Keperluan Sekolah 2012

9:25 PG JunAina 21 Comments

Cerita berkisar perjumpaan Sabtu lepas lagi.
Kalau ada yang menyampah sila tekan pangkah kat kanan PC anda.
Jika masih sudi menyakitkan telinga membaca Cik Puan ucapkan terima kasih.

Kali ini Cik Puan nak kongsi senarai pembayaran untuk anak-anak Cik Puan.
Tahun depan masing-masing akan masuk Tahun 2, Tahun 5 dan Tahun 6.
Cik Puan tak kisah berapa nak kena bayar kerana inilah pengorbanan kita sebagai ibu bapa untuk lihat anak-anak berjaya.
Persediaan keewangan Cik Puan simpan sikit-sikit setiap bulan.

Ada juga ibu bapa yang tidak mampu, memandangkan jumlah anak mungkin ramai.
Tak kurang ibu tunggal dengan lima anak tanpa bantuan dari bekas suami.
Atau juga si yatim yang diabaikan masyarakat.
Bukan memandang kemampuan sendiri sahaja tetapi mampunya orang lain perlu diambil kira.



*Jika Perlu Sahaja (Tahun 1 Semua)

#Murid Islam Sahaja


Nota : Bayaran boleh dibuat kepada guru kelas pada 2hb Januari 2012 mulai jam 11.30 pagi hingga 2.00 petang.
         (Mesyuarat  agung PIBG akan diadakan pada pukul 8am - 11.30am)

Jumlah akhir itu adalah jumlah perlu dibayar untuk sesi persekolahan tahun hadapan. Terpulang hendak mengambil baju sukan berlengan pendek atau panjang. Jumlah akan berbeza mengikut kepanjangan tangan baju! Cik Puan nak tanyalah andai ada cikgu-cikgu yang bertugas di negeri Selangor yang membacanya tentang penyeragaman baju sukan. Adakah pekeliling surat pekeliling telah dikeluarkan oleh kementerian berhubung perkara ini.

Memandangkan baru sahaja bulan Julai lepas Cik Puan membeli baju sukan mengikut rumah edisi baru (yang lama hanya lengan baju dan tulisan melambangkan rumah sukan masing-masing, edisi baru kesemua baju berwarna rumah sukan samada merah, kuning, hijau atau biru serta kolar dan hujung lengan berwarna hitam). Cik Puan pun mengeluarkan baju dari senarai bayaran yang pada akhirnya cikgu memberi tahu pembelian baju sukan adalah wajib untuk penyeragaman semasa Pendidikan Jasmani (rasa macam tertipu membazir beli baju sukan baru pertengahan tahun dahulu pakai masa sukan lepas tu masuk peti besi almari). Arahan telah dikeluarkan oleh kementerian katanya.

Jumlah keseluruhan yang perlu di bayar oleh Cik Puan adalah seperti berikut.
Adik akan masuk Tahun 2 - Rm 109.50 (baju sukan lengan pendek)
Kakak akan masuk Tahun 5 - Rm 130.30 (baju sukan lengan pendek coz kakak suka pakai inner)
Abang akan masuk Tahun 6 - Rm 269.89 (baju sukan lengan panjang terbalik dengan kakak)
Jumlah = Rm 509.60 tidak termasuk buku tulis atau buku kerja (diberitahu tiada buku kerja tambahan untuk tahun ini).

Jumlah juga telah di tolak bayaran untuk tali leher dan tanda nama. Beli baju baru ambik je tanda nama lama jahitkan balik kat baju baru. Jumlah ini juga belum termasuk untuk bayaran sekolah agama. Belum masuk jugak bajet untuk baju, kasut dan beg sekolah. Andai yang lama masih boleh digunakan alhamdulillah kalau tak rabak lagi poket mak.

Menurut BIL yuran senarai pembayaran sekolah anaknya untuk tahun hadapan bagi Tingkatan Dua cuma Rm 80++ sahaja tapi mungkin itu di BANDARAYA IPOH tapi kita di BANDARAYA KUALA LUMPUR mungkin jumlah yang dibayar turut berbeza. Dia pun bertanya dalam loghat BOTA yang pekat.
'Eeeee...apenye ELIT bebenor ke sekolah kome tu bayor beratuih-ratuih'. Cik Puan nganga...hahahaa...

