Chow Kit
Pejam celik pejam celik dah hari JUMAAT.Esok SABTU, lusa AHAD...habis satu minggu.
Rutin kita tak pernah berkesudahan, kerja...kerja...
Kalau kat rumah pun kerja jugak, kerja rumah lah pulak...
Hari ini nak cerita pasal Cow Ket.
Kalau orang duduk kat KL ni mesti biasa pergi walaupun tak selalu.
Banyak barang-barang yang tak ada kat tempat lain ada kat sini
Ada juga kat tempat lain mahal tapi bila kat sini pulak dapat murah.
Kenalah pandai tawar harganya
Contohnya beberapa minggu yg lepas Cik Puan dan Pak Tuan pergi untuk membeli periuk.
Di Kajang harganya dalam Rm250 (periuk cap buaya dari THAILAND bersaiz 50 inci).
Satu kedai ni display saiz 50 inci dengan harga Rm399
Pak Tuan angkat bahu terus Cik Puan cakap mahallah nanti balik beli kat Padang Besarlah.
Tauke sengih-sengih terus dia bagi Rm200 tapi Cik Puan slow je melangkah keluar.
Dia cakap lagi 'Kira cincailah Rm180. Ermmmm...
Pak Tuan kata lain kali datang periuk besar mana boleh bawak naik motor...huhuhuuu...
Sebelum tu dah beli dapur belangkas (dapur yg biasa org bawak berniaga pasar malam tu).
Harga yang diletak Rm129 tapi boleh pulak turun sehingga Rm60.
So kalau membeli kat Cow Ket ni pandai-pandailah menawar.
Buah-buahan pun murah kat pasar Cow Ket.
Cik Puan suka datang beli buah-buahan kat sini.
Petang-petang masih ada peniaga menjual ikan dan ikan-ikannya pulak masih nampak segar.
Disebabkan petang harga yang diberi pun agak murah.
Ada pasar menjual sayur-sayuran jugak terutama sayur kampung.
Petai, jering, kerdas, keladi, pucuk ubi, pucuk paku, jantung pisang dan macam-macam lagi.
Harga memang berbaloi-baloi.
Apa yang tak bestnya kat sini SYURGA pendatang asing terutama INDONESIA.
Cerita kawan-kawan ada yang pernah kena PAW kat sini.
Setakat ini Cik Puan alhamdulillah bersama Pak Tuan, bersendirian atau bersama kawan-kawan kat sini tak pernah menghadapi masalah.
Satu lagi pasal kebersihan.
Kalau orang yang jenis pembersih memang tak boleh membeli barang-barang kat sini.
Pasarnya berair je. Tak Tersusun.
Sekitar Cow Ket ni jugak ada tempat yang penjadi paberet Cik Puan.
Plaza GM antaranya. Macam-macam ada tp barangan tiruan jelah.
Celah-celah tu jugak banyak kedai-kedai pemborong kat sini.
Pemborong macam-macamlah. Beg, hand beg, tali pinggang, keronsang, mainan kanak-kanak, cenderahati, barangan jahitan, buah-buahan dan macam-macam lagi.
Cik Puan suka window shopping
Satu lagi tempat kegemaran Cik Puan kat sini BAKE WITH YEN. Kalau pergi kat sini mau pening pusing-pusing semuanya nak beli walaupun kekadang tak guna pun.
Cow Ket memang mempunyai aura yang tersendiri dari dulu cuma kini sedikit tercemar dengan bangsa asing yang menguasi termasuk penagih dan pelacur (Siapa ingat SUDIRMAN HAJI ARSHAD pernah buat konsert di sini dulu. Atas jalan!)
Mengharapkan suatu hari akan ada perubahan yang positif tanpa mengganggu gugat kepentingan orang setempat.
Cow Ket yang sinonim dengan kedai jamunya. Pelbagai pilihan sama ada yang diluluskan KKM atau pun yang haram pilihlah ikut selera masing-masing.
Deretan kedai menjual pelbagai jenis tudung, kain batik, kalin pelikat dan pelbagai keperluan seharian. Kebanyakan peniaga adalah warga Indonesia tetapi tidak pasti sama ada mereka ini tauke atau sekadar kuli sahaja.
Kedai menjual kerepek dan keropok. Dari lenggok bahasnya ternyata peniaga ini warga tempatan.
Inilah antara gerai buah-buahan yang ada. Pilih sahaja dari buah-buah yang diimport sehingga buah-buahan tempatan yang bermusim semuanya senang didapati di kawasan pasar ini.
Pak Tuan sedang gigih memilih buah dari ladang di Pasar Cow Ket. Abaikan cincin bomoh berwarna merah di jarinya kerana cincin ini bakal melawan kehebatan cincin-cincin di jari AA har...har..har...(mau lawan dia punya trade mark).
Kat sini jugak ada bihun sup utara yang best. Bihun yang berwarna kuning memang kalah bihun sup kat ANI SUP UTARA. Sejak menjejak kaki kat KL kat situlah satu-satunya buhun sup yang terbaik pernah makan yang hampir menyamai bihun sup kat PERLIS tapi awas bagai dikatalah kalau anda seorang yang pembersih batalkan sahaja hajat anda untuk makan-makan kat sini.
