Ujian - Positifkan Diri

10:53 PG JunAina 13 Comments


Salam Jumaat penuh barokah.
Doa agar kita semua akan sentiasa mendapat redha Allah s.w.t sentiasa.


Saya tewas lagi semalam dalam ujian sihat yang Allah tarik sedikit. Asthma menyerang tanpa kasihan sehinggakan hendak bergerak selangkah terasa tidak mampu tetapi disebalik kedukaan itu tanggungjawab masih di jalankan seperti biasa. Rabu saya ke klinik mengambil 'nebulizer' yang hanya sekejap membantu. Khamis seharian berbaring tanpa melakukan kerja-kerja rumah melainkan sedikit petang mula memasak untuk anak-anak. Alhamdulillah mak berada di Kajang jadinya kekuatan itu dengan sendiri datang. Dapatlah bermanja dengan emak. Di urut oleh jari-jari tua emak terasa sangat bahagia.


68 hari memulakan tugasan di syarikat baru setelah khidmat tidak diperlukan di tempat lama sudah 5 hari mengambil cuti sakit, 4 hari cuti tahunan dan semalam 1 hari cuti kecemasan sebab dah segan nak pergi ambil cuti sakit. Nampaknya tempoh percubaan selama tiga bulan seperi terpaksa dilanjutkan tetapi saya sentiasa berdoa segalanya akan berjalan dengan lancar.


Pagi ini bos kecik datang kat tempat dan bertanya khabar, sebagai orang lama dia memberi nasihat agar saya berehat sekiranya saya mengalami masalah kesihatan sehingga saya pulih sepenuhnya. Bagi dia keluarga tetap datang dahulu, sekiranya saya tidak sihat ianya akan memberi kesan kepada keluarga dan seterusnya kerja saya. Mulai minggu depan juga kami akan mula sibuk. Dia tidak mahu kesihatan saya terganggu berlarutan.


Syukur alhamdulillah. Saya di kelilingi keluarga yang sentiasa mengambil berat tentang hidup saya. Punyai rakan-rakan sekerja yang sangat memahami dan bertolak ansur. Saya kekurangan di satu sisi tetapi Allah s.w.t memberi nikmat dari sisi-sisi lain dalam hidup saya. Bukankah Allah s.w.t itu maha adil.


Sekiranya kita rasa terlalu diuji pandanglah insan yang lain yang mungkin lebih teruk ujian yang Allah s.w.t berikan. Kita hanya sakit sedikit tetapi masih mampu untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta yang selesa walaupun kita rasa sangat berat tetapi ada juga orang yang sakit terpaksa menunggu berjam-jam untu menerima rawatan. Kita rasa Allah s.w.t memberi rezeki yang hanya mencukupi buat kita tanpa ada lebihan tetapi Dia maha mengetahui memberi keperluan buat kita berbanding mereka yang terpaksa bekerja membanting tulang di tengah pnasa sedangkan kita hanya menekan keyboard di dalam hawa dingin. Jadilah kita umat yang sentiasa bersyukur.


Gambar jalan-jalan raya lagi, yang tua dihormati. Ziarah rumah adik arwah tok ayah Harun Bin Senapi dan keduanya juga telah menemui Ilahi yang tinggal isteri yang merupakan juga saudara jauh mak dan anak perempuan yang menjada Tok Ngah Leha di rumah tersebut. Rumah wajib ziarah setiap tahun.



You Might Also Like

13 ulasan:

  1. takpe, cuti sakit ada surat dokto... boss faham

    BalasPadam
  2. get well soon akak dan semoga segalanya dipermudahkan...

    BalasPadam
  3. semoga puan cpt sembuh ye? jaga kesihatan n dgr nasihat doktor ..

    BalasPadam
  4. semoga cepat sembuh kak.. sekarang kerap hujan.. sejuk sikit.. lepas tu kalau tak hujan jerebu pulak.. hati2 ye kak.. take care..

    BalasPadam
  5. semoga recover dengan sepenuhnya yer..take good rest..:) take care...

    BalasPadam
  6. Takpe Aina..sakit itu tanda Allah sayang...insyaallah
    mungkin itulah seringan ringan ujian yg Allah nak bagi kita...mengikut kemampuan kita
    nekcik pun di hujung ramadhan tu pun semput..terpaksa pergi klinik ambik neb..alhamdulilah lepas raya ni baru sihat alhamdulilah

    BalasPadam
  7. Alhmdlh bos kecik memahami & siap bagi nasihat yg menyenangkan lagi...

    BalasPadam
  8. Semuga aina segera sembuh dari 'penat'..
    Dapatkan rawatan ya sbb penat ni bahaya juga..

    Akak pun suka menziarah saudaramara yg lebih tua pada hari raya kerana taktahu entah bila kita akan dapat beraya lagi dengan depa. Sebab tak kita, depa .. yang akan pergi meninggalkkan kita...
    Kami pun dah tak ramai nenek2 yg masih ada.. Ramai yg telah pergi terlebih dahulu.

    BalasPadam
  9. akak kerap ke kena attack asthma?
    better buat "asthma diary"...so boleh tulis kekerapan attack,how severe each attack..
    ada guna inhaler?

    dan kalau kerap attack ( every month kena), mmg kena ambik preventive inhaler( steroid)..

    BalasPadam
  10. Salam aina..

    semoga terus tabah...ujian Dia sikit sangat pd kita berbanding org lain kan...kuat kan semangat..sama macam akak lah...sakit je memanjang...tp minda kena positive..
    buat macam x sakit...dpt lah laksana kan hidup yg routine ni...

    selamat hari raya dik..

    BalasPadam
  11. insyaAllah..semuga kita menjadi insan yg sentiasa bersyukur..amin.

    BalasPadam