Seceria Matahari Yang Menyinar

12:34 PTG JunAina 13 Comments

Jumaat datang lagi, alhamdulillah kita masih bernafas hari ini.
Sama-samalah mengutip pahala dalam menghitung detik dan waktu yang masih ada.

Hati Cik Puan sangat gembira.
1. Jumaat kerja separuh hari, boleh balik awal hari ini.
2. Hari terakhir bekerja sebelum menyambung cuti selama seminggu.
3. Tentunya esok nak balik kampung, hati ini dah tak sabar-sabar.
4. Khabarnya cuaca kat tanah kelahiran baik-baik sahaja. Insyaallah.

Tugasan agak banyak hari ini. Almaklumlah hendak bercuti panjang. 'Progress' untuk minggu hadapan terpaksalah disiapkan minggu ini. Hari Jumaat pulak 'server' selalu buat hal, lembap semacam je. Kekadang hangin je, dah le nak cepat macam-macam hal lain pulak jadi.

Perancangannya nak buat majlis masuk jawi (khatan) anak sulung minggu hadapan (dah darjah lima belum masuk jawi dah liat). Mak tok sibuk minta buat di kampung, dah setahun tertangguh. Rasanya inilah masa yang sesuai dengan cuti dan 'load' kerja yang agak berkurangan kerana projek sekarang masih 'Feed Design stage' kalau dah masuk 'Detail Design' rasanya mesti tak ada masa.

Agenda kali ini juga tanpa Pak Tuan waaa sedihnya. Almaklumlah semenjak nak pencen ini dah beralih arah kebidang lain pulak. Meneruskan legasi kerjayanya kat tempat lain, insyaallah. Jadi perhatian Pak Tuan sekarang lebih kepada untuk membina kerjaya barunya dan Cik Puan terpaksalah berkorban kerana Cik Puan seorang isteri yang memahami ahaks.

Insayallah sekiranya ada masa blog ini akan di 'update' tetapi selalunya bila balik ke kampung pengisian masa lebih banyak kearah lain. Banyak aktiviti-aktiviti lain yang terlalu membataskan waktu untuk berada didepan komputer. Nak berkubang dalam bendang, mengai puyu, ligan ayam  dan itik yang nak dikorbankan, ikut pi menjala, panjat pokok mempelam, pergi kenduri , makan garam belacan, makan nasi ganja, pekena bihun sup, cucur udang serta char kueateow, ziarah tok-tok saudara, jumpa kawan-kawan dan macam-macam lagi.

Sampai jumpa lagi. Harap esok tak perlu jadi Mikel Schumiker kat highway. Abah tak ada anak-anak mesti jadi histeria dalam kereta so harap mama tak jadi hijau nanti.

Inilah rumah kecil di tepi sawah yang sentiasa dirindui. Masa kecik-kecik dulu rumah ni didepannya adalah rumah atas, hanya bahagian dapur sahaja rumah bawah. Sekarang rumah kecil ini dah diturunkan. Saiz tetap sama cuma sekarang tak perlu naik tangga lagi. Kadang-kadang rasa segan nak ajak kawan-kawan singgah ke kampung, almaklumlah rumah kecil bukan apa takut tak selesa pulak nanti tapi kalau ada yang sudi apa salahnya.


You Might Also Like

13 ulasan:

  1. Teringat zama dulu2, biasanya anak2 lelaki dikhatankan di usia 12 tahun sebelum masuk sekolah menengah.

    InsyaAllah, kakcik akan ke Perlis pada 8/12 nanti. :)

    BalasPadam
  2. Selamat bercuti kak aina..
    Seronoknya umah dekat sawah..
    Tingin nak gi kalau org ajak..hehe

    BalasPadam
  3. ttu hati da melonjak2 nk blk kg ni

    BalasPadam
  4. apapun tempat paling selesa ada rumah tmpt kita membesar, kan??

    BalasPadam
  5. Saat paling seronok bila dapat balik kampung. Itulah tempat kita membesar Aina...

    BalasPadam
  6. Lepas jumaat... esok cuti...hua..ha..haaa

    BalasPadam
  7. akak nk balik kampung ye..
    selamat bercuti kak..
    :)

    BalasPadam
  8. Sudi sangat-sangat!!! Che Mid teringin saat nak pi rumah tepi sawah.. skrg ni asek dok tengk sawah dari jauh je..

    BalasPadam
  9. cuti seminggu..wow lamo tuh...

    BalasPadam
  10. wah...seminggu bercuti..penuh dgn macam2 aktiviti..seronoknya..!! :)

    BalasPadam
  11. salam akak..

    coti2 sekolah ni byk kanak-kanak berkhatan..

    bestkan kak balik kg..udara segar dan nyaman..hehe

    BalasPadam
  12. salam saya suka rumah kampung.

    BalasPadam
  13. saya sgt suka rumah kampung kak..


    saya pun sama kak, selalu niat kalau balik kampung konon nak update, sampai kampung je mcm2 xtvt nak dibuat, terus lupa blog...hehe...

    BalasPadam