Raya yang tak berapa nak best!
Sabtu, 27hb Ogos 2011. Line clear. 7 jam memandu sampailah ke rumah mak kat Perlis, mak tersenyum lebar 2 biji kereta masuk ke halaman. Anak, menantu dan cucu-cuucnya dah sampai, rumah dah bersih walaupun kat rumah yang tinggal semuanya teruna. Mak puas hati dapat berbuka beramai-ramai tiga hari berturut-turut.
Raya keempat mak ke Kelantan bersama adik menziarah abang iparnya yang meninggal. Esoknya apalagi angkat bungkus le balik Kajang. Kampung pun dah mula sunyi. Sampai je kat Juru dah mula jem dan semakin menyesakkan dada bila melalui Bukit Gantang sehingga Slim River, 9 jam memandu terasa amat memenatkan dan itupun bernasib baik kerana kereta gear auto.
Raya yang terlalu sibuk makan pun ikut sedap mulut, nasi pun berhari-hari tak dijamah kalau adapun nasi tomato itupun sangat sedikit. Perut mula meragam. Sabtu manja-manja je menyapa, hari Ahad dah tak mampu berbuat apa-apa. Akhirnya terpaksa menyambung cuti dengan cuti sakit pula. Sekarang masih makan bubur, minum susu dan berpantang makan. Biskut bagai semuanya tengok aje. Memang tak besh! Jemputan rumah terbuka pula berderet-deret, tak pergi tuan rumah kecil hati dah pergi terpaksa pula tahan hati dengan hidangan yang ada.
Apapun sabar berpantang coz Jumaat minggu depan nak golek kambing lagi dengan geng AnakPerlis, sabar-sabar...
Tema asal kuning tetapi terbabas kepada oren. Tiga ibu pingitan...hehehee...
Alya dengan ayah dan umi (my sis).
Iqbal Hadi dengan ayah, tak pernah berenggang dari kecil. Kasih sayangnya tumpah di sini. Kat sebelah pula mak. Tak banyak gambar istimewa dapat disnap coz kamera awal-awal lagi dah hilang entah kemana, masing-masing nak bergambar dengan girlfriend di hari raya.
Lari tema. Baju raya tahun 2 tahun lepas. Recycle! Masing-masing menolak untuk membeli baju melayu baru dengan alasan jarang di pakai. Dari kiri Shaiful (anak saudara), Adik Ab (their best friend), Syafiq (adik bongsu) dan Shahizat (adik no 2 bongsu).
Pagi raya di rumah tok, nampak sangat usianya yang lanjut tetapi dengan kudrat yang tak seberapa itu dia tetap gembira dikelilingi anak-anak yang masih ada 8 orang, cucu-cucu pula berjumlah 41 orang yang masih ada dan cicit-cicitnya berjumlah 27 orang.
Antara aktiviti lain mengimbau kenangan lalu. Tanah tempat kedua ibu-bapa mencurah bakti, menyiram rambutan dan chempedak. Tanah ini di tinggalkan bila arwah abah kembali kerahmatullah. Kenangan 34 tahun... Tanah ini kini milik ibu dan bapa saudara yang turut berposing sakan dalam gambar ini.
Sebab memikirkan baju melayu jarang dipakailah makanya anak2 kakcik tiada baju baru tahun ini! ;-)
BalasPadamAina kenapa kebun tu tak upah org jaga. Sayang. Tanam apalah saja mesti ada hasilnya....
BalasPadamYang tak best awak sorang saja. Orang lain nampak ceria gumbira jer.. hahahahahaha... sian Aina.
BalasPadamOhhh dah konpom ker nak pi golek kamin nih? Jangan tak sampai plak nanti.
Kak Azie tak pi kot kali ni. Ahaks!
raya org berpantang lagi la sedih.. nak2 lg dapat adik bongsu yg siot.. menayang makanan fav kat kita dgn tujuan menyakat.. tak sabar nak tggu abis pantang nak makan semua yg x blh makan masa raya
BalasPadamkak cik...adik2 aina pun sama memang dua atau 3 tahun sekali baru nak buat baju melayu. selalunya memang tak bertema saja bila beli baju untuk semua aina samakan je kalernya kecuali untuk yg lelaki2...
BalasPadamkak zakie...dah jadi tanah orang apa nak buat. dalam hati terasa sedih tetapi bukan rezeki aina adik beradik kot...
BalasPadamitulah pasal...sebenarnya masa tu dalam hati ada taman tunggu masa je nak turun hujan...hehehee...
BalasPadamInsyaallah pegi kot coz masa berbuka hari tu tak ada rezeki nak pergi dan kali ini nak balas dendam...
Ala tak besh la kak azie tak der, tak meriah!
LLG...sabar2...kak aina pernah sambut raya selepas habis pantang dua hari. sama jugak banyak benda tak boleh makan...
BalasPadamtunggu raya haji walaupun tak sama raya puasa tetapi boleh jugak jadikan lebih meriah...:)
x best tp nk jg publish kt blog kn???
BalasPadamselamat hari raya..
bleh mai ka?
KhaiRin...blog tempat mencurah perasaan....tempat menyimpan kenangan...tempat berkongsi kisah suka dan duka bersama teman2 dialam maya...
BalasPadam