Ujian Ribut Yang Sedikit
Kesan ribut yang melanda Perlis baru-baru ini. Inilah ujian ribut yang sedikit buat kita. Kalau hendak dihitung kita hanya kehilangan rumah tempat berteduh, alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Di saat kita berkeluh kesah dengan sedikit ujiannya pujuklah hati, kita selamat, anak isteri selamat hanya harta dunia yang terlibat. Kenangkan juga tempat lain yang dilanda taufan sehingga tiada yang tinggal, banjir melanda menghanyutkan segalanya isi rumah, tanam-tanaman mahupun haiwan peliharaan. Paling penting kita masih ada insan-insan yang kita sayang di sisi.
Bersedih kita tetap bersedih namun siapa kita untuk menolak takdir Ilahi. Redha ubat paling mujarab untuk penyakit hati. Ujian Allah s.w.t mungkin sebagai teguran buat kita atau Dia ingin melihat tahap kesabaran kita. Paling pasti setiap ujian ada hikmahnya.
Seperti biasa bantuan awal tetap tiba dari badan-badan berwajib. Bukan mudah untuk membina sebuah rumah semula kerana rumah lama membawa bersama kenangan yang turut sama menyembah bumi. Yang baru tak kan sama dengan yang lama tetapi hidup perlu diteruskan.
Ya Allah.. wpun sikit ujian Allah.. tapi kita tetap rasa betapa besarnya ujian daiNya..
BalasPadamkesian nya yg jd mangsa kan kak....
BalasPadamsemoga perlis x lg d landa ribut...
BalasPadam* turut sama susah hati sbb ramai sedara-mara d sana...
eh kak terok jugak la ribut tu ya sampai jadi mcm ni sekali
BalasPadamsemoga dipermudahkan urusan semua mangsa..
BalasPadamBetul tu kak. Redha dan ikhlas ubat paling mujarab. Dengan setiap kesusahan ada kesenangannya.
BalasPadamAllahuuuuu
BalasPadamBetul Aina apa pun yg terjadi sebagai ujian dan peringatan buat semua utk lebih dekatkan diri padanya..
BalasPadamSepatutnya kita banyak bersyukur kepadaNya.
BalasPadamHidup perlu diteruskan walau yang hilang takkan sama dngn yang baru..takziah pada mangsa..
BalasPadamteruk jugak kerosakan dia yer akak.. nasib baik tak ada orang yg cedera..
BalasPadamYup.. life goes on..
BalasPadamSemoga yg terlibat bertabah dgn ujian ini..
innalillahi wainna illahi roji'un..
BalasPadammoga kehidupan mereka bertambah baik selepas ini..
ni yang cerita ribut haritukan... yeler hidup mesti diteruskan.. pasti..
BalasPadam