Keli ke Geli?
Kisah Jumaat. 28 Oct 2011.Macam biasa Jumaat merupakan hari balik awal bagi opis Aina. Seawal jam 12 tengahari masing-masing dah angkat beg nak balik. Masing-masing ada agenda tersendiri. Nak balik memasak, nak jemput anak kat sekolah dan yang lelakinya pastilah sibuk mengira-ngira masjid mana yang perlu disinggah.
Berkira-kira menu tengahari nanti. Permintaan Pak Tuan masakkan lauk kegemarannya gulai tempoyak ikan patin. Di sebabkan hari Jumaat makanya waktunya agak suntuk untuk singgah membeli ikan di mana-mana. Terpaksalah balik ke rumah sediakan pakaian Pak Tuan untuk ke masjid kemudian bila Pak Tuan dah selamat start motor ikut jalan belakang pergi Econsave dengan Junior (lebih cepat dari bawak kereta melalui highway berkilometer jauhnya).
Timun, cili dan sayur dah masuk troli. Tiba part ikan melopong ikan patin tak ada. Garu-garu kepala nak menukar menu. Jeling-jeling tong ikan keli (ni pun kesukaan Pak Tuan). Cedok jelah 5-6 ekor yang kecik-kecik, melompat-lompat ikan tu dalam plastik.
Sampai rumah cepat-cepat masak nasi. Pak Tuan terbaring keletihan. Masa tu dah pukul 2 lebih masih belum makan (baru nak masak). Ready untuk siang ikan keli yang sebelum tu dah masukkan garam sedikit dalam plastik, terkial-kial. Setengah jam baru siap sekor (bila nak boleh makan nih). Last terpaksa le kejutkan Pak Tuan tolong siangkan ikan...haahahhaaa...(malu jadi anak bendang macam aku nih tak berani nak siang ikan keli, bukan tak pandai ye...)
Akhirnya makan jugak le kami anak beranak walaupun dah hampir pukul 4. Ikan keli goreng cili, sayur bayam tumis air, ikan sardin goreng, sambal belacan dan berulamkan timun yang tak jadi masak gulai tempoyak. Jadinya makan malam hanya hidangan sandwich sahaja.
Lutut Pak Tuan sakit so dia tak boleh nak bengkokkan terpaksa le berlunjur macam tu. Bertungkus lumus dia menghabiskan lagi 5 ekor ikan. Nampak jelas parut kat belakang Pak Tuan, kesan kemalangan yang mengakibatkan 6 bulan Pak Tuan terpaksa bercuti cerita zaman muda bila direbus tak empuk-empuk.
Siap pisau besar, pisau kecil, gunting dan anak lesung last-last orang lain yang habiskan kerja. Bukan tak reti ye cuma geli je bila nak potong-potong tu. Kesian pun ada jugak (tolong abaikan keseksian tuan punya perut!)
SALAM KENAL.
BalasPadamUSUALLY AKAK AKAN SURUH ORG KEDAI TU TERUS SIANGKAN..TAK PANDAI..
salam kenal
BalasPadamsinggah dari blog kakcik, tgk dalam senarai peserta yang insyaAllah akan hadir di rumah dato LF
singgah terus follow, mana tau kot ada rezeki jumpa nnt leh kenal terus kan
kalu sudi, jom follow ai pulak.. hehehe
Kakcik memang tak reti dan tak berani siang ikan keli! :(
BalasPadamxnk jemput sy ke?
BalasPadam"geli nak siang ikan keli rupanya..sian pak tuan,seb baik sporting..kalau akak pun suruh suami akk gak,bkn geli tp susah lah ikan ni licin macam belut...kdg2 suruh jer org jual tu siangkn balik2 basuh jer.."
BalasPadamkalau jenis jenis ikan berjanggut ni saya lebih suka ikan sembilang.. ikan keli kurang sikit..tapi suami mmg suka betull kalau digoreng lepas tu sira dengan lada..
BalasPadamerr..saya tak pandai siang ikan keli..buat malu ayah je..ayah penjual ikan..hehe..
salam kenalan..
nasib baik abah akak pandai bersiang ikan. ayah saya? reti beli dan mkn je. heheheh~
BalasPadamehh cam ado org sobut2 namo den yo..huhu
BalasPadam# ikan keli sambal peberet den tuu..yummy
ikan keli? kakpah tak penah siang sendiri dan jarang makan pun. kalau ada yang nak makan, siang siap2 kat kedai hiii...
BalasPadamsambal ikn keli kegemaran PCL. ikn patin tempoyak plak kesukaan mamadiana..huh! cmni leh le ke rumah kak Juneaina mkn2....
BalasPadampegang geli makan memang best
BalasPadam