Klip Video Budak di Langgar di China.

8:47 PG JunAina 24 Comments

Korang tengok tak berita kat TV3 semalam. Ala yang tunjuk budak berumur 2 tahun kena langgar dengan dua kenderaan kat pasar borong tu. Van yang pertama langgar kena tayar depan pas tu yang tayar belakang macam sangkut tapi dia terus tekan minyak dan lenyek juga. Kereta kat belakang lalu sama juga terus je langgar budak tu lagi sekali. 18 orang yang lalu lalang kat situ semua tengok je macam tengok anak kucing kena langgar, siap menyimpang jauh lagi. Finally satu mak cik tukang cuci ni angkat budak tu. Pas tu tunjuk mak budak tu yang separuh hesteria dan bapak dia yang dah merah-merah muka nangis. Sekarang budak tu koma.


STORY:
Synopsis: October 13th afternoon around 5:30, a car accident occurred at the Guangfo Hardware Market in Huangqi of Foshan. A van hit a 2-year-old little girl and then fled. No passersby reached out to help and then another car ran over her. Over the span of 7 minutes, a total of 17 people passing by failed to extend a hand or call the police, up until the 19th person, a garbage scavenger ayi [older woman], who lifted her up after discovering her but the little girl in her arms was like a noodle, immediately collapsing back onto the ground. The trash scavenger ayi called for help, and the little girl's mother, who was in the vicinity, immediately rushed over and rushed her to the hospital.The news report video above has been viewed nearly 700k times on popular Chinese video-sharing website Youku since it was uploaded 17 hours ago and currently has over 6200 comments spanning 210 pages. This story is also spreading on China's popular microblogging service Sina Weibo in addition to receiving a lot of views and comments on China's major internet news portals and communities.

In addition to showing the little girl, Yue Yuem being run over twice and many of the bystanders who didn't stop to help her, it also shows that Yue Yue is currently in the hospital in critical condition. Police have already found the second driver but have yet to find the first driver as they were unable to read the first van's license plate and are calling upon witnesses for help. Yue Yue's parents are also shown.


Pagi ini bawak motor terkenang-kenang klip video tu. Rasa berdebar coz teringat macam mana kalau yang kena tu anak-anak kita atau ahli keluarga kita. Subhanallah...

Tak faham macam mana orang yang lalu lalang kat situ boleh buat-buat tak nampak. Bukan sorang dua tp 18 org. Tak perasan ke atau tak berperasaan mungkin juga tak berperikemanusiaan. Kejam! Kerja gila!

Teringat kisah tahun 2009. Kejadian di lebuhraya Cheras jalan yang menjadi isu yang menimbulkan konflik dulu tu. Seorang anggota polis menunggang motosikal dan berpakaian seragam telah ditimpa kemalangan. Dilanggar oleh sebuah lori. Jatuh tidak sedarkan diri kat tepi jalan. Tiada seorang pun yang berhenti memberi pertolongan sehinggalah sebuah kereta peronda polis tiba dan mengangkat mangsa, membawa ke hospital. Mangsa koma!
Sehingga sebegitu masyarakat menujukkan kebencian kepada anggota polis ketika itu. Alhamdulillah. Ajal maut di tangan tuhan. Sekarang anggota tersebut telah kembali bertugas seperti sediakala.

Dua kes di atas tak banyak bezanya. Hati manusia semakin hitam semakin gelap. Nur sudah hilang di hati mereka. Sifat belas kasihan sudah tiada. Mementingkan diri sendiri sudah terbiasa.

Mungkin orang takut nak menjadi saksi. Fobia terpaksa menjawab berbagai soalan dari pihak polis. Bimbang terpaksa berulang alik ke mahkamah.

Cuba letakkan diri kita sebagai mangsa atau kelaurga mangsa. Agaknya apa perasaannya. Anak balik dari sekolah dengan bibir bedarah, siku dan lutut luka kerana jatuh basikal kita sudah menggelabah inikan pula apabila nyawa menjadi taruhan.

Kalau anda ingin melihat klip tersebut rajin-rajinlah cari kat you tube. Saya memang tak rela berkongsi kat sini.

You Might Also Like

24 ulasan:

  1. Kakcik tak sanggup nak menonton video itu, mendengar sahaja sudah cukup untuk merasa begitu sedih dan ngeri. :(

    BalasPadam
  2. saya tak dpt nak bayangkan....apepun, trime kasih atas perkongsian ini ya

    BalasPadam
  3. Kakak tak tahu kalau tak baca N3 Aina ini. Tapi itulah boleh cuma koma tak mati kalau Allah masih nak panjangkan umur.

    BalasPadam
  4. ngeri tgk kat tv3 malam tadi kak

    BalasPadam
  5. WuMing ada tengok di TV3 semalam... Tapi ... memang tak mau tengok dah...

    Sedih woo...

    BalasPadam
  6. WuMing ada tengok di TV3 semalam... Tapi ... memang tak mau tengok dah...

    Sedih woo...

    BalasPadam
  7. agaknya mungkin orang yang tengok tu fikir, biar dia orang yang tolong. dan yang dia orang pulak cakap macam itu juga.

    BalasPadam
  8. Tak tergamak nak tengok....teringat kat anak2 kat rumah.....

    BalasPadam
  9. memang sikap masyarakat sekarang dah kurang keperhatinan

    tapi bila dah kena pada diri sendiri, tahu pulak nak salahkan orang lain yg tak ambil berat pasal sekeliling.

    yg pasal kemalangan tu memang sangat menyedihkan

    BalasPadam
  10. memang tak de peri kemanusiaan kan....

    BalasPadam
  11. semalam tengok berita mmg rasa simpati sangat kat budak tu, knp lah mereka tak hiraukan lansung bdk tu

    BalasPadam
  12. Assalam Aina...memang jauh sangat bezanya kan..ada jugak yang prihatin..cepat je nak menolong..

    BalasPadam
  13. sedih tgk tgk berita semalam..xsampai hati

    BalasPadam
  14. ema...akak memang tak sanggup tengok tp yg herannya semua yg lalu lalang buat tak taw saja...

    BalasPadam
  15. WuMing...aina pun tak mau tengok dah. cukuplah sekali.

    BalasPadam
  16. tuan haji...lama2 tak dak yg tolong, yang boleh selamat terus selamat utk selamanya.

    BalasPadam
  17. fadzil Amir...bapak mithali. Sebenarnya org lelaki ni lg sensetif kalau bab anak2.

    BalasPadam
  18. kasihibu...

    bila terhantuk baru terngadah, bila dah kena baru nak melompat.

    sama2lah kita menjadi insan perihatin.

    BalasPadam
  19. betul kak cik...tak dapat nak bayangkan penderitaan budak tu. hanya 2 tahun umurnya.

    BalasPadam
  20. shahrom...terima kasih juga kerana sudi singgah.

    BalasPadam
  21. kakzakie...macam manalah keadaanya. semoga Allah selamatkan dia...

    BalasPadam
  22. ema...cukuplah sekali tak sanggup nak ulang tayang tu pun kak aina tengok dengan tapak tangan kat muka. ngeri...

    BalasPadam
  23. WuMing...tak ingin kuulangi.

    sedih bila ingatkan dia hanya seorang budak.

    BalasPadam