Harta Pusaka.
Kisah sedih.Entah kenapa hati ini begitu tersentuh. Bedebar dan menggigil rasanya, marah atau kecewa mungkin bercampur baur. Bukan kerana diri sendiri tetapi kerana adik beradik terutama abang yang terasa di pinggirkan hak kami.
Arwah abah meninggal dalam tahun 1978, arwah tok 3 tahun lepas dan diikuti arwah tok wan 2 minggu selepas tok meninggal. Mereka memang sehidup dan semati. Kasih sayang mereka sehingga sebegitu sekali, berkepit tak pernah berenggang dan bila tok pergi tok wan terus membawa hati sehingga hari takdirnya telah datang. Tak lama hanya 2 minggu tok wan mengikut tok pergi dan dikebumi disebelah pusara tok. Masih bersebelahan juga.
Kami 2 beradik kat Kajang tak balik. Entahlah marah ke atau mungkin kasih kami tak tumpah kepada mereka. Setelah abah pergi hanya emak yang membesarkan kami. Pernah tok wan dan tok meminta untuk memelihara salah seorang dari kami tetapi emak menolak. Biarlah anak-anak membesar didepan matanya walaupun dia terpaksa membanting tulang. Andai terpaksa makan nasi berlaukkan ikan kering biarlah kami berempat tetap bersama.
Mak berpindah balik ke kampung, duduk bersebelahan rumah tok ayah dan tok (nenek sebelah emak). Meninggalkan rumah yang dibina bersama arwah abah, tinggallah segala kenangan di sana. Mak membesarkan kami dengan kudrat yang ada, berkerja. Menjahit, berkerja kilang dan pernah membuka kedai makan. Semasa berkerja di kedai jahit di Arau mak mengayuh basikal sahaja sejauh 5 km setiap pagi dan pulang pada petangnya. Aina masih ingat tuan kedai itu yang Aina panggil Kak Faizah. Kedai itu pun sudah tidak wujud lagi dan sekarang telah menjadi Makam di Raja.
Selama tok sakit Yong (kak sulung) dan mak setiap hari pergi menjengahnya yang tinggal di rumah Pak Ngah berdekatan rumah mak. Walaupun kami hanya cucu terbuang tapi Yong tetap merendahkan diri selayaknya seorang cucu. Kekadang memandikan tok, memberi makan adalah perkara rutin dan apalah sangat yang tok dah uzur tu nak makan. Kadang-kadang mak kikis-kikis isi epal suap ke mulut tok. Semasa sakitnya tok pernah berkata tanah sawah miliknya tak jauh dari rumah Pak Ngah hendak diberi kepada kami adik beradik sekurang-kurangnya sebagai tapak rumah. Kalau bahagian tok wan tok tak mau campur suka hati tok wan katanya. Pemberiannya tanpa hitam putih tetapi ada saksi yang mendengar.
Kemudian tok di bawa ke rumah Pak Tih di Ulu Pauh dan tapak rumah asal Pak Tih duduk adalah tapak rumah arwah abah dulu. Sehinggalah tok menghembuskan nafas yang terakhir di sana dan juga dikbumikan di Ulu Pauh. Tok Wan bermenung sepanjang hari, kemudia di bawa balik ke rumah Wa (anak yang sulung), kehilangan isteri membuatkan hidupnya tidak sempurna. Pincanglah hidup. Tok Wan menghembuskan nafas yang terakhir di rumah Wa tanpa sakit yang menyusahkan anak-anak. Kami tak balik juga, Yong dan Angah sahaja yang pergi. Terdengar suara sumbang di telinga mak, menyoal kenapa kami tak balik. Kapal terbang ada sekejap sahaja sampai. Aku marah! Mak patut menjawab siapa nak tanggung perbelanjaannya? Masa itu memang Aina susah, kerja pun dengan pendapatan tak seberapa, masalah pula banyak. Itulah waktu susah kami.
Selepas tok wan menhadap Ilahi mereka membahagi-bahagikan harta pusaka di antara mereka 6 beradik. Tapak rumah yang Pak Tih dan Pak cik duduk kerajaan ambil dan bayar pampasan. Mereka membeli tanah baru dan membina rumah yang lebih besar. Kami tetap begitu! Tanah Felcra milik Tok Wan juga ada projek menunggu mungkin mereka telah menjualnya dan berita yang di dengar semsa balik raya mungkin bernilai RM750,000. Juga kami di ketepikan. Dulu Pak Ngah memberi alasan Wa mengenepikan hak kami katanya kami waris yang tak layak dapat harta pusaka. Kini Pak Ngah juga membuat perkara yang sama.
