Happy Birthday

11:19 PG JunAina 13 Comments

Selasa
1 Nov 2011

Pada tarikh yang sama 10 tahun yang lalu tepat jam 12 tengahari anak ini dilahirkan. Kesakitan yang ditanggung terasa hilang apabila mendengar tangisannya. Hari ini genaplah ulangtahun kelahirannya yang ke 10.

Buat pengarang jantung hati mama dan abah SELAMAT HARI JADI, semoga membesar menjadi anak yang solehah. Berjaya dunia dan akhirat.


Masih meminta mama menyiapkan goodies untuk kawan-kawan. Bertungkus lumus mama siapkan untuk dihantar ke sekolah dan untuk kawan-kawan yang berjiran juga. Tiada yang istimewa cuma makanan ringan untuk memeriahkan hari jadinya.

 Tahun ini mama membuat sedikit kelainan. Kebiasaannya mama akan membeli beg plastik yang telah tersedia di pasaran khas untuk menyambut hari lahir. Tahun ini mama sedikit rajin nak main lekat-lekat. Belikan beg kertas yang digunakan untuk membungkus goreng pisang dan buat stiker sendiri. Selepas tu ajak birthday girl main gunting-gunting pulak dan gam stiker kat beg kertas.


Inilah hasilnya kerja keras mama dan birthday girl. Puas hati walaupun simple nampak sweet sangat bila dah siap packing macam tu.

Sekali lagi HAPPY BIRTHDAY to my only daughter NUR FATIHAH HAYANI!


You Might Also Like

13 ulasan:

  1. Happy birthday Nur Fatihah Hayani - semoga menjadi permata yang sentiasa bersinar buat keluargamu.

    Rajin mama buat beg goodies tu. :)

    BalasPadam
  2. happy birthday!
    mesti jd anak yg solehah tau!

    BalasPadam
  3. tarikh yg istimewa untuk hari yg istimewa...

    HAPPY BIRTHDAY HAYANI..!!!

    moga membesar dgn sihat...dan menjadi kebanggaan mama & abah serta adik beradik yg lain..!! :)

    BalasPadam
  4. Hepi birthday hayati. Semoga jadi anak yang dibanggakan ibubapa yer.

    BalasPadam
  5. selamat ulangtahun kelahiran..semoga menjadi anak yg membahagiakan ibu & ayah..

    * anak saya pun sorangjer pompuan

    BalasPadam
  6. memang betul lah orang cakap... "The only day in your life, when you cried and your Mother was smiling"

    BalasPadam
  7. Selamat hari lahir syg.. Moga menjadi anak yg solehah.. ;D

    BalasPadam
  8. happy birthday dik....semoga jadi anak yg baik dan moga tercapai segala cita-cita ya... :)

    BalasPadam
  9. Salam, sedap nama anak dara sorang ni.. macamana dapat nama tu..oh ya, selamat hari lahir, terima kasih kepada ibu yang melahirkan jua..

    BalasPadam
  10. Aina maknanya dia jadi anak dara hari itu belum mencecah usia 10 tahun ye...

    Happy Birthday sayang.:)

    BalasPadam
  11. Happy Birthday Nur Fatihah Hayani
    semoga menjadi anak solehah..seperti harapan ayah dan ibu..

    BalasPadam