Macam mana pulak dengan kawan-kawan yang lain. Kalau rajin sama-samalah kongsi pendapat kat sini. Hanya untuk pengetahuan bukan untuk bercakar-cakaran.

You Might Also Like

21 ulasan:

  1. Begitulah selalunya jun. anak ramai macam bundo ni saban tahun kena sediakan ribu riban untuk masuk sesi baru. Dululah. Tahun depan dah tak ada lagi yang bersekolah. Tapi masih sediakan ribu riban saban tahun untuk biaya kolej mereka pula.

    BalasPadam
  2. Dah ambil duit RM100 kat sekolah? Bolehlah tampung sikit2. ;-)

    BalasPadam
  3. saya anak belum sekolah lagi~~he~~

    *pemberian rm100 untuk budak sekolah da dapat?

    BalasPadam
  4. anak belum cecah masuk sekolah rendah..tapi masa ema daftarkan anak untuk sekolah agama 6 tahun..dah kena spare 3rat lebih

    BalasPadam
  5. kak pah...budak sekarang sekolah bukan macam kita dulu, yang basic je tp dia org macam2 kena tambah. kalau masuk kolej makin pening emak.

    BalasPadam
  6. kakcik...

    inilah bab yang aina tak puas hati sikit. sekolah lain semua bagi tunai duit tu tp sekolah anak aina pulak tak mau bagi nak tolak yuran sekolah utk tahun hadapan katanya. MUDAH! mudah kerja depa la...

    BalasPadam
  7. bujal...

    tiba2 tringat kat sepupu mak BUJAL gak tp BUJAL ni pompuan...hehehee...

    duit tu guru besar dah sound tak akan bagi takut ibu bapa salah guna beli hp baru so kekal dalam akaun sekolah utk bayar yuran sekolah.

    BalasPadam
  8. ema...

    kalau sekolah tadika memang dalam jumlah tu le. itupun sebab sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. kalau tabika swasta siap le hampir ribu-riban.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah, ada bantuan tunai tu.. esok ambil rm100 utk Hanis thn 6, dan jumaat utk Husnina tkt. 3...kiranya banyak gak lah yg kena keluar dari poket kalau kita ibubapa tak pastikan betul2 keperluan anak2 mengikut senarai edaran tu..ada juga yg tak perlunya...

    BalasPadam
  10. kalu ank ramai / org kaya x pe jg kn...
    jiran sy cucu dia d hntr ke inter. school. yuran thnn rm18k x 2 org...perghhh x pela org kaya..

    BalasPadam
  11. memang begitu setiap tahun, saya tak beli semua kena pilih juga sebab dah ada...

    BalasPadam
  12. skang nih anak sy sekolah smart reader..bengkok je yuran bulanan dia..thn dpn darjah 1..mmg kena menabung utk biaya sekolah anak kan..

    BalasPadam
  13. tk pasti pula tntg ni..xde pengalaman...hanya boleh membaca pengalaman orang..:)

    yg berseolah skrg ni pun adik yg bongsu...nnti nk cuba cek juga la yuran sekolah dia berapa utk tahun depan.. :)

    bab baju sukan..seingt saya..sejak dia darjah satu..sampai tahun ni darjah 3...tak bertukar...

    BalasPadam
  14. kne buat aduan ke BPA nie...aduan di blog nie ok cuma tak direkodkan huhuhhhh

    BalasPadam
  15. esok baru ambik duit tu...
    4 org anak semuanya...dpt la beli ape yang patutkann..

    BalasPadam
  16. ya Allah kak...byknya nak kena bayar...saya yg baca ni pulak rasa nak pitam...

    anak saya nak masuk darjah satu ni pun saya dah pening...akak lagilah ada 3 org tgh sekolah...

    semoga urusan akak dipermudahkan...

    BalasPadam
  17. banyak duit nak dikeluarkan tapi takpelah.. anak2x tu kan rezki =)

    BalasPadam
  18. Tak boleh cakap banyak nanti kena gam...

    BalasPadam
  19. banyaknya nak kena bayar..kalau luar bndar mungkin tak sampai seratus kot..

    BalasPadam
  20. bagus betul sekolah anak Jun dah keluar senarai budget bayaran untuk sekolah tahun depan

    BalasPadam
  21. anak2 akak sekolah swasta (kecuali my16 dah masuk maktab)

    bayaran tiap tahun urghhh..

    BalasPadam