Wa kembali kerahmatullah sehari sebelum PRU 12. Sakit yang sukar nak di ungkap. Sehingga 3 hari sebelum pemergiannya Angah pergi menziarah. Mak telefon minta aku balik, minta adik balik ziarah Wa. Aina bagi tahu kat mak `Mak. Kak Yang wakilkan angah pergi ziarah Wa. Dia anak lelaki tunggal arwah abah. Dia waris kami.' Mak putus harapan. Puas dia pujuk Angah. Mungkin Allah (s.w.t) membuka pintu hati Angah setelah berbulanWa sakit untuk menziarah. Selepas 3 hari kedatangan Angah Wa menghembuskan nafas yang terakhir dan mulai kedengaran cerita-cerita sumbang orang kampung yang mengatakan Wa jadi begitu kerana tidak amanah terhadap kami sebagai anak yatim. Hanya Allah yang tahu rahsianya. Bermasam mukalah anak-anak Wa dengan mak padahal semua itu bukan dari mulut mak tetapi dari mulut orang kampung.
Menurut sistem pembahagiah harta pusaka Islam, cucu yang bapa mereka meninggal dahulu daripada datuk dan nenek tidak berhak mewarisi harta pusaka datuk dan nenek disebabkan mereka terdinding oleh bapa saudara atau ibu saudara. Persoalannya apabila anak-anak ini kehilangan tempat bergantung kepada siapa pulakkah tanggungjawab ini pergi? Sudahlah hilang pergantungan, apa yang sepatutnya menjadi milik bapa juga dinafikan terhadap anak-anak.
Nampak kejam tetapi Isalm itu mudah. Bila bapa meninggal dunia saudara-saudara lelaki sebelah bapa sepatutnya menggalas tanggungjawab terhadap anak-anak yatim yang di tinggalkan. Malang sekali di zaman serba moden ini ramai yang terleka dan terlupa pada tanggungjawab mereka. Kita mudah lupa pada janji Allah (s.w.t) kepada mereka yang menganiaya anak yatim.
Kami empat beradik adalah antara mangsanya. Membesar dengan kudrat emak dan perhatian serta bantuan dari arwah tok ayah dan adik beradik sebelah emak. Kalau tiada ingatan kepada kami cukuplah ingatan buat Angah satu-satunya waris abah, pandanglah dia dan keadaannya. Bagi Aina setakat ini alhamdulillah, ada kerja yang baik, mendapat suami yang bertanggungjawab dan kehidupan agak selesa dan sempurna, begitu juga Adik. Yong juga bukanlah senang tambahan suaminya juga meninggal semasa anak-anaknya masih kecil, walaupun sudah berkahwin lain tetapi anak-anaknya tetap menjadi tanggungjawab kami semua.
Apa yang membuatkan aku sedih. Pak Tih dan Pak Cik buat rumah besar. Mak Ndak jangan cerita tanah berekar-ekar, masa sakit Yonglah jadi amah di rumahnya tetapi bila sihat pandang sebelah mata pun tidak. Pak Ngah berura-ura nak menukar kereta Wiranya kepada kereta Vios sedang kudratnya juga sudah tidak seberapa. Mak Su tetap begitu sesekali singgah juga ke rumah emak. Pak Njang jangan cerita dari dulu tak pernah sebulu, kami ibarat melukut di tapi gantang.
Paling aku simpan dihati bila Mak Ndak telefon mendayu-dayu, surat saman telah sampai kerana dia menjadi penjamin masa adik masuk universiti dan adik pulak menagguh bayaran hutangnya. 'Manalah mak ndak nak cari duit 20 ribu tu, tanah mana pulak hendak dijual'. Kalau aku berhati batu, kalau mulut tidak diajar mungkin sebegini akan dijawab. 'Eloklah Mak Ndak jual sahaja bahagian arwah abah yang mak menakan dan pak menakan dah bahagi-bahagikan tu!'
