Bertukar Polisi
Hari ini terpaksa ambil cuti separuh hari.Esok juga sama.
Alasan tentulah urusan persekolahan anak-anak.
Hari ini urusannya seperti di bawah.
Polisi Guru Besar Cemerlang telah berubah dalam masa tidak sampai seminggu. Sabtu lepas telah membuat keputusan di dalam perjumpaan bersama ibu bapa murid-murid Tahun 5 supaya duit bantuan tunai sebanyak Rm100 di kekalkan di dalam akaun sekolah dan ditolak yuran persekolahan untuk tahun berikutnya. Pengurusi majlis meminta seorang ibubapa menyokong cadangan dan seorang lagi menutup cadangan tersebut supaya dapat dimasukkan ke dalam minit mesyuarat.
Semalam mendapat surat dari pihak sekolah supaya ibu bapa dapat datang kesekolah untuk mengambil wang tersebut dan sebagai bukti sokongan hendaklah membawa surat beranak kerana bantuan hanyalah untuk warganegara.
Esok pula HARI KECEMERLANGAN PELAJAR dan anak sulung Cik Puan akan terima hadiah. Sebagai 'moral support' untuk hadapi UPSR tahun depan mama dengan senang hatinya telah mengambil cuti esok. Budak ini akan terima hadiah esok. Syukur alhamdulillah dia juga telah berjaya menempatkan dirinya di kelas terbaik untuk Tahun 6.
Buat kawan-kawan hari ini Cik Puan tak sempatlah nak pergi ziarah blog seperti biasa. Agak kalut pagi ini dengan urusan kerja yang perlu dibereskan dan cuti yang tiba-tiba. Bila balik rumah macam biasalah sibuk sahaja lagi pun rumah Cik Puan memang tak ada kemudahan internet.
takut disalah gunaka oleh pihak sekolah kot
BalasPadambagus juga gomen bg insentif cam ni kan kak..
BalasPadam:)
tahniah tahniah tanhiah
BalasPadamDalam Harian Metro dah keluar kisah sekolah yang potong duit kerajaan RM100 tuh. Kesian laaa.
BalasPadamwahh yang ini langsung sekolah simpan? Macam-macam hal la sekolah nih.
Tahniah untuk si anak yang cemerlang sekali akademiknya. Moga terus sukses!
akhir sekali bila kena sound ngan Muhyidin, terus tukar pulak peraturan2 tuh. hahahah, kelakar betul GB nih
BalasPadamTahniah, anak akak dah cemerlang..sek mana tu kak @banting kan ?
BalasPadamalhamdulillah...dapat jugak RM100 tu...ada ke patut nak simpan kat akaun sekolah? eeeiiii...geram je kalau ingat balik...
BalasPadamBudak2 ni kita kena bagi hadiah dan pujian.. baru dia bersemangat utk blajar
BalasPadamAlhamdulillah Aina..sekolah pun dah cutikan.semalam hari last.acik pun pi sekolah ambik duit bantuan..
BalasPadamselamat hari cuti cikgu...
BalasPadamtahniah ye..
BalasPadam