Terima Kasih Kerana Sudi Mengikut Saya.
Perghhh...selepas satu tahun dan enam bulan follower Aina baru mencecah 100 orang. Terima kasih pada semua YANG TELAH SUDI mencemar duli dan yang paling best RINNA menjadi orang yang paling bertuah, menjadi follower yang ke 100.Agak-agaknya patutkah RINNA mendapat hadiah terkejut dari Aina (terasa macam nak bermurah hati pulak hari ini). Sebagai menghargai sokongan semua Aina dengan gembiranya ingin menghadiahkan sesuatu kepada follower yang ke 100 DARI MATA PENA LAHIRLAH SEBUAH RASA. Buat RINNA rajin-rajinkanlah diri untuk emailkan nama dan alamat. Lepas ini Aina tak akan segan-segan bagi hadiah lagi kepada sesiapa sahaja yang bertuah. Tak semestinya FOLLOWER bertuah sahaja, akan dinilai dari semua segi...ngeeee..(lepas ni kena buat stok cenderahati khas untuk pengunjung blog Aina lepas tu boleh buka kedai cenderahati online pulak...).
Buat semua rakan-rakan di alam maya ini yang sentiasa megunjungi blog DARI MATA PENA LAHIRLAH SEBUAH RASA setinggi-tinggi penghargaan buat kalian. Walaupun blog ini hanyalah catatan peribadi dan kadang-kadang merapu masih ada yang sudi singgah. Sekali lagi TERIMA KASIH semua!
Merah sungguh si agar-agar
Buat bekalan pergi ke pekan
Saya masih sedang belajar
Silap dan salah tegur-tegurkan
Pergi ke pekan membeli durian
Hendak dijamu tetamu yang datang
Terima kasih pada kalian
Jangan serik datang bertandang
Yang penting, dapat kawan yang ikhlas nak berkawan dengan kita, kan Aina? :)
BalasPadamselamat berkarya di blog kak..
BalasPadamtahniah...sudah capai 100 followers :)
BalasPadambetul kak cik...sikit ke banyak ke yg penting ikhlas. kak cik kata nak beraya kat perlis?
BalasPadamterima kasih MamaEma...insyaallah selagi terdaya.
BalasPadamMLD...lamanya kak aina menunggu untuk dapat 100 tetapi yang penting kawan2 selalu jenguk2 lama akak...
BalasPadamAlhamdullilah.. terkezut laa plak.. saya pun tak perasan yang saya jadi follower yang ke 100. Terima kasih laa kerana sudi hendak memberi cenderamata.. :))
BalasPadamTAHNIAH.. nnti bertambah lgi
BalasPadam