12.01

12:57 PTG JunAina 7 Comments


Lagi seminggu nak bekerja kemudian Sabtu minggu depan akan bermulalah perjalanan 500km yang mencabar mntal dan fizikal. Cadangnya ingin pulang ke kampung awal pagi Sabtu sekitar pukul 4am tetapi ada perkara lain yang perlu diuruskan. Perjalanan rasanya lebih selesa di awal pagi sebolehnya saya ingin mengelak kesesakan sekita Slim River sehingga ke Tapah yang kadang-kadang sehingga tidak bergerak kenderaan. Bayangkan lebuhraya pun jem. Itu belum masuk cerita kemalangan sana-sini, sepanjang perjalanan mesti 3-4 kemalangan akan ditempuhi.


Membebel.


11.30 saya keluar dari pejabat, panas lit-lit kata orag tempat saya. Panjat tangga jejantas sampai puncak tercungap-cungap, zikir dalam hati. Bab turun lajulah. Berjalan di tengah panas. Siap urusan Tabung Haji saya singgah sekejap di Bank Islam bersebelahan untuk tukar duit raya, malangnya duit Rm10 kiriman seorang kawan kehabisan stok.


Keluar menuju Maybank, Menara PNB yang baru dibuka. Pelanggan tidak ramai sebab ramai yang tidak tahu di situ ada bank mungkin yang ada cuma 5 orang sedang berbaris untuk tukar duit. Saya pergi ke kaunter nombor dan bercakap dengan kakitangan bank.


'Encik saya nak tukar duit boleh tak kat sini'
'Maaf puan tukaran duit dah tutup pukul 12 tengahari'
'Ooo..terima kasih'


Tengok jam kat tangan. What a fishhh! Pukul 12.01 tengahari. Apa salahnya di beri sahaja borang tukaran duit tu. 1 minit sahaja pun, lagipun tak perlu ambik nombor terus berbaris sahaja. Langsung tak ada budi bicara.


Alhamdulillah walaupun cuaca di luar panas terik dengan matahari tegak di atas kepala saya masih boleh kawal hati. Bukan rezeki saya untuk tukar duit di sini pujuk sendiri jiwa. Zikir banyak-banyak dalam hati. Saya senyum juga walaupun sebenarnya saya separuh ikhlas.


Puasa sepatutnya dapat mendidik jiwa serta diri kita untuk bersabar, sekiranya kita biarkan emosi mengawal diri bermakna Ramadhan kita hanya sis-sia. Kita berpuasa tetapi kita tidak menghayati.



You Might Also Like

7 ulasan:

  1. Fuhhh....nasib baik akak tak ambik tiang que line tu...


    Hahaha

    BalasPadam
  2. yup betul tu.. eemm.. apalah salahnya atas budi bicara.. setakat 12.1 tu.. eemm..

    BalasPadam
  3. Next year blh kirim kat saya jer kak kalau nak tukar duit raya.. tapi terpaksa turun shah alam utk pick up ler...

    BalasPadam
  4. uncel tukar tukar duit ni serah kat aunty... hehe

    BalasPadam
  5. Kita lum tukar duit raya lagi pun..
    Bank depan rumah jer ni....harapnya masih boleh lagi .....tak kisahlah duit lama pun....

    Betullah kat Tapah tu jammed betul....maklumlah dah byk kali pegi mari ke Teronoh hehe

    BalasPadam
  6. la lebih seminit jer pn.. berkira la staff bank tue..

    BalasPadam