Kami tetap bersyukur mak tak pernah mengajar kami menjadi anak kurang ajar. Bila berjumpa tangan mereka tetap ku cium tetapi untuk bertandang meraikan Aidilfitri ampun dan maaf kami pohon. Andai kalian mampu mengatakan kami waris tak layak apa lagi yang harus di pandang.
Apapun sedikit keliru dengan info ini keputusan_muzakarah. Ada sesiapa yang mahir boleh terangkan?
Coretan ini bukanlah untuk membuka pekung di dada sekadar melepaskan apa yang menyesakkan hati dan perasaan. Juga buat pedoman dan ingatan kita bersama anak yatim jangan di perlekehkan. Doa mereka makbul!
Kakcik bersyukur kerana arwah ibubapa kakcik tidak meninggalkan sebarang harta. Baru2 ini, ada yang bertanya kenapa kakcik tidak kelihatan sibuk menguruskan harta pusaka? Kakcik jawab apa harta yang ada? Eh... kenapa ada orang lain nak sibuk2 pulak, kan?
BalasPadam:)
BalasPadamnampaknya kes ni kene dibawa ke peguam syari'e.
BalasPadamadat la kot. mak dan ayah saya mcm tu juga. hak pusaka dinafikan oleh org lain yg lebih tua. mmg terbuku la dalam hati tapi malas nak bising. Allah lebih berhak mengadili. sudahnya org yg dapat pusaka secara tak adil tu pun senangnya tak lama.
bab harta pusaka ini akan buat hubungan kekeluarga dalam kepincangan.... lainlah kalau wasiat dah dibuat awal lagi kan kak...
BalasPadamPernah terjadi pada harta pusaka sebelah mak kak Zai tapi kami adik beradik biarkan aje. Alhamdulillah hidup kami boleh dikatakan senang dan cucu2 arwah semuanya berjaya.
BalasPadamManakala orang2 yang menidakkan hak kami punya duit yang banyak tapi hidup tak senang. Banyak masaalah dengan kerenah anak2 dan menantu. Anak dan cucu juga kurang berjaya.Ada yang jadi hantu....
Itulah balasan kalau tak adil dan jujur.
susah nak komen ia melibatkan masalah dalaman dlm family.. Moga mereka2 itu insaf & sedar sebelum terlewat
BalasPadamsalam jun.antara kesah masyarakat yang patut dijadikan pedoman. Tersentuh hati kakpah membacanya.
BalasPadamselamat hari raya.
kak cik...alhamdulillah...
BalasPadamaina tak pernah mengharapkan sedikitpun harta dari peninggalan arwah tok wan tetapi berkecil hati dengan perangai bapak2 saudara dan mak saudara sebelah arwah bapa...
apalah sangat harta dunia, bila kita pergi kita tinggalkan juga...
GB...kelaurga kak aina pun sama malas nak ambik pusing tapi bila orang lain yang merungut kami adik beradik pula yg jadi mangsa...
BalasPadamdia org tak bagi pun kami adik beradik sama jugak kalau dia org makan sehari 3 kali kami serupa jugak 3 kali jugak sehari...itu kata2 Angah abang kak aina...hehehee...
Tabahlah, Allah Maha Adil..
BalasPadammama ema...
BalasPadamorang kampung masih tidak terbuka berkenaan wasiat nih...selalunya akan timbul banyak perbalahan bila melibatkan harta bagi anak2 yg cetek ilmu agamanya...
kak zai...
BalasPadamaina setuju sangat2 kalau bab2 macam ni. alhamdulillah walaupun rumah mak hanya rumah papan yg kecil tp dunia mak luas. allah murahkan rezeki kepada dia...alhamdulillah...
LLG...semoga apa yg mereka buat berada dilandasan yg betul...
BalasPadamselamat hari raya kak pah...terima kasih sudi singgah...
BalasPadamcik petua...
BalasPadaminsyaallah sesamalah kita mengingatkan dan insyaallah juga sesamalah kita menjaga agar apa yg ada pada kita hanyalah hak kita dan tidak terambil hak2 org lain...
insyaallah cik lulu...percaturan Allah hanya Dia yang sahaja mengetahui rahsianya...
BalasPadamSorry nk komen sket..tp kan akak,kalau dh berhutang ptptn tu for sure la kena bayar kan?
BalasPadam