Pak Tuan - Dua Kali Bernasib Baik

11:19 PG JunAina 8 Comments

10.10.11 bermula satu fasa baru dalam kehidupan Pak Tuan. Fasa untuk merehatkan diri dan menambah amal ibadat. Fasa yang membolehkan dia menjalani kehidupan sebagai seorang pesara. Pada tarikh tersebut Pak Tuan memulakan cuti rehatnya selama hampir 4 bulan sebelum bersara sepenuhya awal tahun hadapan.

Bermakna bermulalah juga perjuangan Aina melewati hari-hari ke pejabat sendirian. Tiada lagi teman bicara sepanjang jalan. Tiada lagi teman bergurau dan bergaduh dan tiada juga teman untuk makan tengahari serta teman berteh tarik bertemankan lempeng kelapa di highaway di petang hari. Apa yang pasti setiap pagi dan petang Aina pasti merempit sendirian.

Jumaat lepas 7.10.11 pembentangan Belanjawan Negara 2012. Sekali lagi Pak Tuan bernasib baik! Pengumuman telah di buat oleh Perdana Menteri umur persaraan wajib bagi kakitangan kerajaan telah dinaikkan kepada 60 tahun. Pak Tuan tersenyum!

Empat tahun lepas sepatutnya Pak Tuan telah bersara dari terus memberi khidmat pada negara pada usia 55 tahun kerana Pak Tuan tidak memilih untuk terus berkhidmat sehingga umur 56 tahun. Pada tahun yang sama juga had umur bersara wajib dinaikkan ke 58 tahun. Mengambil kira keadaan kesihatan yang masih baik dan tanggungjawab yang masih belum langsai Pak Tuan meneruskan tugasannya.

Kali ini Pak Tuan masih berkira-kira, membuat pertimbangan sewajarnya. Khidmatnya masih diperlukan, kesihatan juga masih mengizinkan, tanggajungjawab juga masih banyak tetapi ada beberapa faktor yang perlu di beri perhatian. Bagi Aina sudah cukup khidmat yang di berikan. Inilah masa untuk berehat dan memberi tumpuan kepada agenda-agenda lain yang tidak sempat dilakukan sebelum ini. Memberi kerehatan pada diri dari memikirkan kerja yang tak tahu bila akan habisnya.

Kata Pak Tuan kerja juga ibadah! Bukan hanya pergi masjid, pergi ke surau sahaja ibadah. Terkaku.

Masih menunggu jawapan. Andainya ada rezeki mungkin Pak Tuan akan mengundurkan diri dari memberi khidmat pada negara. Memilih ruang lain pula untuk mencurah pengalaman berpuluh tahun bekerja. Mengundurkan diri dari terus menjunjung SANG SAKA BIRU! Jiwa perjuangnya tetap masih sebegitu kerana masih ada perjuangannya yang belum selesai!

You Might Also Like

8 ulasan:

  1. Lain org lain persepsi kan Aina. Biarlah Pak Tuan memilih apa yg terbaik.

    BalasPadam
  2. Bersara dengan kadar kewangan yang stabil memang best...

    Boleh buat apa yang terabai sebelum ini..

    BalasPadam
  3. betullah kak zakie...

    aina hanya memberi pendapat, keputusan terpulang kepada dia. rasanya sudah sampai masanya dia berehat setelah berpuluh tahun berusaha untuk keluarga...

    tapi katanya kalau duduk rumah terasa semakin sakit2...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah...keewangan memang stabil tetapi sebagai isteri yg bekerja akan berfikiran tidak stabil bila memikirkan suami kat rumah...

    enta2 ye ada kat rumah entah tidak...hahahaa...

    BalasPadam
  5. Semoga pak tuan dapat membuat satu keputusan yang baik dan memuaskan hati semua pihak...

    BalasPadam
  6. Banyak kerja2 yang boleh dilakukan setelah bersara,isyaAllah diberkati.

    BalasPadam
  7. insyaallah amy...masih lagi belum ada jawapan muktamad walaupun telah menerima panggilan daripada pejabat meminta Pak Tuan meneruskan khidmatnya...

    BalasPadam
  8. kak zai...aina juga memberi pendapat yang sama. mungkin sudah sampai masanya Pak Tuan bersara dari melakukan tugasan rutinnya dan melakukan kerja2 lain yang lebih releks...

    BalasPadam