasPadameelebor...akak minat jugak lagu tu...
BalasPadamthanks dan insyaallah harap lepas ni ada sesuatu yg baik untuk akak...
shahrom...sebagai staff memang itulah hakikatnya. 4 tahun kat company ni dah 3 kali pindah bangunan, kalau pindah tingkat tu dah berkali2 jugak le...
BalasPadamBW teman blogger semua :)
BalasPadamassalam jun,
BalasPadamkena byk brsabar..gitulah hidup bekerja.
banyakkan bersabar macam tue la lumrah berkerja huhu...
BalasPadamDi sebalik kesukaran itu ada kemudaahn yang Dia janjikan utk org2 yg sabar. Insyaalah....:)
BalasPadamp/s: tq Jun coz dh register HB. Klik for u also..:)
bila bercakap pasal kerja ni kadang2 boleh makan hati..tsk!
BalasPadamMungkin kerana melihat keupayaan dan kebolehan seseorang itu juga maka hal ini terpaksa pihak berkenaan melakukan begitu. Kepentingan sesebuah institusi/syarikat maka inilah jadinya. Sabar suatu masa akan ada kelebihan berpihak. Tunggulah....
BalasPadamaina..akak pun taktau nak cakap apa yang logic selain dari sabar...sabar...
BalasPadaminsyaallah azzey...
BalasPadamamy...aina akan sentiasa bersabar tetapi tak maw le org pijak2 kepala kita. cam ner ek...
zue...kalau tak sabar dah lama cari kerja kerja baru tapi aina suka suasana kerja kat sini...aman...
MDT...makan hati, sakit hati jgn sampai mati dah ler...hehehee...
BalasPadamya...kakzakie kepentingan syarikat memang mejadi keutamaan, aina bukan yg terbaik utk menjadi rebutan tapi terasa masa tidak di perlukan di tolak kesana ditolak kesini bila dah sesak sibuk nak panggil balik. tak adilkan utk team aina sekarang?
kak queenie...sabar2 tapi sabar juga ada batasnya...tapi terima kasih buat semua yang bagi semangat dan nasihat...THIK POSITIF! baru boleh berjaya ek...
mungkin ada hikmah disebaliknya..sabar byk2 ye..
BalasPadamthanks cik sakura...
BalasPadamsabar2...akan aku sabar selamanya...
ya betul tu dgn komentar yg lain2..ada hikmah disebaliknya....
BalasPadamassalam Jun...sabar lah hidup kita sentiasa diuji dgn pelbagai ujian.
BalasPadaminsyaallah nieza selagi ada kekuatan...
BalasPadam