Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama Phat Corner

8:50 PG JunAina 16 Comments

Segmen ini Aina telah di tag oleh CIKGU MA. Sebagai memberi sokongan kepada penganjurnya Phat Corner Aina dengan gumbiramya menyertai 'Segmen di mana anda beraya pada tahun ini bersama Phat Corner'.



Seperti lazimnya Aina akan balik ke Arau, Perlis. Nama kampung Aina agak klasik iaitu Kampung Pida Dua Sekerat. Haaaaa...klasikkan namanya mana pi lagi sekerat? Kenapa dinamakan Pida? Sejarah Aina tak tahu tetapi oleh kerana kawasan sawah yang luas, jalan dibina seperti berbaris dan rumah pulak berada di kiri dan kanan jalan sahaja. Mendapat nama 'Sekerat' bilamana jalan kampung ni di akhirnya adalah jalan mati tetapi sejak setahun lepas tidak lagi. Kampung Aina di penuhi sawah padi, depan, belakang, kiri dan kanan rumah penuh sawah padi. Memang sejuk mata memandang. Kalau kena musim angin timoq sejuk sangat dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa.

Aina akan beraya bersama mak, anak-anak dan adik beradik yang lain. Bertambah meriah bila semua ibu dan bapa saudara seta sepupu-sepupu juga balik beraya di rumah tok yang terletak bersebelahan. Memang rumah mak akan menjadi tumpuan kerana hidangan nasi impit bersama gulai ayamnya. Kalau kat rumah orang lain pasti dihidangkan ketupat palas.

Kalau nak merasa nikmatnya angin timoq, jalan-jalanlah ke Perlis pada akhir tahun. Pasti best dan ada Pesta Angin Timoq jugak.

 Inilah kampungku...masa ini sawah tengah kekontangan selepas musim menuai.

Sebagai memeriahkan lagi segmen Phat Corner ini Aina nak tag teman-teman, rajin-rajinkanlah ketuk keyboard ye utk zafiranabilah dan niena dan jugk nadia ar-rumaisha.


You Might Also Like

16 ulasan:

  1. Raya ketiga nanti Aina ada di rumah kat Perlis tak? Bolehlah kakcik datang beraya. :)

    BalasPadam
  2. bestnya kampung ada sawah bendang

    BalasPadam
  3. sila...ooo...sila kak cik tp rumah kecil tepi sawah ajelah...k.azie ada no hp aina...

    BalasPadam
  4. tq sebab sudi join segmen phat..selamat hari raya maaf zahir batin...phat follow sini ye ;-)

    BalasPadam
  5. suasana kampung memang mendamaikan..

    BalasPadam
  6. jauh nyerrrr..

    errr nk dtg raya bleh x? hehehe

    BalasPadam
  7. Best..tringin nak duduk kat kampung yg ada sawah padi...kat kampung aku dulu ada, dah tukar tanam sawit....ada sorang member UiTM, kat sanglang umah dia, tapi lost contact...kalu tak leh jln2...

    BalasPadam
  8. bestnya aina rumah ditengah sawah..x pernah mengalami suasana begitu. selalu nengok kat drama2 tv je.

    aina..jemput kerumah amik kad raya zue.

    BalasPadam
  9. thanks kak tag nina :)

    InsyaAllah kalau ada kesempatan nina join ye :D

    BalasPadam
  10. mama ema memang besttt...sejukkk, pas tu boleh meamncing puyu, haruan dan main selut...:)

    BalasPadam
  11. terima kasih kembali fhat coz zudi follow me...selamat hari raya...

    BalasPadam
  12. bukan setakat mendamaikan tetapi aura kampung tu boleh membuatkan kita sentiasa tersenyum menjelang seminggu lagi nak balik...terima kasih sudi singgah man...

    BalasPadam
  13. khaiRin...

    jauh di mata dekat dihati, walau beratus kilometer ku sanggup segalanya...

    jom2 raya reramai kat perlis, rumah kecil tepi sawah...

    BalasPadam
  14. fadzil...memang best boleh main selut, berenang katt parit kena gigit pacat dan lintah...ada berani? heheheee...

    BalasPadam
  15. kalau tak pernah moh reramai kita beraye sakan kat perlis tp tak pasti musim apa sekarang ni...agaknya padi tengah menguning kot...hehehee...

    BalasPadam
  16. niena...sudi-sudikanlah ye...

    BalasPadam