Pertama Kali Melalui Changkat Jering-Lumut-Sabak Bernam-Klang ke Kajang

1:36 PTG JunAina 14 Comments


Pertama kali dalam sejarah memandu saya melalui jalan Changkat Jering-Lumut-Sabak Bernam-Klang-Kajang. Semalam bertolak dari Perlis hampir 11.30 pagi dengan harapan agar jalan tidaklah jem teruk sangat memandangkan orang Selangor sudah mula bekerja pada hari Isnin. Harapan musnah bila melalui Tol Sungai Dua dan Tol Juru yang sudah sesak. Jalan mendaki bermula di Changkat Jering jem teruk. Saya mengambil inisiatif untuk melalui jalan lama. Tawakkal sebab ini pertama kali.


Saya keluar di Tol Changkat Jering. Biarlah saya memandu perlahan daripada saya terpaksa berada di dalam jem yang tidak bergerak. Tambahan pula kereta pun seperti ada masalah asyik nak mati ja dalam jem. 
Tak mahu juga mengulangi sejarah 12 jam memandu dalam kesesakan yang teruk. Saya redah sahaja jalan bengkang-bengkok di Changkat Jering.


Kelihatan ramai juga yang menggunakan jalan alternatif ini. Plaza tol agak sesak. Dari Tol Changkat Jering belok ke kanan menghala ke Lumut melalui Beruas dan Terong (sesetengah ejaan menggunakan Trong). Saya silap bila tidak masuk ke Parit-Tanjung Belanja-Kampung Gajah-Teluk Intan-Sabak Bernam sebab kalau dari jalan tersebut lebih dekat (lalu depan rumah mak mertua).


90km++ dari Changkat Jering ke Lumut kemudian menghala ke Teluk Intan dan bila tiba di persimpangan Teluk Intan-Sabak Bernam pilihlah ke Sabak Bernam. Trafik jalan sangat lancar cuma keadaan jalan membataskan kelajuan kereta. Kesian anak-anak kat belakang, bonet kereta pun padat dengan barang memang tak ada ruang. Mana taknya basikal pun saya bawak balik!


Pemanduan malam menghala ke Kuala Selangor dan pertama kali pulak tu memang agak mencabar tetapi alhamdulillah segalanya sangat berjalan dengan lancar. Bila tiba di Klang saya rasa lega sangat. Sampai di rumah pukul 10.30pm. Letih. Perjalanan yang sangat seronok bagi saya. Melalui kampung-kampung tetapi kalau melalui Sabak Bernam-Kuala Selangor di siang hari lagi seronok agaknya.


Hari ini masuk pejabat agak lewat uruskan perpindahan sekolah kakak di PPD Kajang, kemudian ke sekolah dan diminta datang esok pagi untuk bertemu dengan guru HEM. Juga untuk berbincang mengenai kelas kakak kerana di sana kakak berada di Kelas Rancangan Khas (KRK).


Apapun saya sedang berkira-kira untuk 'mengexplore' jajahan Kuala Selangor dan Sabak Bernam tak lama lagi.


You Might Also Like

14 ulasan:

  1. kitorang kalau balik perlis jarang guna highway.. mesti redah jalan kampung... biar lambat asal tak ngantuk! hahaha.. kalau naik highway jap jer la.. terhoyong hayang kete tu.. huhuh

    BalasPadam
  2. bla lagi nak explore kan kak..penat x pe janji x pening dgn jammed

    BalasPadam
  3. alhamdulillah selamat sampai ye kak :)

    BalasPadam
  4. Kakcik dah rancang dengan suami nak jalan2 ke Kuala Selangor lagi. Beberapa hari lepas bersama anak2 kami rasa tak bebas nak berhenti sesuka hati menikmati pemandangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aina pun rasa nak bersantai jalan2 kat sana penat cari tempat rehat, lapar berhenti makan dah malam cari tempat tidur. Mesti best macam tu...

      Padam
  5. yang ni berapa jam yerk...
    saya kalau balik bota memang ikut jalan sabak bernamni... sebab lebih menarik..
    letih camnerpun boleh singgah pekan yang banyaktu.. tak jem dan sesak ngat.. pemandangan pun boleh tahan.. tak mengantuk sangat berbanding lebuh raya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kali ini dalam 10 jam termasuk salah masuk jalan, berhenti makan dan ke bilik air almaklumlah ramai juga pertama kali. Ada kawan tu bertolak dari Pelis pukul 12 tengahari sampai pukul 1 pagi! Aina pun lebih kurang pukul 12 juagk bertolak sampai pukul 10.30...

      Padam
  6. Dengar nama lebuh raya Changkat Jering pun aku dah meremang bulu roma..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kenapa meremang bulu roma pulak, ada hantu ke? Ahahahaaa...

      Padam
  7. Lama dah tak ikut jalan ni.... dulu2 selalu la.. suka singgah2..

    Makchaq pun balik jitra baru ni.. pi perlih jugak hari jumaat.. jumpa kawan pakchaq kat politeknik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Awat Mak Chaq tak calling2 dak ni boleh lepakking tepi bendang.

      Padam
  8. Kak awat tak habaq mai. Leh lambai akak lalu depan office saya. hehe.

    BalasPadam
  9. saya sll balik changkat jering kak. awat yg ada meremang bulu roma tu. ada hantu ka kat changkat jering tu...

    BalasPadam
  10. jauh tu perjalananan... tapi tulah jauh perjalanan luas pemandangan tambah pengalaman kan !

    BalasPadam