Cap BUAYA dan ZEBRA dari Thailand memang sama kualitinya...
BalasPadamNak lagi murah mai laa Padang Besaq atau Bukit Kayu Itam...
Lagi... murah.... sambil jalan-jalan...
Rasa insecure klu ronda sorang2 kt chow kit...warga asing tgk org pompuan mcm nk telan kita...seram
BalasPadamKalau kakak tak kisah tempat janji murah dan banyak variety Aina...
BalasPadamKakcik kalau ke Chow Kit hanya untuk beli ayam, ikan, sayur dan yang sewaktu dengannya (itupun suami yang masuk beli, kakcik tunggu dalam kereta je). Tapi, kebelakangan ini suami kakcik lebih suka beli di kedai Acheh dekat rumah sebab katanya lebih murah dan tak perlu bersesak2. :)
BalasPadamsy rs dlm hidup sy ni sekali je sy jejak chow kit..walaupun lalu tiap2 ari
BalasPadamWuMing...
BalasPadamLagi 2 minggu saya akan ke sana...jom pekena pulut ayam Padang Besar.
amataresu...
itu memang betul tapi kak aina ni jenis brutal sikit lagi2 sikit sama dengan buntal...hahahaa...
dah lama x g chow kit sb agak jauh dr umah....
BalasPadamKakzakie...
BalasPadamAina setuju sesangat murah dan variety. Nak apa semua ada tak ada kedai sini kita pi kedai sebelah...
Kakcik...
kalau barang2 macam tu memang murah kat cow kit.
Satu lagi penularan wabak kedai ACEH. Kedai aceh kat rumah aina ikan sardin sekilo 11 hengget...pegi econsape baru 6 hengget...
KhaiRin...lain padang lain belalang, lain jugak keperluannya. Kak Aina memang suka pergi sini coz senang nak dapat barang2 yang diperlukan.
BalasPadamdah lama tak ke Chow Kit. pernah la juga pegi ngan wife tapi takde la kerap sangat. selalunya barang2 macam periuk ker, kami balik beli kat Kelantan jer. pasar borong wakaf che yeh ngan rumah cuma 2km jer. tapi harganya punyalah tak henggat walau kami bercakap pekat loghat daerah, tetap kena pandai main harga. kalau musim cuti sekolah, sorry lah nak dapat harga murah. walau kami tak beli, berduyun2 berpuluh2 buah bas rombongan dari luar datang nak berborong. sebab tuh depa pegang harga. tapi kalau bukan musim cuti, harga murah jer boleh dapat tanpa perlu buat apa2 penawaran.
BalasPadamMasa dulu kak Zai selalu ke Chow Kit sebab rumah tak berapa jauh.Seronok membeli belah disana,semua barang ada macam yang Aina cakap tapi sekarang sesekali kak Zai pergi dah tak berapa seronok sebab ramai sangat pendatang.
BalasPadamdulu takde lala rajin gak merayap kesitu dgn hubby.. skrg ni rasa tak sesuai sgt nak usung lala ke situ
BalasPadamBihun sup Utara kat Ani Soup Utara tu x sedap la kak.. better saya buat sendiri dr makan kt Ani Soup Utara
aina,
BalasPadamnk kongsi satu kisah benar, lama dulu akak masuk dlm coket tu, lantai dia kan mmg manjang becak, biasalah pasarkan?
pastu adalah satu peniaga ni (cha), dia asyik berkahak atass lantai berair yg airnya bergenang tu, tu tak kisahlah jugak, dah dasar perangai depa yg tak reti makna bersihkan?
yg akak takleh tahan bila nampak dia letak bekas2 tapisan tak beralas atas air becak berkahak tu. bila bekas tu tak beralas maka air berkahak tu masuklah dlm bekas2 tu melalui lubang2 bekas tu kan?
aina nak tau apa isi dlm tapisan tu? benda bulat2 warna warni yg orang melayu beli utk wat air batu campur dan lincikang tu, yg macam sagu bulat2 dan kembang tu...
ain tau tak? akak mcm bersumpah tak akan makan abc/sebarang desert yg ada benda tu selagi jumpa area KL ni...jijik betul!
kalau ke sana, agak2 aina boleh temankan tak??
BalasPadamnak cari cincin like AA gak
assalam - kawan sekursus pernah kena paw...lepas tu tak berani nak keluar sorang2...la ni tak ada dah ke sana -mana2 tempat rasanya sama kaedah tawar menawar ni - ada tempat mahal ada tempat murah
BalasPadamAssalamualaikum Jun,
BalasPadamKak Ani membesar di Kampong Bharu jadi Chow Kit ni memang tak asinglah dari semenjak sekolah lagi.
Malangnya sejak dah tua2 ni jarang ke Chow Kit walaupun tahu segala barang boleh dapat di Chow Kit. Sayang parking susah sikit di sini.
Kadang2 tu rindu dengan Chow Kit ni teringat nostalgia kecik2 dulu selalu ke Chow Kit dengan mak.
Rindunya pada mak ............
Dah lame x g chow kit
BalasPadamterliur tengok limau tu :)
BalasPadam