Buah Mertajam Apa Yang Tajam

3:00 PTG JunAina 14 Comments



Cantikkan warna buah mertajam ini, mungkin buah ini diambil sempena nama Bukit Mertajam. Buah mertajam tapi apa yang tajam? Buahnya bulat tapi mungkin daunnya yang berbentuk bujur serta agak tajam dihujung mempengaruhi nama buah ini.


Buah mertajam tidaklah sesedap durian, rambutan atau manggis tetapi buah ini mempunyai nilai yang tersendiri buat saya. Banyak kenangan zaman kecil dikampung terhimpun bersama buah mertajam ini. Dulu di depan rumah tok ayah meriah berbuah sekarang pula galak berbuah di belakang rumah mak.


 Rasa buah ini agak manis serta sedikit payau mungkin. Susah nak gambarkan rasanya. Paling sedap apabila warna bertukar kehitaman bermakna buah tersebut sudah ranum. Siapa pernah makan buah ini? Mungkin lain tempat lain pula namanya.



You Might Also Like

14 ulasan:

  1. buah ni mengimbau kenangan zaman kanak2..yalah masa tu mana ada kfc,mcd,beger segala bagai kat kg...
    skrg pokok ni susah nak jumpa walaupun kat kampung2...dah hampir pupus...

    BalasPadam
  2. oh..
    baru saya tau adanya buah bernama mertajam!!

    BalasPadam
  3. tak penah tgk & jumpa....apa lg merasa

    BalasPadam
  4. dana tak penah jmpa pun, n tak penah rasa... agaknyer kt area2 johor jarang ada buah nih kak.... yelah zmn kite kecik2 dulu duk kampung mana lah kenal mcd n kfc kak

    BalasPadam
  5. tak pernah tgk buah mertajam ni… menarik

    BalasPadam
  6. owhhhh mertajam tu nama buah... baru saya tau..

    BalasPadam
  7. taktau lah macam buah keriang ja... Aina tau keriang dot ?

    BalasPadam
  8. Ada kat Perlis jer kot JA...tak perasan pulak buah tu...mcm anggurkan....

    BalasPadam
  9. tak penahler kot tengok ... entahler... tak penah tengok maka rasanyer lagiler tak tau...

    BalasPadam
  10. komen yang sama dengan Dr. Singa.. hehehe.. ;)

    BalasPadam
  11. Macam pernah makan.. tapi lama dulu la..

    BalasPadam
  12. 1st time tau pasal buah mertajam nie kak...hahaha jakun btl kan.. =D

    BalasPadam