#Mustangers Beraya

10:52 PG JunAina 7 Comments


Majlis minum petang sempena hari raya keluarga besar tempat saya bekerja berlangsung dengan meriahnya di Level 29, View Roof Top G-Tower. Masing-masing dengan sporting menggayakan busana hari raya bagi menghangatkan suasana. Sporting!


Keluarga besar saya!


Dalam lif di tempat kerja sempat lagi berselfie ramai-ramai.



Teruna serta si bapa teruna bergabung di bahagian agak belakang, jauh dari pentas utama tetapi dekat dengan tempat makan.


Prince and princess. Selain cabutan bertuah yang boleh buat kita sesak nafas ada juga hadiah untuk pakaian terbaik lelaki dan perempuan. Inilah depa yang sporting bergaya.



Ini mereka yang bekerja kuat untuk jayakan majlis. Bertungkus lumus dari persiapan tempat, membeli hadiah cabutan bertuah dan juga goodies.



Emcee and foods.



Tuan tanah nak posing jugak. Saya pakai baju kebaya 10 tahun lepas sahaja. Bukan tak boleh bergaya tetapi saya masih baru di sini agak segan nak lebih-lebih...ahahahaa...



Sebahagian dari department tempat saya bertugas.

Makanan yang terhidang yang sempat saya jamah. Lemang dan rendang ayam, satay, mee kari, kambing tanpa nasi, bubur kacang dengan durian dan ABC serta teh tarik yang tak ada dalam gambar. Sendat perut. Banyak lagi makanan lain yang tak terjamah seperti rojak buah, pecal dan kuih-muih tradisional. Tangki kecik!


Sempat lagi bergaya di photo booth!



Setiap staff yang hadir dapat beg berisi gelas dan biskut lidah kucing. 30 hadiah cabutan bertuah satu pun tak sangkut nampak sangat saya ini tak bertuah. Hadiah paling best mesin basuh, peti ais, TV 40 inci, X-Box, Samsung Tablet dan iPad. Bukan rezeki saya.



Walaupun saya tak bertuah tetapi Electrical Dept. dah belasah 7 dari 30 hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan, 2 darinya adalah dari hadiah 7 grand prize yang ditawarkan iaitu satu peti ais dimenangi oleh Zai dan X-Box dimenangi oleh Adzril.


Walaupun belum tiga bulan menyertai mereka tetapi tidak terasa dek kemesraan yang ditunjukkan, menerima orang baru dengan tangan terbuka. Hari raya tahun ini meriah walaupun kami adakan di luar dengan segalanya diurus sempurna. Walaupun Syawal berakhir esok tetapi makan-makan kami akan berterusan lagi minggu hadapan pada hari Rabu di Makan Kitchen, Double Tree by Hilton Hotel, Kuala Lumpur telah ditempah untuk kami semua. Ini bukan raya tetapi token dari projek yang seang saya buat.



You Might Also Like

7 ulasan:

  1. Menarik juga hadiah yang utama tu. Kalau sangkut satu memang puas hati la dapat free.

    BalasPadam
  2. Beruntung Aina dipermeukan 'keluarga' yg understanding dan harmoni.
    Meriah kakak tengok. Sporting betul yg menang tu siap bertanjak dan crown lagi sebab itu boleh menang:)

    BalasPadam
  3. Aina kalau dah ada aksesori kat leher tu dah kira bergaya tu namanya hehe....
    Meriahnya ......seronok bila diterima dengan geng office walaupun orang barukan Aina....

    BalasPadam
  4. wahhh.... best nyee...

    kak pm saya kak.... tu hari tak kasik pon nombo telipon....

    BalasPadam
  5. mmg nampak kemeriahannye kak....seronok dpt opismate yg sporting...walopun aka kbaru kat situ tak terase mcm org baru kan kak...alhamdulillah...akak dikelilingi klik2 yg baik2.....

    siap ade best dress tu....best2... heheeheheh sure gempak tu bile name diumumkan....

    kak...akak muat lagi pakai kebaya 10 tahun lepas? terbaik la kak....respek lieya.....

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum.

    Meriahnyer....

    BalasPadam
  7. Meriahnya akak.. seronok tengok.. =D

    BalasPadam