Apa Ada Pada Nama - Nak Tukar Boleh?

2:53 PTG JunAina 16 Comments

Siapa pula nak tukar nama ni?
Boleh ke?
Susah nanti kena angkat sumpah bagai.
Nama sekarang tak cantik ke?
Mungkin jugak makna kurang bagus.
Garu-garu kepala.

JUNAINA BT ABDULLAH. Sapa boleh bagi maknanya dalam Bahasa Arab?
Junainah bermaksud kebun yang subur (pernah terbaca dalam sebuah buku).
Kalau usia belia remaja dulu-dulu makna tu memang kena betul dengan orangnya.
Subur sangat, tembam bagai. T-shirt mesti XXL, paling kecil seluar sukan saiz XL sahaja boleh masuk.
Pada usia 13 tahun berat badan sudah mencapai 55kg dan pernah mencapai 60-70kg semasa sedang belajar. Tak percaya? Nanti saya carik gambarnya.
Sebenarnya bila mak bersalinkan Cik Puan, arwah abah war-warkan di tempat kerjanya.
Berbincang-bincang memilih nama anak ketiganya.
Kebetulan waktu tu JUNAINAH M.AMIN sangat terkenal dan salah seorang kawan arwah mencadangkan nama penyanyi tersebut. Akan tetapi arwah abah membuang huruf 'H' supaya kedengaran lebih lembut.

 Statement tak hengat. Jangan derhaka kakak nanti elaun kena potong (mesti tak berani tu).

Sebenarnya bukan nama itu yang ingin di tukar.
Junaina kebiasaannya panggilan lebih menjurus kepada JUN.
Rasa lebih selesa dengan nama itu kerana sejak dilahirkan itulah panggilan manja seisi keluarga selain KAK YANG atau MAK YANG dan di sebabkan semua panggilan dalam keluarga ada YANG jadi Pak Tuan pun dengan selesanya panggil YANG juga (mesti ada yang rasa mual bila dengar dah tua-tua ni panggil YANG, mengada-ngada je bunyinya.)

Nama AINA pula lebih di kenali dikalangan teman-teman AP.com. Nama ini merupakan nama timbangan seorang teman tapi mesra yang banyak memberi perangsang dan nasihat serta dorongan di saat suka mahupun saat duka dalam menghadapi kehidupan ini. Terima kasih SAHABAT.

Di maya ini juga Cik Puan menggunakan nama AINA tetapi seolah-olah ada ruang-ruang lompong yang membataskan diri. Tiada kepuasan dan seolah-olah kemesraan itu sangat terbatas. Nama ini sangat istimewa kerana kelembutan sebutannya juga seistimewa orang yang memanggilnya yang bersifat lembut dan sangat penyayang. Nama ini sedikit berlawanan dengan karakter diri sendiri yang sedikit keras dan kasar.

Mesti ada yang bertanya mana mainya CIK PUAN tu pulak? Sebenarnya suami berketurunan SYED (apa ada pada nama), kebiasaannya keturunan SYED kat Perlis orang panggil PAK TUAN dan kebetulan pulak suami AINA ni seorang pegawai polis dulu bertugas kat Perlis kebanyakan orang panggil PAK TUAN pada dia. Jadi bila dok pi majlis-majlis rasmi depa selalu panggil PUAN aje. CIK kat depan tu AINA tambah untuk sedapkan nama sahaja.

Jadi untuk keselesaan diri sendiri dan menjadi diri sendiri rasanya penghijrahan perlu dilakukan. Penghijrahan kembali ke pangkal jalan. AINA kembali kepada JUN sahaja. Di situ terletak satu kepuasan!

Pada semua boleh sahaja panggil AINA atau JUN ikut keselesaan diri. Dua-dua diterima tapi CIK PUAN tu cuma untuk membahaskan diri di dalam blog sahaja tidak lebih dari itu. Buat AA jangan dok pandai-pandai ubah dari panggil AINA pi panggil JUN kotnya ada yang tercekik cekodok bilis.


 Gambar album peribadi. Kenangan 18 tahun yang lalu di semester pertama bersama kawan-kawan satu batch di IKM Besut, Terengganu. Pantai Air Tawar yang terlalu banyak menjadi saksi kami melakar sejarah ketawa, gembira dan air mata. Saya yang pakai baju berwarna-warni serta bertudung hijau (paling tembam dalam kumpulan tu).

 
Budak paling tembam dengan pipi macam belon tu adalah saya. Gambar ini bersama kawan-kawan sebilik semasa semester kedua. Kiranya gambar ini pun dah mula belajar diet jadi berat badan dah turun sedikit, almaklumlah masa ini jugak dan mula belajar berpacaran (cinta monyet).


You Might Also Like

16 ulasan:

  1. macam tu ceritanya.. :)

    skrg ni dah slim kan..?

    bukan macam sy..dari kecik sampai ke besar...selamanya gebus :)

    BalasPadam
  2. saya nak panggil junaina .. boleh ?

    BalasPadam
  3. Sekarang cari nama dalam buku dah banyak... senangkan.

    BalasPadam
  4. Sedap dah nama akak tu..
    Panggil Jun pun ok,Aina pun ok..
    Hehehe...

    Makcik yun ada yg tukar nama,mmg leceh gak kena angkat sumpah bagai...

    BalasPadam
  5. Nama baik2 amatlah dituntut kerana dgn nama itulah kita dipanggil di padang mahsyar kelak.

    BalasPadam
  6. Setiap nama ada sejarahnya kan.. nama penuh che mid atuk belah abah yang bagi..

    BalasPadam
  7. Ooo gitu.. Jadi pernah menetap kat perlis lah..

    BalasPadam
  8. ya kerana nama la segala2nya... ehe.. nama Jun memang sedap dan simple d dengar..

    BalasPadam
  9. aina..kalau disebut cik puan aina lagi sedap bunyinya kan..
    nama acik maknya kapal..pernah masa mengaji ustaz panggil macam tu..he he

    BalasPadam
  10. JunAina tak ramai orang guna berbanding Jun atau Aina.

    BalasPadam