Seceria Matahari Yang Menyinar
Jumaat datang lagi, alhamdulillah kita masih bernafas hari ini.Sama-samalah mengutip pahala dalam menghitung detik dan waktu yang masih ada.
Hati Cik Puan sangat gembira.
1. Jumaat kerja separuh hari, boleh balik awal hari ini.
2. Hari terakhir bekerja sebelum menyambung cuti selama seminggu.
3. Tentunya esok nak balik kampung, hati ini dah tak sabar-sabar.
4. Khabarnya cuaca kat tanah kelahiran baik-baik sahaja. Insyaallah.
Tugasan agak banyak hari ini. Almaklumlah hendak bercuti panjang. 'Progress' untuk minggu hadapan terpaksalah disiapkan minggu ini. Hari Jumaat pulak 'server' selalu buat hal, lembap semacam je. Kekadang hangin je, dah le nak cepat macam-macam hal lain pulak jadi.
Perancangannya nak buat majlis masuk jawi (khatan) anak sulung minggu hadapan (dah darjah lima belum masuk jawi
Agenda kali ini juga tanpa Pak Tuan waaa sedihnya. Almaklumlah semenjak nak pencen ini dah beralih arah kebidang lain pulak. Meneruskan legasi kerjayanya kat tempat lain, insyaallah. Jadi perhatian Pak Tuan sekarang lebih kepada untuk membina kerjaya barunya dan Cik Puan terpaksalah berkorban kerana Cik Puan seorang isteri yang memahami ahaks.
Insayallah sekiranya ada masa blog ini akan di 'update' tetapi selalunya bila balik ke kampung pengisian masa lebih banyak kearah lain. Banyak aktiviti-aktiviti lain yang terlalu membataskan waktu untuk berada didepan komputer. Nak berkubang dalam bendang, mengai puyu, ligan ayam dan itik yang nak dikorbankan, ikut pi menjala, panjat pokok mempelam, pergi kenduri , makan garam belacan, makan nasi ganja, pekena bihun sup, cucur udang serta char kueateow, ziarah tok-tok saudara, jumpa kawan-kawan dan macam-macam lagi.
Sampai jumpa lagi. Harap esok tak perlu jadi Mikel Schumiker kat highway. Abah tak ada anak-anak mesti jadi histeria dalam kereta so harap mama tak jadi hijau nanti.
Inilah rumah kecil di tepi sawah yang sentiasa dirindui. Masa kecik-kecik dulu rumah ni didepannya adalah rumah atas, hanya bahagian dapur sahaja rumah bawah. Sekarang rumah kecil ini dah diturunkan. Saiz tetap sama cuma sekarang tak perlu naik tangga lagi. Kadang-kadang rasa segan nak ajak kawan-kawan singgah ke kampung, almaklumlah rumah kecil bukan apa takut tak selesa pulak nanti tapi kalau ada yang sudi apa salahnya.
13 Rider Beraksi: