Program Put & Go
Bulan puasa sakit gigi. Pergi Klinik Kesihatan Semenyih coz kebiasaannya rawatan gigi lebih suka ke Klinik Kerajaan sahaja. Orang tak ramai dan perkhidmatan yang di berikan memang memuaskan. Kalau menunggu pun tidaklah terlalu lama. Rezeki diri sendiri agaknya coz setakat ini belum pernah melalui pengalaman ngeri di Klinik Kesihatan samaada Semenyih mahupun Bangi. Jururawat dan doktor yang merawat memberi perkhidmatan terbaik. Kekadang kalau kat pendaftaran tu biasalah yang penting masa rawatan.Selepas rawatan terus turun ke bahagian Farmasi kat bawah untuk ambil ubat. Sementara menunggu Aina memerhati sekeliling. Banyak yang berubah. Perubahan untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik.
Pertama kali tengok banner ini. Bagi yang selalu ke Klinik Kesihatan mungkin sudah biasa. Program Put & Go untuk pesakit yang memerlukan bekalan ubatan secara rutin dan berterusan sepaerti pesakit kencing manis dan darah tinggi.
Jangan ingat Mc Donald je ada drive-thru kat Kelinik Kesihatan pun ada drive-thru pharmacy. Antara kemudahan yang boleh menjimatkan masa.
Inilah dia program Put & Go di Klinik kesihatan Semenyih yang sempat Aina snap pic. Harap program ini berjaya. Memudahkan pesakit dan menyenangkan pekerja menjalankan tugasan. Melalui program ini pesakit tak perlu tunggu lama untuk mengambil ubat. Apa yang perlu buat appointment melalui telefon, sms atau melalui email. Kemudian drive-thru ke pharmacy untuk mengambil ubat.
bagus jugak program tu, tak lah lama kitaa menunggu, tp haraplah kita tak menunggu lama jugak dlm kereta(,")
BalasPadamkasih ibu...
BalasPadamharap2 macam tulah. jgan pula lama tunggu dalam kereta dan bagi alasan2 bodoh pulak...belum pernah mencuba perkhidmatan ini...