Demam

12:12 PTG JunAina 18 Comments

 Badan tak sihat demam dan selsema. Malam tadi terjaga pukul 2 pagi tekak terasa perit sangat, ambil ubat sakit tekak dan cuba tidur. Gagal. Pagi ini terlewat bangun. Pukul 6.30 baru terjaga. Akhirnya tinggalkan duit sahaja untuk anak-anak beli sarapan, dah tak sempat nak memasak.

Esok aktiviti dengan geng AnakPerlis. Larat ke nak pergi. Kalau tak pergi rugi pulak, hati dah mula rindu dengan kawan-kawan. Majlis buka puasa pun tak sempat pergi bulan lepas. Menu yang disediakan pun memang menggoda perasaan tapi katanya tiada kambing golek yg ada daging kambing yang dah slice. Antara menunya ais kacang (ABC), satay, kambing bakar, laksa, kueateow goreng, lemang dan beberapa menu lain.

Rumah Dr. Dinon tetap menjadi venue rasmi aktiviti. Bawah pokok rambutan, tepi pokok cempedak dan kalau rebung tepi pagar tu ada hasil boleh di korbankan sekali. Dr. Dinon dan Kak E sentiasa berlapang hati untuk menerima kami saban tahun menyepahkan rumah mereka. Terima kasih atas murah hati tuan rumah dan hanya Allah (s.w.t) dapat membalasnya.

Demam oh demam...cepatlah baik supaya esok dapat berjumpa teman-teman. Hari ini nak balik separuh hari. Nak makan ubat, tidur dan rehat secukupnya.

Kenangan 3 tahun lepas. mesti kenalkan yang tengah angkat peyepit tu. Antara orang kuat dalam majlis AnakPerlis walaupun sebenarnya dia bukanlah orang Perlis... Jangan marah yeee...nanti kena jual....

Masing-masing pulun belah lemang. Walaupun lemang bukanlah makanan tradisional bagi penduduk Perlis tetapi akibat dari perkahwinan campur macam nilah jadinya. Lemang dah jadi universal.


You Might Also Like

18 ulasan:

  1. hoyeahh!! muka cheq pun terselit di situ.. heheh

    BalasPadam
  2. demam open houz yer skarang nie

    BalasPadam
  3. makan ubat, rehar lebih.. :(
    semoga lekas sembuh..

    BalasPadam
  4. best bila dapat berkumpul ramai2 ni..(^^,)

    BalasPadam
  5. get well soon kak , jangan lupa makan ubat

    BalasPadam
  6. mkn ketupat lemang nnt insya allah sembuh

    BalasPadam
  7. wowww.. meriahnya sambutan kat situ.. teringin plak nak berkumpul dengan rakan2 lama macam tu.. huhu

    Salam fren, lama tak singgah sini.. Hadapi Semua Dengan Senyuman ye.

    BalasPadam
  8. ini bukan setakat open house tapi himpunan anakperlis utk mengeratkan silaturrahim...

    BalasPadam
  9. MLD...terima kasih ya semoga MLD ok sokmo...

    BalasPadam
  10. hai cik lulu...terima kasih coz sudi singgah. kak aina ni memang jenis malas makan ubat kecuali dah teruk sangat...

    BalasPadam
  11. ezad...memang best gila, dari pagi sampai petang tak terasa masa berjalan.

    BalasPadam
  12. waaaaa..... nak2 ada gmbaq gk kat citu.. huhu

    dah smyg belom??
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-1.html

    BalasPadam
  13. arin...selsema kali ni lambat pulak sembuhnya...

    BalasPadam
  14. thanks amy...

    KhaiRin...terbaikkk...ketupat palas cicah guli daging kalau tak baik silap2 terus tumbang...hahahaa...

    BalasPadam
  15. enche L kalau nak gambar dalam tu meh2 kak aina ambil gambar bebanyak & letak kat citu okeyyy...

    BalasPadam