Pak Tuan Terima Menantu

5:53 PTG JunAina 10 Comments

Hujung minggu yang akan menjadi sangat sibuk. Esok akan bercuti menguruskan goodies bag untuk majlis perkahwinan pada Sabtu, 1 Oktober 2011. Sekali lagi Pak Tuan menerima menantu perempuan dan bertambahlah ahli keluarga, kemeriahan pun bertambahlah kerana keluarga semakin membesar.

Baulu berjumlah 3200 biji telah sampai dalam 5 kotak besar hari Rabu lepas, import dari Perlis. Malam tadi siap membungkus kotak yang terakhir. Cenderahati juga telah siap di kemaskan dan disusun cantik. Telur bersusun-susun dalam rumah yang kecik.Sesak!

Esok nak mula operasi merebus telur. Memasukkan telur ke dalam bekas dan menyiapkan goodies bag. Tengahari tadi bunga telur pula di hantar sedangkan sebelum ini bunga telur tiada dalam agenda tugasan. Malamnya akan dihantar ke vanue majlis. Kesibukan belum habis bila harus menyambung dengan perjuangan membuat bubur kacang untuk pencuci mulut majlis pulak.

Harap semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa cacat dan cela. Buat Pak Tuan TAHNIAH! Buat kawan-kawan maaf tidak dapat menjemput kerana majlis ini bukanlah majlisku.

* Kesibukan mengalahkan mak pengantin!

You Might Also Like

10 ulasan:

  1. Assalam Aina..tak pe Aina..faham..
    Memang sibuk betul tu..kalah mak pengantin..macam2 yang nak dibuat.

    BalasPadam
  2. semoga majlis berlangsung spt di rancang & selamat semuanya..

    BalasPadam
  3. 3200 bahulu..perghhh 2 bulan tak abis neh hahaha..sedap bahulu tuh hehe

    BalasPadam
  4. kak erna...letih2 tapi kena jaga hati biar ikhlas...baru berkat...

    BalasPadam
  5. terima kasih LLG...insyaallah...

    BalasPadam
  6. syuxer...3200 baulu tu kalau kat umah kak aina 6 bulan makan tak habis. banyak sangat boleh buat mandi ngan baulu...hahahaa...

    BalasPadam
  7. ade bahulu lebih tak?
    hihihi...

    mane gambar majlis?

    BalasPadam
  8. yun...baulu banyak lebih mai...mai...kajang...terbaekkk punya baulu...

    gambar majlis nanti akan menyusul itupun kalau ada...

    BalasPadam
  9. wahhh, sibuk rupanya kak jun ni yaa.. all the best ya.. semoga majlis itu berjalan dgn meriahnya..

    kak jun mesti banyak untung tu kan.. ehe

    BalasPadam
  10. selamat pagi yang ceria kak Jun

    BalasPadam