Sensasi Dialog Zizan-Hantu Bonceng

2:42 PTG JunAina 12 Comments




Kontroversi yang bakal menaikkan kutipan Hantu Bonceng.

Salah satu babak yang dilakonkan pada pendapat sestengah orang sangat menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Ashaduanna Muhammadar....Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan"

Setiap orang mempunyai pendapat dan pandangan yang berlainan. Sebagai seorang yang sangat cetek ilmu agamanya saya tidak layak untuk menjatuhkan hukuman. Sekadar borak-borak kosong mengisi masa yang terluang dan berkongsi pendapat kawan-kawan (sebenarnya cari isu nak menulis kat blog dah tak der idea).

Tengok cerita ini pun belum apatah lagi le nak baca skripnya. Cerita pun namanya komedi seram. Ada part lawak tak kira le lawak betul-betul lawak atau lawak bodoh (tapi kita tetap gelak jugak paling kurang sengih...). Ada jugak part seramnya (walaupun seramnya cuma anak-anak kecil sahaja yang sembunyikan kepala dibawah selimut dan tutup telinga dengan bantal).

Pendapat Ustaz Idrus pun masih menjirus kepada niat bila Zizan merujuk kepadanya.

Mungkin panel skrip terlepas pandang, mungkin masa di atas kertas nampak ok tetapi bila di lafazkan nampak jadi dua macam. Masa penpisan filem sebelum penayangan pun scence tu nampak lawak (sibuk gelak tak sempat fikir pun).

Jadi kepada semua jangan cepat melatah, jangan cepat menunding jari dan jangan cepat jatuhkan hukuman. Setiap kita ada kelemahan dan kekurangan masing-masing. Kesilapan akan berlaku di mana-mana dalam hidup kita. Oleh itu segala yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan.

Masalahnya orang zaman sekarang pelik sikit. Kalau dapat buka aib orang, cerita buruk orang memang le sesangat le sukanya. Perkara sekecil hama pun boleh jadi sebukit! Bila dah keluar ayat 'Ehhhh...Cik Bedah ko tahuuuuu....'. Alamat le tu...
Tetapi zaman sekarang bukan PEREMPUAN je suka bawak mulut dan mulut macam longkang LELAKI kalau dah mula bercakap lagi terserlah kewibawaannya!

You Might Also Like

12 ulasan:

  1. Kakcik dah tengok cerita ini malalui tayangan DVD di rumah. kakcik bukan agamawan untuk memberikan komen tentang isu yang diperkatakan. Tapi, yang kakcik nak cerita, kakcik tertidur sewaktu cerita ini ditayangkan!

    BalasPadam
  2. Saya pun x layak nak mengomen lebih2 pasal ni..Tp bengang la jugak baca jawapan angkuh Ahmad Idham tu.. Zizan ok jer minta maaf..

    BalasPadam
  3. ayat ayat y macam tulah senang menjadi ikutan anak anak kan?
    ya allah...ampunkanlah dosa dosa yang kita sendiri tidak sedari

    BalasPadam
  4. kalu boleh bab2 agama ni x perlu la dimasukkan dlm filem / drama / lagu...

    BalasPadam
  5. Salam JunAina,

    Nampaknya pengarah dan penerbit sesebuah cerita kena lebih berhati2lah kan.

    BalasPadam
  6. Memang orang suka cari kesalahan orang... Bila betul... diam saja...

    BalasPadam
  7. DLM DIALOG & babak tu rasanya zizan bkn bermaksud nak mengucap kalimah tu dengan menukar Rasulullah kpd syaitan tp dia tak sempat habiskan kalimah tu kemudian nk ckp kwn dia tu syaitan kot.. dr clip sedutan filem tu yg sy tgkla.. Benda ni mgkin berlaku secara x sengaja tp isu & kontroversi yg berlaku adalah kesilapan semua pihak dr skrip, pengarag, pelakon, penapisan filem.. sblm ia di tayangkan

    BalasPadam
  8. betulll3x... rang kalau bab2 cerita keburukan org lain memang meletup... aishh, orang2 kita asyik2 nak ngompat mengata org kan.. huhu

    BalasPadam
  9. mmg betul... tak perlu cepat melatah...

    BalasPadam
  10. keegoan pengarah lain sikit...almaklumlah orang lama...

    BalasPadam
  11. kasih ibu...memang betul tu, setuju dengan pendapat itu. bimbingan orang yang lebih tua penting dalam semua perkara...

    BalasPadam
  12. KhaiRin...semua tu dah jadi asam gamarm dalam filem2 kat melaysia nih. berebut2 orang nak buat filem2 cam gitu...takutnya jadi ginilah. lain pulak jadinya...

    BalasPadam