Lelaki rancang bunuh isteri
KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.
Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.
Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.
Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.
“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.
“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan daripada suami,” katanya.
Petikan di atas di salin dari akhbar Harian Metro.
Tiada apa yang dapat diungkapkan bila membaca berita sebegini selain terlintas di fikiran terlalu ramai rakyat Malaysia yang sakit mentalnya, kacau jiwanya dan longgar agamanya. Hanya kerana cemburu nyawa jadi taruhan.
Suami yang menjadi tempat bergantung, tempat mengadu susah dan senang serta berkongsi segala kegembiraan sanggup melihat isteri menderita di sambar api. Apa hukumnya yang telah digunakan sehingga seorang manusia bisa mengambil nyawa manusia yang lain.
Sudah hilang kewarasan sehingga tega mendengar isteri menjerit kesakitan. Agaknya itulah kepuasan baginya apabila melihat isteri menderita. Syaitan bergembira kerana hasutannya telah berjaya menyesatkan seorang anak Adam dipenghujungnya.
Setiap masalah ada penyelesaiannya. Benang yang berselirat pasti ada penghujungnya. Cuma perlukan kesabaran dan ketekunan untuk menyelesaikannya. Sekiranya cemburu menjadi motifnya cubalah di cermin diri sendiri. Adakah kita sempurna. Tiadakah cacat dan celanya. Tidak pernahkah kita terpesong dari landasan yang benar. Hati kita tetapkah hanya untuk isteri sahaja tanpa pernah berani menjeling kepada yang lain.
Memberi dan menerima. Memaaf dan memaafkan. Mungkin orang akan berkata hanya yang terkena akan terasa sakitnya tetapi andai nyawa menjadi taruhan apa lagi yang dapat hendak di kata. Bersedialah untuk menrima hukuman di dunia.
Ya Allah. Jahatnya laki dia.
BalasPadamsemakin kejam manusia sekarang
BalasPadamsudah hilangkah kasihsayang di dalam hati suami tu?
Ruginya hidup di dunia dan akhirat Aina bila mengikut nafsu begitulah jadinya.
BalasPadamYa Allah..memang gila la...
BalasPadamkot yer pun cemburu takkan la sampai nak bunuh isteri....
alahai...menakutkan la....moga2 tak berjumpa la dgn orang2 mcm ni... :(
dunia3... hurmmm... hukum Islam patut ditegakkan....
BalasPadamnk tahu nikmat dunia?? jom bacer..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/10/6-nikmat-dunia.html
subhanallah..
BalasPadamsangat sedih bila baca kes2 umpama ini..
itulah kan, dalam hubungan yang telah termetrai mmg ada pasang surut sedih dan bahagia..
namun, jika tak pandai nak kemudikan bahtera maka hancurlah dia..
harapkan pagar-pagar makan padi, harap suami melidungi tapi sanggup menyakiti :(
BalasPadamsubhanallah. kejamnya.. shian isteri dia. T.T
BalasPadamkak, betul kak, rasa bahaga andai berita tu betul2.. syukur dapat dekat ng mama nadh. :D
yelah, memang melampau2 betull. kalau tak suka ngan isteri pun, jangan lah perlakukan perkara bodo gitu..
BalasPadamKCE...kesiankan. masa manis disayang2, dibelai2 bila mula terasa masam2 jadi bahan sepak terajang lagi teruk sampai kena bakar cam nih...akal letak kat lutut.
BalasPadamkasihibu...
BalasPadamhatinya kelam. kalau sayang pun mungkin waktu berkehendak. ramai lelaki yg tau kawin tetapi abai tanggungjawab dan gagal mendidik isteri.
kak zakie...didunia lagi dia bakal medapat habuannya tetapi bila diakhirat tiada siapa lg dapat membantu.
BalasPadamnabila...
BalasPadaminilah namanya hidup. cemburu menutup pintu hati.
L...hukum memang sentiasa tegak tetapi manusia yang selalu alpa mudah lupa sentiasa tersasar...
BalasPadamayu...
BalasPadamkenapa perlu hati dipenuhi dendam. setiap sesuatu benda yang terjadi bersebab, mesti ada permulaannya sehingga berlarutan sebegitu tetapi suami sepatutnya menggunakan akal bukan membiarkan nafsu mengawal keadaan...
bobie...pagar zaman sekarang bukan boleh harap sangat. buakn setakat padi habis nanti ayam itik menjadi mangsa...hehehee...
BalasPadamnadh...rakyat malaysia ramai yang sakit mentalnya sekarang, membuat keputusan tanpa membuat pertimbangan bila dah buat baru nak menyesal...
BalasPadamcikgu...
BalasPadambetul2 saya sokong pendapat cikgu. isteri utk di sayangi...