Harimau Muda Patahkan Sayap Garuda Muda

10:39 PG JunAina 15 Comments

Satu kepuasan yang sukar diungkapkan. Alhamdulillah akhirnya debaran 120 minit yang terlalu panjang buat pemain yang semakin kehilangan ketangkasan akhirnya terlerai. Seri 1-1 mengheret kedua-dua pasukan kepada masa tambahan dan akhirnya tanpa ada pilihan terpaksa ke penalti.

Permainan yang agak seimbang. Setiap serangan pasti ada serangan balas tetapi ada ketika-ketikanya terlihat seperti Indonesia lebih mendominasi perlawanan. Pujian patut di berikan kepada HARIMAU MUDA kerana terus berjuang walaupun nampak sangat masing-masing terlalu keletihan.

Pemain yang mengambil sepakan penalti malam tadi. Percaturan terbaik dari Ong Kim Swee setelah di congak sebaik mungkin.

1. Mahali
2. Fandi
3. Fakhrie (nampak sangat dah pancit, tendang bola pun dah tak bertenaga. Dua kali bola yang cantik dikakinya kedua-duanya gagal dimanafaatkan).
4. Fadzli
5. Baddrul Bakhtiar (Sepakan penyelamat dah dapat ditampan oleh penjaga gol tetapi melantun kebelakang. Puas tengok. I like it.)

Rembatan akhir Baddrol Bakhtiar itu telah memastikan Malaysia membawa pulang EMAS.

Cik Puan tak pandai sangat pasal bola tapi yang penting Malaysia dah menang. Indonesia tak boleh nak perlekehkan kehebatan Malaysia. Cik Puan hairan juga setiap kali ada sepakan percuma atau sepakan sudut untuk Indonesia pasti salah seorang pemain akan ke tiang gol dan goyang-goyang jaring. Agaknya memohon tuah dari jaring tu kot tapi Khairul Fahmi lagi hebat tak sempat bolos pun jaring tu. Agaknya pengadil pun dah perasan pemain Indonesia yang sikit-sikit jatuh terutama bila berada dekat gawang gol pasukan Malaysia. Taktik mencari sepakan percuma kot.

Psttt...Orang sebelah dinding Cik Puan datang kerja senyap je hari ini. Penangan kekalahan pemain bola sepak Indonesia kot tak pun trauma dikalahkan pemain-pemain Malaysia. Sebelum ini ada jugak cakap-cakap megah dia yang Indonesia punyai pemain terbaik seperti Octo dan Titus apatah.






Gambar: Koleksi peribadi. Dari kamera CHAP AYAM dan TV yang tak berapa nak SHARP.

You Might Also Like

15 ulasan:

  1. alhamdulillah....kemenangan milik kita.. :)

    sy pun..sngt2 geram dgn si fakri..haih...

    BalasPadam
  2. Tetap bangga dengan pasukan Malaysia. :)

    BalasPadam
  3. hebat mereka sbb menang walau pun tekanan mental yg super dahsyat.. hehe..

    kalau yg kutuk2 tu diletakkan kat tengah padang jadi apa agaknya.. =)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Esok Malaysia lwn Syria..

    BalasPadam
  5. rajin aina capture gambar kat tv :D

    BalasPadam
  6. patah han sayap?

    baham teros!

    haha

    BalasPadam
  7. lama da nk tanya...garuda tu wujud ke?

    BalasPadam
  8. yeay!
    alhamdulillah..emas milik malaysia~

    BalasPadam
  9. pandai juga jun mengulas tentang bola ya :)

    BalasPadam
  10. alhamdulillah... rasa seronok bila kemajuan bola sepak kita menunjukkan peningkatan

    BalasPadam
  11. namanya TITUS BONAI. hanya dia sorang sahaja yang begitu gentlement & secara berseorangan bersalam dengan semua pemain2 malaysia.

    BalasPadam
  12. syukur...kita mmg hebat...tahniah Malaysia...

    BalasPadam
  13. inilah pertama kali saya menonton bola sepak ramai-ramai kat kedai mamak selepas sembahyang Isyak. orang ingat kita dari parti politik mana tah ramai2 tengok bola.

    di blog saya ada entri baru sebagai penjelasan kepada entri semalam. silalah berkunjung.

    BalasPadam