Matanya Melirik

3:23 PTG JunAina 7 Comments

Gambar ihsan dari en.google

Kepalanya di penuhi rambut-rambut putih, bukan uban penyakit kerana jelas mukanya bergaris-garis tebal. Tangannya menampakkan urat-urat timbul yang nyata. Duduknya juga sedikit bongkok. Menghabiskan sepinggan nasi dan segelas teh o ais dengan perlahan, sesekali berhenti makan. Nampak kesukaran untuk menelan.

Muncul seorang wanita dari belakang, melintas di mejanya. Cantik, manis dipandang. Berbaju sendat, berseluar ketat. Menggiurkan. Mata tuanya melirik. Tajam. Memerhati hingga bidadari itu hilang. Tak bisa di tebak hatinya. Aku memerhati tingkah lakunya tetapi aku tak hairan dengan tindakbalasnya kerana dia adalah seorang
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

LELAKI!

You Might Also Like

7 ulasan:

  1. keh keh~kadang2 mata kami susah nak dikawal~~

    BalasPadam
  2. naluri lelaki..tak kira muda ke atau tua...makin tua makin menjadi

    BalasPadam
  3. Assalam Aina..acik suka bunga ros..banyak bunga ros aina ni.
    dah namanya lelaki aina..tak kira berapa usianya..

    BalasPadam
  4. hehehehehe...itu jer termampu komen

    BalasPadam
  5. mata lelaki mempunyai banyak maksud..

    BalasPadam