Bantuan Persekolahan Rm100
2011/11/11Wang diagih secara tunai dalam 14 hari: Muhyiddin
BANTING: Kira-kira 5.5 juta pelajar sekolah rendah dan menengah akan menerima wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang sudah disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing mulai semalam dan diagihkan secara tunai kepada ibu bapa, penjaga atau murid dalam tempoh 14 hari.
Bayaran berkenaan untuk murid Tahun Satu hingga Tingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011, manakala bagi Sabah dan Sarawak, selewat-lewatnya minggu depan. Pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan 2012 pula menerimanya pada Januari.
Sumber : BERITA HARIAN
Perbincangan sudah diadakan semasa perjumpaan ibu bapa murid-murid Tahun 5. Pihak sekolah mencadangkan wang bantuan yang di berikan kerajaan akan dikekalkan di dalam akaun sekolah dan ditolak yuran persekolahan untuk tahun 2012.
Alasan yang diberikan oleh Guru Besar Cemerlang tersebut ialah:
1. Mengelakkan salahguna bantuan untuk kegunaan peribadi ibu bapa seperti membeli telefon bimbit baru, kasut baru atau membeli rokok. Lari dari tujuan asal yang sepatutnya digunakan untuk tujuan persekolah.
2. Keselamatan. Adalah tidak selamat mengeluarkan duit dalam jumlah yang besar kira-kira Rm150,000.00 untuk jumlah keseluruhan pelajar di sekolah tersebut
3. Memudahkan ibu bapa hanya membayar sejumlah kecil perbelanjaan persekolahan yang berbaki.
Sebenarnya tidak akan timbul isu wang baki kerana mengikut senarai yang ada jumlah yang perlu dibayar adalah melebihi Rm100 bagi setiap murid.
Semalam balik menjengah ibu mertua di BOTA kebetulan juga adik ipar kahwinkan anaknya di TRONOH. Berjumpalah sanak-saudara sebelah Pak Tuan. Bila habis majlis masing-masing bergerak ke rumah ibu mertua. Berbincang juga isu-isu ini.
Adik Pak Tuan yang merupakan YDP PIBG disalah sebuah sekolah di Ipoh berpendapat apa bila di umukan pemberian tunai maka ia haruslah di berikan secara tunai. Sekolahnya juga telah bersetuju untuk memberi tunai kepada penjaga. Terpulanglah kepada mereka bagaimana untuk menguruskan wang terebut.
Adalah salah konsepnya apabila bantuan tersebut dikekalkan di dalam akaun sekolah dan ditolak perbelanjaan tahun berikutnya kerana ia adalah BANTUAN TUNAI.
Bagi Cik Puan memang ada sedikit kekesalan di hati. Kenapa mesti dikekalkan di dalam akaun dan tidak melaksanakan seperti pengumuman yang telah dibuat oleh TPM yang merupakan menteri bertanggungjawab. Bukan soalnya duit Rm100 tetapi soalnya amanah yang telah diberi harus ditunaikan sebaik mungkin. Sekiranya kita di amahkan untuk memberi sekilo daging kepada jiran kita patutkah kita menggantikan dengan seperiuk kari?
Keputusan sekolah tidak boleh dipertikaikan. Pengalaman Cik Puan selama ini anak akan menjadi mangsa keadaan apabila ibubapa bersuara. Itulah yang terjadi di kebanyakan sekolah!
Aina..rasanya keterlaluan bia GB kata salah guna beli talipun bimbit kan..RM100 je..ibubapa pun lebih pentingkan persekolahan anak2,
BalasPadamItulah yg ramai dah kata bila wang disalurkan pada pihak ke dua tapi tidak pada penerima terus...
BalasPadampd sy dr diberi duit baik la diberi bantuan utk tgkt kn infrastruktur skolah
BalasPadamtak wajar buat mcm tue..kne buat repot cepat..itu salah guna kuasa namanya
BalasPadamsusahkan kalau anak terpaksa jadi mangsa? masih berlaku dimana2...sedih!
BalasPadammasa dgr taklimat sekolah ( anak nak masuk darjah satu tahun depan ), kami diberitahu wang akan diagihkan pada parents secara tunai..alhamdulillah..
BalasPadamkalau saya pun , saya tak puas hati kenapa sekolah nak simpan dlm akaun duit yg diamanahkan tu...
alasan semua tak logik!!
saya bila baca isu sebegini terasa nak komen. tapi bila komen takut terlampau pedas, nanti pihak "sana" tak leh nak terima. kang tetiba jer dapat surat bertukar kawasan bertugas serta merta. hahahahah.....
BalasPadamHmm... menarik juga isu ini... WuMing punya anak baru 6 tahun, tahun depan... belum layak lagi..
BalasPadamCadang.. kalau dapat duit tu nak tukar kereta baru dan melancong luar negeri kot....
he..he..he..gurau saja...
manusia ada jer jalan nak seleweng...
BalasPadammasih belum terima Rm100 tu sampai ke hari ni...tertunggu jgk sbb itu adalah bantuan tunai dari kerajaan, soal pengurusan wang itu adalah bab lain...niat GB cemerlang tu adalah bagus secara logiknya tp amanah yang di amanahkan oleh kerajaan itu harus dititikberatkan terlebih dahulu.
BalasPadam